Sunday, 13 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

Teruskan legasi kedai makan warisan keluarga

Zailani by Zailani
13 Sep 2026
in Ekonomi Islam
0
Teruskan legasi kedai makan warisan keluarga
0
SHARES
3
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING , 13 SEPT ( Harian Metro) – Sanggup meninggalkan kerjaya selesa sebagai pengurus restoran di sebuah hotel selepas 12 tahun, demi menggalas cabaran meneruskan perniagaan warisan keluarga yang diusahakan ibunya sejak 1982.

Faizal Abdul Rahim, 52, berkata keputusan mengambil alih perniagaan berkenaan dibuat pada 2013 lalu selepas melihat potensi untuk bekerja sendiri dan mengembangkan perniagaan makanan keluarga.

Related posts

Dari seekor ayam sehari, Zawiah kini bergelar pembayar zakat

Dari seekor ayam sehari, Zawiah kini bergelar pembayar zakat

9 Sep 2026
Kemudahan pinjaman, jaminan pembiayaan RM16 bilion bantu PMKS

Kemudahan pinjaman, jaminan pembiayaan RM16 bilion bantu PMKS

7 Sep 2026

Menurutnya, dia yang berasal dari Bandar Taiping mengambil alih perniagaan ibunya, Kamariah Arshad, yang kini dikenali sebagai Selera Warisan Abah, berhampiran Penjara Taiping.

“Sebelum ini saya bekerja dalam bidang hotel selama 12 tahun dan jawatan terakhir saya adalah sebagai pengurus restoran.

“Saya nampak potensi untuk bekerja sendiri kerana kita ada kebebasan dari segi masa, tetapi usaha pada peringkat awal bukan 100 peratus, sebaliknya memerlukan 200 peratus pengorbanan.

“Kami menyediakan sarapan bermula jam 7.30 hingga 11 pagi, antaranya nasi lemak berlauk, mee kari, lontong, roti canai dan roti bakar, manakala operasi makan tengah hari memberi tumpuan kepada konsep nasi campur dengan hidangan masakan kampung dengan antara menu laris ialah patin tempoyak dan ikan bakar,” katanya.

Bapa kepada empat anak itu berkata, cabaran utama ketika mula mengambil alih perniagaan berkenaan adalah untuk membuat keputusan dan menentukan hala tuju kerana ia adalah perniagaan warisan keluarga.

Dia berkata, cabaran lain yang dihadapi pada peringkat awal adalah modal kerana beliau memulakan usaha berkenaan dari kosong sebelum mendapat maklumat mengenai bantuan yang ditawarkan Digital Perak kira-kira dua tahun lalu.

Katanya, penerangan mengenai bantuan dan kelebihan geran Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PKMS) yang ditawarkan Digital Perak membuka peluang untuk dia meningkatkan kecekapan pengurusan perniagaan apabila menerima tablet komputer, mesin laci tunai serta tunjuk ajar penggunaan sistem point-of-sale (POS) bagi menguruskan rekod secara digital.

“Sistem POS ini banyak membantu kerana saya boleh melihat semula menu mana yang menjadi, selain melihat kos dan sebagainya.

“Saya boleh masukkan harga kos dan margin keuntungan yang disasarkan dan sistem akan membuat pengiraan secara automatik, jadi lebih mudah,” katanya.

Dia berkata, sebelum menerima bantuan berkenaan, operasi perniagaan termasuk rekod jualan dan pengiraan kos dilakukan secara manual, manakala pengetahuan berkaitan pengurusan kos turut diperolehnya menerusi program anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) yang disertainya sebelum ini.

Bantuan itu membuktikan komitmen Digital Perak sebagai agensi peneraju Ekonomi Digital, salah satu flagship dalam Pelan Perak Sejahtera 2030 cetusan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad

Bagi perancangan masa depan, Faizal berkata, dia mahu terus mengembangkan perniagaan dengan memperkukuh pengurusan dan mendapatkan pensijilan halal, selain memastikan perniagaan warisan keluarganya itu dapat diteruskan generasi seterusnya

Previous Post

Malaysia kekal tegas dapatkan semula aset 1MDB

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Teruskan legasi kedai makan warisan keluarga
  • Malaysia kekal tegas dapatkan semula aset 1MDB
  • Rangka manusia dalam tong biru

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil