Sunday, 14 June 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

KTMB tawar 347,000 tiket sempena cuti perayaan panjang, terbesar dalam sejarah perkhidmatannya

Zailani by Zailani
23 May 2026
in Semasa
0
KTMB tawar 347,000 tiket sempena cuti perayaan panjang, terbesar dalam sejarah perkhidmatannya
0
SHARES
2
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 23 MEI (Bernama) – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan 347,000 tempat duduk bersempena cuti panjang yang akan tiba, menjadikan rekod penawaran tiket terbesar dalam sejarah perkhidmatannya.

Langkah itu diambil bagi menampung lonjakan permintaan luar biasa ekoran pertembungan tiga cuti umum utama dalam tempoh dua minggu melibatkan sambutan Aidiladha, Hari Wesak dan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.

Related posts

Decathlon buka cawangan premium bermotif songket di 118 Mall

Decathlon buka cawangan premium bermotif songket di 118 Mall

14 Jun 2026
Operasi AirBorneo semakin stabil selepas pesawat kembali beroperasi

Operasi AirBorneo semakin stabil selepas pesawat kembali beroperasi

14 Jun 2026

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Azlan Shah Al Bakri berkata jumlah kapasiti disediakan pada musim perayaan kali ini memecahkan rekod penawaran perkhidmatan tren sebelum ini.

“Kali ini adalah cuti panjang dan kita menawarkan jumlah tiket terbesar yang tidak pernah kita tawarkan pada Aidiladha, malah ia melepasi jumlah jualan pada Aidilfitri baru-baru ini.

“Kita menyediakan 347,000 tempat duduk berbanding 150,000 pada hari raya lepas, bermaksud ketersediaan kapasiti kali ini meningkat lebih dua kali ganda,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di KL Sentral, di sini, hari ini.

Azlan Shah berkata daripada keseluruhan tiket yang merangkumi lebih 900 perjalanan tren, hampir 80 peratus atau 270,000 tiket telah habis terjual setakat ini, namun masih terdapat 60,000 hingga 70,000 tiket yang berbaki dan sedia untuk dibeli oleh pelanggan.

Beliau berkata, tiket bagi sektor Pantai Timur membabitkan perkhidmatan Ekspres Rakyat Timuran telah habis dijual, manakala sektor selatan (Kuala Lumpur-Johor Bahru) mencatatkan jualan 88 peratus dan sektor utara (Kuala Lumpur-Padang Besar) mencecah 82 peratus.

Bagi meringankan kos perjalanan orang ramai yang ingin pulang ke kampung halaman, KTMB turut melancarkan program khas MADANI30 yang membolehkan pelanggan menikmati diskaun sebanyak 30 peratus mengikut terma tertentu.

“Bagi perkhidmatan Ekspres Lambaian Aidiladha (ELA) pula, kita memberikan diskaun 30 peratus di bawah kategori superior seat bagi mengurangkan bebanan dan membantu rakyat bergerak ke destinasi mereka,” kata Azlan Shah.

Berhubung kesiapsiagaan operasi, beliau memberi jaminan bahawa aspek teknikal telah diaktifkan sepenuhnya, termasuk ketersediaan set tren, landasan, sistem semboyan serta pelan kesinambungan perniagaan demi memastikan keselesaan dan keselamatan penumpang.

Beliau turut menegaskan bahawa isu penipuan tiket palsu tidak akan timbul susulan penggunaan sistem pas masuk tanpa tiket fizikal menerusi aplikasi telefon pintar serta Sistem Pembayaran Terbuka yang diguna pakai secara menyeluruh oleh KTMB.

Previous Post

Mohd Afandi Salleh dilantik sebagai Pengerusi HDC

Next Post

MIDA, Daikin, SHRDC bantu PKS tembus pasaran global

Next Post
MIDA, Daikin, SHRDC bantu PKS tembus pasaran global

MIDA, Daikin, SHRDC bantu PKS tembus pasaran global

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chef Ustazah dinobatkan Ikon Usahawan TikTok Shop–TEKUN Nasional 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dari bengkel kecil ke pentas Nasional, Tc. Azizol Adam angkat martabat TVET

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Niaga hadapan emas merosot susulan kebimbangan peningkatan konflik Asia Barat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mohamad Shiblie Abg Sapuan dilantik Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Baharu TEKUN Nasional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Decathlon buka cawangan premium bermotif songket di 118 Mall
  • Elon Musk manusia pertama bergelar trilionair
  • Operasi AirBorneo semakin stabil selepas pesawat kembali beroperasi

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil