Wednesday, 28 October 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Aplikasi Glocal Pilgrims Alert bantu kesan jemaah terpisah di Tanah Suci

Zailani by Zailani
4 Oct 2026
in Semasa
0
Aplikasi Glocal Pilgrims Alert bantu kesan jemaah terpisah di Tanah Suci
0
SHARES
6
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 4 OKT – Bakal jemaah Haji yang terpisah daripada kumpulan di Makkah atau Madinah boleh dibantu dikesan menerusi fungsi penjejakan lokasi dalam aplikasi Glocal Pilgrims Alert yang diperkenalkan Glocal Travel & Tours Sdn Bhd (Glocal Travel) bagi Musim Haji 1448H/2027M.

Aplikasi pengurusan pintar itu dibangunkan untuk membantu menangani cabaran komunikasi dan pergerakan jemaah dengan menyediakan notifikasi masa nyata mengenai jadual perjalanan, titik perhimpunan serta makluman penting terus kepada pengguna.

Related posts

Pelanggan Maybank boleh bayar guna QR di lima lagi negara termasuk China, Korea Selatan

28 Oct 2026
Kelantan mahu KB Sentral diteruskan tanpa tunggu peruntukan RM250 juta

Kelantan mahu KB Sentral diteruskan tanpa tunggu peruntukan RM250 juta

26 Oct 2026

Glocal Travel berkata fungsi penjejakan lokasi pula hanya digunakan dengan persetujuan jemaah bagi membantu pasukan operasinya mengesan individu yang terpisah daripada kumpulan, dengan aspek privasi turut diberi perhatian.

Ketua Pegawai Eksekutif Glocal Travel, Datuk Mohd Idzham Mohd Isa, berkata penggunaan teknologi berkenaan bertujuan menyokong petugas di lapangan dan bukannya menambah beban kepada jemaah ketika melaksanakan ibadah.

“Teknologi berfungsi sebagai alat sokongan kepada petugas di lapangan. Maklumat penting tetap disalurkan melalui saluran mesra pengguna seperti notifikasi ringkas dan WhatsApp. Teknologi membantu operasi, namun sentuhan kemanusiaan dan keprihatinan petugas tetap menjadi keutamaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Glocal Pilgrims Alert diperkenalkan bersama empat pilihan Pakej Haji 1448H, iaitu Elaf Eksklusif, Pullman Clock Tower ECO, Pullman Clock Tower Premium dan Pullman Private, selepas Glocal Travel diumumkan sebagai antara penerima Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi musim 2027 oleh Lembaga Tabung Haji (TH) pada 1 September lalu.

Menurut kenyataan media syarikat, penggunaan PJH berlesen memberi bakal jemaah pilihan pakej mengikut kemampuan dan keperluan, selain menjadi sebahagian langkah memastikan perkhidmatan Haji memenuhi aspek keselamatan, kebajikan dan pematuhan syariah.

Mohd Idzham berkata pendekatan pengurusan Haji kini perlu lebih menyeluruh dengan menggabungkan bimbingan rohani, pengurusan logistik yang cekap dan sokongan operasi berterusan sejak sebelum jemaah berlepas sehingga selesai fasa kritikal di Tanah Suci.

“Fokus kami bukan sekadar menawarkan pakej, sebaliknya menyediakan satu pengalaman perjalanan Haji yang tersusun daripada persediaan sebelum berangkat, bimbingan ibadah, penginapan, hinggalah pengurusan di Tanah Suci dan fasa Mashair. Prinsip kami mudah: jemaah fokus sepenuhnya kepada ibadah, manakala urusan perjalanan kami bantu kendalikan,” katanya.

Bagi fasa Mashair, syarikat turut menawarkan Perkhidmatan Mashair Naik Taraf yang merangkumi peningkatan fasiliti khemah, ruang solat dan makan, kemudahan rehat serta penyelarasan pengangkutan yang lebih teratur.

Glocal Travel turut menyediakan barisan pembimbing dan penasihat syariah, selain menawarkan bimbingan secara komunikasi langsung ketika jemaah melaksanakan Tawaf dan Saie bagi membantu mereka memahami serta melaksanakan ibadah dengan lebih yakin dan teratur.

Pada masa sama, Mohd Idzham mengingatkan bakal jemaah supaya tidak bergantung kepada aspek logistik dan teknologi semata-mata, sebaliknya membuat persediaan menyeluruh dari segi mental, kesihatan fizikal serta ilmu ibadah sebelum berlepas.

“Jemaah hadir ke Tanah Suci untuk beribadah. Peranan kami adalah memastikan perjalanan berjalan dengan tenang, selamat dan teratur. Ibadah Haji jemaah, tanggungjawab kami,” katanya.

Previous Post

MYEG digantung: Loke adakan sidang media esok

Next Post

Operasi CJ Bio Kerteh dikhabarkan tamat, masa depan aset hampir RM3 bilion jadi perhatian

Next Post
Operasi CJ Bio Kerteh dikhabarkan tamat, masa depan aset hampir RM3 bilion jadi perhatian

Operasi CJ Bio Kerteh dikhabarkan tamat, masa depan aset hampir RM3 bilion jadi perhatian

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Haraki Fest 2026 himpun usahawan, buka ruang teroka pasaran baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Pelanggan Maybank boleh bayar guna QR di lima lagi negara termasuk China, Korea Selatan
  • Kopi Royale Johor sasar buka kafe selepas jual 5,000 cawan dalam tiga hari
  • Bukan sekadar baiki telefon, Seminar PRESENT 2026 buka peluang jana pendapatan

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil