Wednesday, 28 October 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Malaysia Airlines bantu 140 jemaah umrah terkandas

Zailani by Zailani
14 Oct 2026
in Semasa
0
Malaysia Airlines bantu 140 jemaah umrah terkandas
0
SHARES
14
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 14 OKT ( Berita Harian) – Lebih 140 jemaah umrah yang terkandas akibat pembatalan penerbangan Malaysia Airlines pada 12 Oktober lalu ditempatkan di hotel di Nilai, Negeri Sembilan.

Jurucakap M Holidays Sdn Bhd, Noor Aini Othman, berkata jemaah terjejas itu membabitkan lima agensi pelancongan dari seluruh negara.

Related posts

Kelantan mahu KB Sentral diteruskan tanpa tunggu peruntukan RM250 juta

Kelantan mahu KB Sentral diteruskan tanpa tunggu peruntukan RM250 juta

26 Oct 2026
Harga emas lonjak semula cecah paras tertinggi tujuh minggu RM560.18 segram

Peluang besar kejatuhan emas

26 Oct 2026

“Alhamdulillah, pihak Malaysia Airlines menyediakan tempat penginapan yang selesa (hotel empat bintang) termasuk makan dan minum kepada semua jemaah yang terkandas.

“Kami masih menunggu maklumat lanjut daripada syarikat penerbangan berkenaan berhubung tarikh penerbangan baharu yang sesuai.

“Setakat ini, rata-rata jemaah masih teruja untuk meneruskan umrah dan kami berharap pihak Malaysia Airlines dapat menyediakan solusi terbaik secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi tadi.

Sementara itu, Malaysia Airlines, dalam kenyataannya sebelum ini memaklumkan berhubung pembatalan semua penerbangan yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Johor Bahru dengan Jeddah serta Madinah, Arab Saudi, mulai 12 hingga 17 Oktober.

Ia susulan beberapa siri serangan terhadap lapangan terbang di Arab Saudi.

Malaysia Airlines berkata, pihaknya akan terus memantau perkembangan di rantau berkenaan, sambil menegaskan bahawa keselamatan penumpang dan anak kapal kekal menjadi keutamaan tertinggi.

Katanya, penumpang yang terjejas boleh memilih sama ada mendapatkan bayaran balik penuh atau menukar tarikh penerbangan tanpa sebarang caj tambahan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh asal penerbangan masing-masing.

“Permohonan untuk menjadualkan semula penerbangan atau mendapatkan bayaran balik boleh dibuat menerusi ruangan My Booking di laman sesawang atau aplikasi mudah alih Malaysia Airlines.

“Penumpang juga boleh menghubungi perkhidmatan Live Chat atau Pusat Perhubungan Global di talian 1 300 88 3000 bagi panggilan dalam Malaysia dan +603 7843 3000 bagi panggilan antarabangsa.

“Selain itu, penumpang juga diingatkan untuk memastikan semua maklumat perhubungan mereka dikemas kini melalui ruangan My Booking bagi menerima sebarang makluman yang tepat pada masanya,” kata syarikat penerbangan itu.

Previous Post

Kontrak sawit Disember meningkat kepada RM4,733 satu tan

Next Post

Najib gagal tangguh hukuman penjara 15 tahun, denda RM11.4 bilion kes 1MDB

Next Post
Najib gagal tangguh hukuman penjara 15 tahun, denda RM11.4 bilion kes 1MDB

Najib gagal tangguh hukuman penjara 15 tahun, denda RM11.4 bilion kes 1MDB

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Haraki Fest 2026 himpun usahawan, buka ruang teroka pasaran baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Bukan sekadar baiki telefon, Seminar PRESENT 2026 buka peluang jana pendapatan
  • MPUPK Perkukuh Usahawan Bumiputera Zon Timur
  • Kelantan mahu KB Sentral diteruskan tanpa tunggu peruntukan RM250 juta

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil