Friday, 11 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa POLITIK

PRN Melaka: PAS ada pelan B jika BN pilih PH – Abdul Hadi

Zailani by Zailani
21 Aug 2026
in POLITIK
0
PRN Melaka: PAS ada pelan B jika BN pilih PH – Abdul Hadi
0
SHARES
6
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG, 21 OGOS ( Berita Harian) – PAS yang menerajui parti gabungan Perikatan Nasional (PN) mempunyai alternatif jika Barisan Nasional (BN) memilih untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Bagaimanapun, Presiden PAS, Tan Seri Abdul Hadi Awang, berkata beberapa pemimpin PN masih mengadakan perbincangan terutama membabitkan kerjasama dengan pimpinan BN untuk menghadapi PRN Melaka.

Related posts

Anwar, MB Kelantan bincang perkukuh kerjasama persekutuan-negeri

Anwar, MB Kelantan bincang perkukuh kerjasama persekutuan-negeri

10 Sep 2026
Abdul Azeez bebas daripada reman, bakal hadir PAU malam ini – Peguam

Abdul Azeez bebas daripada reman, bakal hadir PAU malam ini – Peguam

10 Sep 2026

Katanya, perbincangan masih berjalan dan belum ada keputusan muktamad walaupun majoriti kalangan pimpinan BN bersetuju kerjasama diteruskan.

“PAS yang menerajui gabungan PN mempunyai alternatif jika BN memilih untuk bekerjasama dengan PH pada PRN Melaka.

“Kita dimaklumkan pimpinan BN masih bercelaru dan berada dalam keadaan berbelah bagi walaupun majoriti pimpinan parti itu bersetuju kerjasama dengan PN diteruskan,” katanya selepas menyampaikan kuliah Duha di Masjid Rusila, hari ini.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian ketika ditanya pendirian PAS dan PN jika BN memilih untuk bekerjasama dengan PH pada PRN Melaka.

Sebelum ini, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumpamakan BN sebagai ‘anak dara cantik’ yang menjadi rebutan beberapa gabungan parti untuk bekerjasama menghadapi PRN Melaka.

Ab Rauf yang juga Pengerusi BN Melaka dilaporkan berkata, beberapa pihak dijangka tampil menyatakan hasrat untuk ‘meminang’ BN dalam tempoh terdekat bagi membolehkan gabungan itu ‘berkahwin secara sah’.

Abdul Hadi berkata, setakat ini belum ada keputusan dan perbincangan antara pimpinan PN dan BN masih berjalan.

“Kita tunggu keputusan hasil perbincangan kerjasama, tetapi PAS dan PN mempunyai beberapa strategi dan hala tuju serta alternatif bagi memperkukuh perpaduan serta kedudukan politik Melayu dan Islam serta parti bukan Islam yang tidak ekstrim.

“PAS yakin proses rundingan serta pembentukan kerjasama politik menjelang PRN Melaka adalah lebih mudah berbanding situasi dihadapi pada PRN Johor pada 11 Julai lalu,” katanya.

Beliau berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada maklum balas serta respons positif yang diterima di peringkat akar umbi selain mengambil kira senario politik semasa negara.

“Situasi pada PRN Johor lebih rumit, tetapi laluan dan keadaan di Melaka lebih mudah,” katanya.

Previous Post

Perlis bakal miliki litar permotoran bernilai RM20 juta di Chuping

Next Post

Enam akaun bank anak syarikat Khee San dibekukan bawah AMLA

Next Post
Enam akaun bank anak syarikat Khee San dibekukan bawah AMLA

Enam akaun bank anak syarikat Khee San dibekukan bawah AMLA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu
  • Anwar, MB Kelantan bincang perkukuh kerjasama persekutuan-negeri
  • Abdul Azeez bebas daripada reman, bakal hadir PAU malam ini – Peguam

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil