Sunday, 13 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

Bank, institusi kewangan pembangunan terus sedia pembiayaan kepada PKS berdaya maju

Zailani by Zailani
12 Aug 2026
in Ekonomi Islam, SME Bisnes
0
Bantuan bersasar disediakan untuk perniagaan terjejas oleh kenaikan kos – BNM
0
SHARES
9
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 12 OGOS ( Bernama) – Keadaan pembiayaan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) secara keseluruhannya kekal kondusif, dengan bank dan institusi kewangan pembangunan (DFI) terus menyediakan pembiayaan kepada perniagaan yang berdaya maju.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour, berkata Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) turut memainkan peranan penting sebagai pelengkap, memudah cara lebih RM103 bilion dalam jaminan dan pembiayaan kepada lebih 544,000 PKS sejak penubuhannya.

Related posts

Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu

Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu

11 Sep 2026
Dari seekor ayam sehari, Zawiah kini bergelar pembayar zakat

Dari seekor ayam sehari, Zawiah kini bergelar pembayar zakat

9 Sep 2026

“Itu pencapaian yang besar. Namun, angka sahaja tidak memberikan gambaran menyeluruh,” katanya dalam ucapan pada majlis CGC Awards 2025 baru-baru ini.

Beliau berkata, PKS perlu terus membuat penyesuaian, memperkukuh keupayaan dan meningkatkan produktiviti berikutan langkah bantuan sementara tidak boleh menjadi penyelesaian jangka panjang kepada kejutan berulang.

Beliau berkata, banyak PKS terus berdepan dengan kos input yang tinggi, margin yang mengecil, gangguan rantaian bekalan dan kelewatan pembayaran daripada pelanggan, yang meningkatkan tekanan terhadap modal kerja dan menguji daya tahan perniagaan.

“Kita tahu bahawa dalam tempoh gangguan, langkah bantuan bersasar membantu perniagaan yang berdaya maju mengatasi tekanan aliran tunai sementara. Sokongan sedemikian adalah penting.

“Bagaimanapun, bantuan sementara tidak boleh menjadi penyelesaian jangka panjang kepada kejutan berulang. Perniagaan perlu terus membuat penyesuaian, memperkukuh keupayaan dan meningkatkan produktiviti manakala pembiayaan berkembang seiring dengannya,” katanya.

Menurut Abdul Rasheed, perniagaan hari ini beroperasi dalam persekitaran yang dibentuk oleh ketidaktentuan geopolitik, perubahan teknologi yang pesat dan gangguan berkaitan iklim yang semakin kerap.

“Bagi PKS, perubahan ini bukan sekadar trend global. Ia memberi impak kepada kos input, menjejaskan rantaian bekalan, mempengaruhi tingkah laku dan permintaan pelanggan, serta yang lebih penting, memerlukan keupayaan yang tinggi untuk bersaing,” katanya.

Abdul Rasheed berkata, peranan PKS menjadi semakin penting dalam memacu transformasi Malaysia ke arah ekonomi yang lebih produktif, kompetitif dan mampan.

Beliau berkata, persoalannya bukan lagi sekadar sama ada pembiayaan boleh didapati tetapi sama ada pembiayaan berkembang, sesuai dengan perubahan dalam model perniagaan dan mencerminkan profil risiko PKS.

“Walaupun peluang pembiayaan boleh didapati dalam sistem, sebahagian PKS yang berdaya maju masih bergelut untuk mengaksesnya kerana potensi mereka tidak dapat dicerminkan melalui penilaian kredit konvensional,” katanya.

Abdul Rasheed berkata, institusi kewangan perlu bersedia untuk memperluas akses pembiayaan dengan mencapai perniagaan di luar kelompok yang lazim, cagaran konvensional dan sektor yang mapan dalam Malaysia memajukan rantaian nilai.

Beliau berkata, perniagaan perlu dinilai secara menyeluruh selain cagaran dan penyata kewangan dengan mempertimbangkan faktor seperti aliran tunai, rekod transaksi, corak pembayaran dan maklumat rantaian bekalan.

Katanya, akses kepada pembiayaan perlu seiring dengan pembinaan keupayaan berikutan kejayaan PKS jangka panjang turut bergantung pada produktiviti, kekuatan pengurusan, penggunaan teknologi dan akses kepada pasaran baharu.

Previous Post

Rafizi dakwa 25 peratus ahli PKR, 15 peratus lagi dari UMNO, PAS, BERSATU sertai BERSAMA

Next Post

Terengganu bakal jadi hab pengeluaran ayam Pantai Timur

Next Post
Terengganu bakal jadi hab pengeluaran ayam Pantai Timur

Terengganu bakal jadi hab pengeluaran ayam Pantai Timur

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • BYD ATTO 3 Performance dilancarkan di Malaysia, terhad 69 unit
  • Anwar, Modi bincang perkukuh kerjasama dalam sektor semikonduktor, perkongsian industri
  • Jenazah Dr Ainul Baraah dijangka tiba di Kelantan pagi esok – Bapa

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil