Monday, 26 October 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Belanjawan 2027: SME Bank dapat mandat RM2.8 bilion perkasa usahawan Malaysia

Zailani by Zailani
21 Oct 2026
in Semasa
0
Belanjawan 2027: SME Bank dapat mandat RM2.8 bilion perkasa usahawan Malaysia
0
SHARES
10
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 21 OKT ( Bernama) -Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd (SME Bank) menyambut baik mandat bernilai kira-kira RM2.8 bilion yang diterima melalui Belanjawan 2027 bagi memperkasa perusahaan Malaysia merentasi tujuh sektor keutamaan.

SME Bank iaitu anak syarikat Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Bhd (Kumpulan BPMB) menyatakan inisiatif berkenaan akan memperkasa pelbagai sektor.

Related posts

Wanita Malaysia jatuh lubang 10 meter di Vietnam

Wanita Malaysia jatuh lubang 10 meter di Vietnam

25 Oct 2026
EON sasar baik pulih 400 kenderaan sebulan dengan kemudahan baharu di Glenmarie

EON sasar baik pulih 400 kenderaan sebulan dengan kemudahan baharu di Glenmarie

25 Oct 2026

Satu daripada sektor yang akan diperkasa iaitu pembangunan usahawan, pelancongan, kelestarian, industri berpertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi, pengangkutan dan logistik, infrastruktur serta pemerkasaan eksport.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Samad Majid Zain, berkata Belanjawan 2027 membuka peluang baharu kepada perusahaan Malaysia menerusi inisiatif strategik bernilai kira-kira RM2.8 bilion yang diamanahkan kepada SME Bank.

Katanya, ia merupakan sebahagian daripada keseluruhan mandat melebihi RM7 bilion yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada Kumpulan BPMB.

“Inisiatif ini mencerminkan penekanan terhadap produktiviti, kemampanan dan pembaharuan ekonomi di bawah peruntukan keseluruhan Belanjawan 2027 yang bernilai kira-kira RM510 bilion,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Berdasarkan hala tuju ini, beliau memberitahu SME Bank akan memanfaatkan keupayaan kolektif Kumpulan BPMB bagi membantu perusahaan mengguna pakai teknologi, beroperasi secara mampan, meningkatkan produktiviti dan meluaskan pasaran mereka.

Jelasnya, hal ini sekali gus menyokong mandat Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk memajukan bidang keusahawanan di Malaysia.

“Seiring dengan rangka kerja pengukuran prestasi Bank Negara Malaysia (BNM), kami akan memberi keutamaan kepada impak pembangunan yang boleh diukur, impak tambahan serta penyampaian yang berkesan.

“Ini sekali gus membantu perniagaan menjadi lebih berdaya saing, mewujudkan peluang pekerjaan dan menyumbang kepada komuniti yang lebih kukuh,” katanya.

Previous Post

Kelantan lulus RM200,000 bantu 800 penternak

Next Post

Ashari Kasnan dilantik Ketua Eksekutif baharu IRDA

Next Post
Ashari Kasnan dilantik Ketua Eksekutif baharu IRDA

Ashari Kasnan dilantik Ketua Eksekutif baharu IRDA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Haraki Fest 2026 himpun usahawan, buka ruang teroka pasaran baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Wanita Malaysia jatuh lubang 10 meter di Vietnam
  • EON sasar baik pulih 400 kenderaan sebulan dengan kemudahan baharu di Glenmarie
  • Bill Gates beri amaran AI boleh cetus huru-hara ekonomi, sosial selama dua dekad

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil