Sunday, 13 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

5 pegawai kanan Polis KL naik pangkat, Sazalee dilantik terajui JSJ

Zailani by Zailani
6 Aug 2026
in Semasa
0
5 pegawai kanan Polis KL naik pangkat, Sazalee dilantik terajui JSJ
0
SHARES
4
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 6 OGOS ( Berita Harian) – Senior Asisten Komisioner (SAC) Sazalee Adam dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Bekas Ketua Polis Daerah Dang Wangi itu antara lima pegawai kanan Polis Kontinjen Kuala Lumpur yang dinaikkan pangkat daripada Asisten Komisioner (ACP) kepada SAC.

Related posts

BYD ATTO 3 Performance dilancarkan di Malaysia, terhad 69 unit

BYD ATTO 3 Performance dilancarkan di Malaysia, terhad 69 unit

12 Sep 2026
Anwar, Modi bincang perkukuh kerjasama dalam sektor semikonduktor, perkongsian industri

Anwar, Modi bincang perkukuh kerjasama dalam sektor semikonduktor, perkongsian industri

12 Sep 2026

Selain itu, bekas Ketua Polis Daerah Sentul, SAC Basri Sagoni; bekas Timbalan Ketua JSJ (Risikan/Operasi) Kuala Lumpur dan SAC Zulkarnain Samsudin.

Pegawai kanan lain, bekas Ketua JSJ Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, SAC Haslah Bachok dan SAC Kamaruzaman Md Alib.

Basri dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (D7) Pencegahan/Tahanan/Pengawasan JSJ Bukit Aman selepas menerajui IPD Sentul sejak Februari lalu.

Zulkarnain pula dilantik Ketua JSJ Selangor, manakala Haslah sebagai Ketua Penolong Pengarah (Risikan/Operasi) Bahagian Pematuhan Standard Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur hari ini dengan disaksikan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus.

Dalam ucapannya, Fadil menegaskan, kenaikan pangkat bukan sekadar pengiktirafan kepada prestasi dan dedikasi, tetapi juga amanah yang lebih besar perlu dipikul dengan penuh integriti.

“Majlis ini juga mencerminkan kesinambungan kepimpinan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pertukaran jawatan satu proses yang penting.

“Ia bagi memastikan organisasi terus berkembang dengan idea, pengalaman dan pendekatan baharu tanpa menjejaskan kelangsungan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat,” katanya.

Pada majlis sama, ACP Kee Hang Kee dilantik sebagai Ketua JSJN Kuala Lumpur dan ACP Saefuddin @ Mohd Fitri Abdul Rahman sebagai Timbalan Ketua Cawangan Khas (Risikan Operasi) Kuala Lumpur.

Previous Post

Harga emas lonjak semula cecah paras tertinggi tujuh minggu RM560.18 segram

Next Post

Malaysia berpotensi muncul sebagai ‘juara’ AI, telekomunikasi ASEAN

Next Post
Malaysia berpotensi muncul sebagai ‘juara’ AI, telekomunikasi ASEAN

Malaysia berpotensi muncul sebagai 'juara' AI, telekomunikasi ASEAN

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • BYD ATTO 3 Performance dilancarkan di Malaysia, terhad 69 unit
  • Anwar, Modi bincang perkukuh kerjasama dalam sektor semikonduktor, perkongsian industri
  • Jenazah Dr Ainul Baraah dijangka tiba di Kelantan pagi esok – Bapa

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil