KUALA LUMPUR, 2 OKT – Berkat OSH Group sedang merancang beberapa langkah strategik bagi memperkukuh pertumbuhan Kumpulan, termasuk meneroka peluang pembiayaan dan pemudahcaraan untuk menyokong pengembangan perniagaan serta aspirasi penyenaraian awam permulaan (IPO) menjelang 2029.
Antara perancangan utama kumpulan itu adalah usaha memperoleh dan membangunkan sebuah hospital pakar baharu di Johor, selain memperluas operasi ke peringkat serantau.
Sebagai penerima sedia ada Dana Kemakmuran Bumiputera (DKB) TERAJU dan peserta XCELERATE Kumpulan 1, Berkat OSH Group turut melengkapkan IPO Synergy Exercise pada Februari 2026 sebagai sebahagian daripada persediaan ke arah pertumbuhan serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan syarikat untuk penyenaraian awam.
Perkembangan itu mencerminkan usaha syarikat Bumiputera untuk bergerak daripada fasa pertumbuhan kepada skala perniagaan yang lebih besar menerusi strategi yang lebih tersusun dan berorientasikan pasaran modal.
Langkah berkenaan juga dijangka dapat menyokong usaha kumpulan dalam memperkukuh kapasiti perniagaan, meneroka peluang baharu serta memperluas kehadiran di pasaran serantau.
Delegasi Berkat OSH Group diketuai oleh Pengerusi Bukan Eksekutif Berkat OSH Group, Dato’ Dzulkifli Mahmud, bersama wakil daripada BR Capital.



