Monday, 14 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Malaysia berpotensi muncul sebagai ‘juara’ AI, telekomunikasi ASEAN

Zailani by Zailani
6 Aug 2026
in Semasa
0
Malaysia berpotensi muncul sebagai ‘juara’ AI, telekomunikasi ASEAN
0
SHARES
5
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 6 OGOS ( Berita Harian) – Malaysia berpotensi muncul sebagai peneraju dalam bidang kecerdasan buatan (AI), telekomunikasi dan kesalinghubungan digital di ASEAN menerusi penganjuran M360 ASEAN yang julung kali diadakan di rantau ini, bulan depan.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata pemilihan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah acara berkenaan mencerminkan keyakinan masyarakat industri global terhadap kedudukan dan pencapaian Malaysia dalam sektor digital.

Related posts

Malaysia kekal tegas dapatkan semula aset 1MDB

Malaysia kekal tegas dapatkan semula aset 1MDB

13 Sep 2026
Rangka manusia dalam tong biru

Rangka manusia dalam tong biru

13 Sep 2026

Beliau berkata, M360 ASEAN yang akan berlangsung pada 9 dan 10 September ini bakal menghimpunkan pemain industri, vendor teknologi, pakar, pelabur, ahli akademik serta wakil kerajaan dari seluruh rantau ASEAN.

Katanya, penganjuran acara pertama kali di ASEAN itu dijangka meningkatkan lagi kedudukan Malaysia dalam ekosistem teknologi digital serantau.

“Ini satu penghormatan kepada Malaysia sebagai tuan rumah kepada satu acara yang dalam dunia telekomunikasi, memang program M360 ini sering menjadi penanda aras untuk mana-mana negara dan juga sektor.

“Dengan mengumpulkan pemain industri, vendor, pakar termasuk daripada kalangan ahli akademik, menteri dan wakil kerajaan ASEAN, kita mempunyai peluang untuk melihat hala tuju ASEAN bukan hanya dalam sektor AI, tetapi juga dari segi kesalinghubungan,” katanya selepas menghadiri Majlis Menandatangani Kerjasama Rakan Strategik M360 ASEAN di sini, hari ini.

Fahmi berkata, penganjuran M360 ASEAN turut membuka ruang untuk negara anggota ASEAN memperkukuh kerjasama dalam menangani cabaran kesalinghubungan digital, termasuk mengambil kira keperluan negara anggota baharu seperti Timor Leste.

Katanya, perbincangan pada acara itu juga akan memberi tumpuan kepada usaha mengimbangi manfaat AI dengan keperluan untuk menangani risiko dan cabaran yang timbul daripada penggunaan teknologi berkenaan.

“Kita percaya dengan adanya M360, fokus kepada kesalinghubungan merentas ASEAN dapat diketengahkan, termasuk persoalan bagaimana kita perlu mengimbangi, memanfaatkan AI dan pada masa sama berwaspada terhadap bahaya AI,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Fahmi berkata, GSMA turut mengumumkan laporan mengenai kesan ekonomi digital di rantau Asia Pasifik yang turut menyebut Malaysia sebanyak 14 kali.

Menurutnya, laporan itu memberikan gambaran positif terhadap kedudukan Malaysia serta pencapaian yang berjaya dilaksanakan negara dalam sektor ekonomi digital sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Berdasarkan laporan Mobile Economy Asia Pacific 2026 oleh GSMA, teknologi dan perkhidmatan mudah alih dijangka menyumbang AS$1.4 trilion (RM5.9 trilion) kepada ekonomi Asia Pasifik menjelang 2030, meningkat 40 peratus berbanding AS$1 trilion (RM4.2 trilion) ketika ini.

Fasa pertumbuhan digital rantau ini bukan lagi hanya bergantung kepada kesalinghubungan, sebaliknya turut dipengaruhi empat keutamaan yang semakin bercantum iaitu perkembangan pesat AI, keperluan terhadap infrastruktur digital lebih berdaya tahan dan peningkatan kepentingan kedaulatan digital.

Ketua Asia Pasifik GSMA, Julian Gorman, berkata perkembangan itu berlaku ketika kerajaan di seluruh Asia Pasifik berdepan cabaran peningkatan penipuan dalam talian, permintaan terhadap infrastruktur AI yang semakin tinggi, ketidaktentuan geopolitik serta tuntutan terhadap kedaulatan digital.

Beliau berkata, cabaran itu pada masa sama mewujudkan peluang baharu yang akan menjadi antara agenda utama perbincangan pada M360 ASEAN di Kuala Lumpur

Previous Post

5 pegawai kanan Polis KL naik pangkat, Sazalee dilantik terajui JSJ

Next Post

Dari dasar laut ke puncak dunia, misi baharu Khairul Aming

Next Post
Dari dasar laut ke puncak dunia, misi baharu Khairul Aming

Dari dasar laut ke puncak dunia, misi baharu Khairul Aming

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Teruskan legasi kedai makan warisan keluarga
  • Malaysia kekal tegas dapatkan semula aset 1MDB
  • Rangka manusia dalam tong biru

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil