Wednesday, 16 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Pengeluaran getah asli susut 8.2 peratus pada Mac

Zailani by Zailani
13 May 2026
in Semasa, SME Bisnes
0
Pengeluaran getah asli susut 8.2 peratus pada Mac
0
SHARES
6
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 13 MEI (Bernama) – Pengeluaran getah asli Malaysia menurun 8.2 peratus kepada 21,310 tan pada Mac 2026 berbanding 22,124 tan pada Februari 2026, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dalam kenyataan hari ini, DOSM memaklumkan pengeluaran getah asli pada Mac lalu disumbangkan terutamanya oleh pekebun kecil sebanyak 87.8 peratus berbanding estet sebanyak 12.2 peratus.

Related posts

Muhyiddin lepas bebas 1 kes rasuah, 3 AMLA babit Jana Wibawa RM200 juta

Muhyiddin lepas bebas 1 kes rasuah, 3 AMLA babit Jana Wibawa RM200 juta

15 Sep 2026
Dua syarikat Bumiputera catat pencapaian besar di Bursa Malaysia

Dua syarikat Bumiputera catat pencapaian besar di Bursa Malaysia

15 Sep 2026

Perbandingan tahun ke tahun pula menunjukkan pengeluaran getah asli susut 29.3 peratus berbanding 28,739 tan yang direkodkan pada Mac 2025.

Pada masa sama, jumlah stok getah asli pada Mac 2026 menurun 1.8 peratus kepada 139,174 tan berbanding 141,697 tan pada Februari lalu.

“Kilang pemproses getah menyumbang stok akhir sebanyak 79.1 peratus diikuti kilang pengguna getah (20.8 peratus) dan estet getah (0.1 peratus),” menurut DOSM.

Sementara itu, eksport getah asli Malaysia berjumlah 33,137 tan pada Mac 2026, susut 2.2 peratus berbanding 33,897 tan pada Februari lalu.

DOSM berkata, China kekal sebagai destinasi utama eksport getah asli Malaysia dengan sumbangan 44 peratus daripada keseluruhan eksport pada Mac 2026, diikuti Jerman (18.1 peratus), Portugal (4.6 peratus), Amerika Syarikat (4.4 peratus) dan Brazil (3.9 peratus).

Prestasi eksport itu disokong oleh produk berasaskan getah asli seperti sarung tangan getah, tayar, tiub dan benang getah.

“Produk sarung tangan getah merupakan eksport utama dengan nilai RM920 juta pada Mac 2026, meningkat 3.8 peratus berbanding RM880 juta pada Februari 2026,” menurut kenyataan itu.

Dari segi harga purata bulanan, lateks pekat mencatat 665.40 sen sekilogram pada Mac 2026 berbanding 586.69 sen sekilogram pada Februari lalu, meningkat 13.4 peratus.

Sementara itu, sekerap merekodkan harga purata bulanan 654.27 sen sekilogram pada Mac 2026 berbanding 631.13 sen sekilogram pada Februari, meningkat 3.7 peratus.

Previous Post

Abdul Halim mula tugas KP SPRM secara rasmi

Next Post

Ismail Karim kekal terajui Dewan Teraju, fokus perluas pasaran global

Next Post
Ismail Karim kekal terajui Dewan Teraju, fokus perluas pasaran global

Ismail Karim kekal terajui Dewan Teraju, fokus perluas pasaran global

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Muhyiddin lepas bebas 1 kes rasuah, 3 AMLA babit Jana Wibawa RM200 juta
  • Malaysia tangani isu birokrasi babit pelajar Maldives, perkukuh kerjasama bidang kesihatan – PM
  • Dua syarikat Bumiputera catat pencapaian besar di Bursa Malaysia

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil