Wednesday, 28 October 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Harga besi, simen catat kenaikan pada September – DOSM

Zailani by Zailani
12 Oct 2026
in Semasa
0
Harga besi, simen catat kenaikan pada September – DOSM
0
SHARES
13
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA, 12 OKT ( Bernama) – Indeks harga seunit besi meningkat antara 0.1 hingga 5.1 peratus di kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bagi tempoh September 2025 hingga September 2026, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dalam satu kenyataan, DOSM berkata kenaikan tertinggi bagi indeks harga seunit besi dicatatkan di Perak sebanyak 5.1 peratus, diikuti Johor (4.8 peratus) dan Tawau (3.8 peratus).

Related posts

Kelantan mahu KB Sentral diteruskan tanpa tunggu peruntukan RM250 juta

Kelantan mahu KB Sentral diteruskan tanpa tunggu peruntukan RM250 juta

26 Oct 2026
Harga emas lonjak semula cecah paras tertinggi tujuh minggu RM560.18 segram

Peluang besar kejatuhan emas

26 Oct 2026

Pada masa sama, indeks harga seunit simen meningkat antara 0.6 hingga 7.4 peratus di seluruh negara.

“Kenaikan tertinggi dicatatkan di Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan sebanyak 7.4 peratus, diikuti Kuching (7.0 peratus) dan Miri (6.6 peratus),” menurut DOSM dalam laporan Siaran Khas Kerja-Kerja Pembinaan Bangunan dan Struktur, September 2026.

Laporan itu memaparkan indeks harga seunit bahan binaan utama serta indeks kos bahan binaan (IKB) mengikut kategori bangunan dan kawasan.

Bagi perbandingan bulan ke bulan, indeks harga seunit simen meningkat antara 0.3 hingga 1.9 peratus pada September 2026 di kawasan terpilih.

Kenaikan tertinggi dicatatkan di Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan sebanyak 1.9 peratus, diikuti Kota Kinabalu dan Kuching (0.3 peratus).

Bagaiamanpun, indeks harga seunit pasir menurun 0.7 peratus di Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan, serta 0.5 peratus di Perak dan Johor.

“Sementara itu, indeks harga seunit besi turut mencatatkan penurunan pada September 2026, dengan penyusutan bulan ke bulan antara 0.2 hingga 1.6 peratus. Penurunan tertinggi dicatatkan di Johor (1.6 peratus), diikuti Sibu dan Miri (1.3 peratus),” menurut DOSM.

Harga purata simen Ordinary Portland kekal tidak berubah pada RM25.80 bagi setiap beg, kata jabatan itu.

Selain itu, harga purata seunit besi yang merangkumi bar bulat keluli lembut dan Mycon 60 high utensile deformed bars menurun 2.4 peratus kepada RM3,431.90 satu tan metrik pada September 2026 berbanding RM3,484.20 satu tan metrik pada Ogos 2026.

DOSM berkata, IKB yang merangkumi bar keluli mengikut kategori bangunan dan kawasan di Semenanjung Malaysia menurun antara 0.1 hingga 1.3 peratus.

Di Sabah, IKB yang merangkumi bar keluli turut menurun antara 0.1 hingga 0.7 peratus bulan ke bulan bagi semua kategori bangunan, manakala Sarawak mencatatkan penurunan antara 0.1 hingga 0.5 peratus.

Previous Post

Hanya ‘runner’ berdaftar dibenar berurusan di kaunter pejabat JPJ mulai Januari 2027

Next Post

Labuan IBFC kini antara 50 pusat kewangan terbaik dunia

Next Post
Labuan IBFC kini antara 50 pusat kewangan terbaik dunia

Labuan IBFC kini antara 50 pusat kewangan terbaik dunia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Haraki Fest 2026 himpun usahawan, buka ruang teroka pasaran baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Bukan sekadar baiki telefon, Seminar PRESENT 2026 buka peluang jana pendapatan
  • MPUPK Perkukuh Usahawan Bumiputera Zon Timur
  • Kelantan mahu KB Sentral diteruskan tanpa tunggu peruntukan RM250 juta

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil