Friday, 31 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

MIDA, Daikin, SHRDC bantu PKS tembus pasaran global

Zailani by Zailani
24 May 2026
in Semasa, SME Bisnes
0
MIDA, Daikin, SHRDC bantu PKS tembus pasaran global
0
SHARES
3
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 24 MEI (Bernama) – Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bekerjasama dengan Daikin Malaysia Sdn Bhd dan Pusat Pembangunan Sumber Manusia Selangor (SHRDC) untuk menganjurkan Program Rantaian Bekalan MIDA-Daikin.

Program itu bertujuan membantu perusahaan kecil dan sederhana tempatan (PKS) serta pembekal Malaysia untuk meningkatkan daya saing dan mengambil bahagian dengan lebih aktif dalam rantaian bekalan pembuatan global.

Related posts

RCI: Penamatan CEO, Pengerusi Lembaga TH dibuat tanpa sebab munasabah

RCI: Penamatan CEO, Pengerusi Lembaga TH dibuat tanpa sebab munasabah

30 Jul 2026
Bank Islam syor dana perkongsian risiko perkasa usahawan iTEKAD

Bank Islam syor dana perkongsian risiko perkasa usahawan iTEKAD

30 Jul 2026

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, MIDA berkata, program itu menghimpunkan lebih 100 peserta, yang terdiri daripada rakan kongsi ekosistem Daikin, termasuk Daikin Electronics Devices Malaysia, PKS tempatan, institusi kewangan dan agensi kerajaan.

“Sesi itu menyediakan panduan praktikal mengenai keperluan pembekal, transformasi digital, pembuatan pintar dan sokongan kewangan bagi membantu syarikat Malaysia berkembang, menaik taraf operasi mereka serta memenuhi keperluan syarikat multinasional yang sentiasa berubah dengan lebih baik,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid berkata, usaha mengintegrasi PKS Malaysia ke dalam rantaian nilai global adalah penting untuk mengekalkan daya saing perindustrian negara.

“Menerusi program pembangunan vendor yang disasarkan seperti ini, MIDA membantu PKS Malaysia membina keupayaan yang diperlukan untuk menjadi rakan kongsi yang dipercayai dalam rantaian bekalan global.

“Apabila syarikat Malaysia menjadi sebahagian daripada rantaian global, impaknya melangkaui pertumbuhan perniagaan.

“Ia mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik, mengukuhkan industri tempatan, menggalakkan penggunaan teknologi dan membuka lebih banyak peluang untuk rakyat Malaysia menyertai aktiviti ekonomi bernilai lebih tinggi,” katanya.

Menurut MIDA, sesi itu menampilkan pembentangan daripada wakil MIDA, Daikin Malaysia, Daikin Electronics Devices Malaysia, SHRDC, Alliance Bank dan pemain industri.

Pembentangan itu merangkumi keperluan pembekal, transformasi pembuatan pintar, pembangunan rantaian bekalan yang mampan dan penyelesaian pembiayaan bagi menyokong pendigitalan.

Selain itu, peserta turut dibawa melawat kemudahan SHRDC untuk mendapat pendedahan langsung kepada automasi, pendigitalan dan aplikasi Industri 4.0.

Previous Post

KTMB tawar 347,000 tiket sempena cuti perayaan panjang, terbesar dalam sejarah perkhidmatannya

Next Post

Agrobank bantu usahawan pasar tani perkukuh perniagaan melalui Skim Usahawan Tani Agrobank x FAMA

Next Post
Agrobank bantu usahawan pasar tani perkukuh perniagaan melalui Skim Usahawan Tani Agrobank x FAMA

Agrobank bantu usahawan pasar tani perkukuh perniagaan melalui Skim Usahawan Tani Agrobank x FAMA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • RCI: Penamatan CEO, Pengerusi Lembaga TH dibuat tanpa sebab munasabah
  • Bank Islam syor dana perkongsian risiko perkasa usahawan iTEKAD
  • Myanmar setuju terima semula 5,000 pelarian Rohingya di Malaysia

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil