Friday, 31 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Abdul Halim mula tugas KP SPRM secara rasmi

Zailani by Zailani
13 May 2026
in Semasa
0
Abdul Halim mula tugas KP SPRM secara rasmi
0
SHARES
11
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA,13 MEI (Berita Harian) – Datuk Seri Abdul Halim Aman, memulakan tugas secara rasmi sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu hari ini.

Pelantikan bekas Hakim Mahkamah Tinggi itu bagi menggantikan Tan Sri Azam Baki yang menamatkan kontraknya secara rasmi semalam selepas 42 tahun berkhidmat bersama SPRM.

Related posts

RCI: Penamatan CEO, Pengerusi Lembaga TH dibuat tanpa sebab munasabah

RCI: Penamatan CEO, Pengerusi Lembaga TH dibuat tanpa sebab munasabah

30 Jul 2026
Kerajaan sedia pekerjaan alternatif tangani isu rakyat hilang kerja -PMX

Myanmar setuju terima semula 5,000 pelarian Rohingya di Malaysia

29 Jul 2026

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, berkata kredibiliti dan pengalaman Abdul Halim dalam bidang perundangan berupaya memberi nilai tambah kepada SPRM.

“Tahniah diucapkan atas pelantikan Datuk Seri Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM berkuat kuasa pada 13 Mei 2026.

“Insya-Allah, saya percaya dengan kredibiliti dan pengalaman dalam jalur perundangan akan terus memberi nilai tambah, memperkukuh peranan serta mengangkat kedudukan SPRM sebagai badan penguat kuasa yang berprestij di dalam dan luar negara,” katanya menerusi perkongsian di Facebook, hari ini.

Abdul Halim dilahirkan pada 10 Mac 1957 di Kampung Alai, Melaka, memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Malaya pada 1982 dan kemudiannya menamatkan Ijazah Sarjana Undang-Undang di University of Hull pada 1996.

Beliau memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan pada 1982, berkhidmat dalam pelbagai jawatan selama 22 tahun, termasuk sebagai Peguam Persekutuan di Jabatan Peguam Negara, majistret di Kluang dan Muar, penolong kanan pendaftar di Mahkamah Tinggi Melaka serta hakim Mahkamah Sesyen di beberapa lokasi termasuk Tawau, Sandakan, Kuala Lumpur, Georgetown dan Ampang.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Peguam Kanan Persekutuan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Peguam Negara, selain menjadi Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Timbalan Pendakwa Raya serta Ketua Bahagian Penyelidikan di Pejabat Ketua Hakim Negara.

Pada 2005, beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Temerloh sebelum dipindahkan ke Kuantan pada 2006. Beliau dinaikkan pangkat sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 2007.

Beliau kemudiannya berkhidmat di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang (2009) dan Mahkamah Tinggi Johor Bahru (2010) sebelum tempoh perkhidmatan panjangnya di Mahkamah Tinggi Shah Alam dari 2013 hingga persaraan wajibnya pada Mac 2023.

Previous Post

Bank of America buka pejabat baharu di Merdeka 118

Next Post

Pengeluaran getah asli susut 8.2 peratus pada Mac

Next Post
Pengeluaran getah asli susut 8.2 peratus pada Mac

Pengeluaran getah asli susut 8.2 peratus pada Mac

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • RCI: Penamatan CEO, Pengerusi Lembaga TH dibuat tanpa sebab munasabah
  • Bank Islam syor dana perkongsian risiko perkasa usahawan iTEKAD
  • Myanmar setuju terima semula 5,000 pelarian Rohingya di Malaysia

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil