Sunday, 13 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa Jenayah

Rangka manusia dalam tong biru

Zailani by Zailani
13 Sep 2026
in Jenayah
0
Rangka manusia dalam tong biru
0
SHARES
5
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH, 13 SEPT (Berita Harian) – Misteri tong biru di tepi Empangan Durian Tunggal, Jalan Machap Baharu, di sini, terbongkar selepas polis menemukan rangka dipercayai manusia, tengah hari tadi.

Tong itu ditutup dengan simen, manakala rangka terbabit dianggarkan sudah berada di dalamnya sekurang-kurangnya tiga minggu.

Related posts

Helikopter ‘flying doctor’ terhempas berhampiran STOLport Long Lellang, 5 dalam pesawat

Helikopter ‘flying doctor’ terhempas berhampiran STOLport Long Lellang, 5 dalam pesawat

8 Sep 2026
Dua rentung, seorang hilang dalam kebakaran 200 rumah

Dua rentung, seorang hilang dalam kebakaran 200 rumah

30 Aug 2026

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar, berkata tong biru berkenaan ditemukan tiga pemancing berusia antara 25 hingga 35 tahun kira-kira jam 11.40 pagi ketika berada di kawasan empangan berkenaan.

Katanya, mereka yang curiga dengan tong itu kemudian memotong sedikit bahagian atas sebelum melihat sesuatu yang dipercayai tulang manusia dan terus menghubungi polis.

“Susulan laporan polis yang dibuat pemancing lebih kurang jam 12 tengah hari, kita tiba di lokasi dan membuat pemeriksaan secara fizikal bersama pasukan Forensik Polis.

“Daripada siasatan awal, apa yang kita lihat di dalam tong itu ialah rangka atau tulang yang dipercayai manusia,” katanya di sini hari ini.

Ahmad berkata, kedudukan tong kira-kira 15 meter dari jalan menyebabkan polis meminta bantuan pasukan bomba untuk mengangkatnya sebelum dibawa ke Hospital Melaka bagi pemeriksaan lanjut.

Katanya, rangka itu dipercayai sudah berada di dalam tong berkenaan sekurang- kurangnya tiga minggu berdasarkan keadaan tulang yang sudah terlerai dan masih terdapat tisu yang melekat.

Beliau berkata, pemeriksaan fizikal mendapati bahagian tengkorak antara yang dapat dilihat, manakala bahagian lain akan dikenal pasti menerusi pemeriksaan forensik dan bedah siasat.

“Pemeriksaan awal turut mendapati terdapat simen pada bahagian atas tong yang dipercayai digunakan sebagai penutup,” katanya.

Beliau berkata, simen itu mungkin terlucut daripada penutup asal dan menyebabkan air masuk ke dalam tong, sekali gus mempercepat proses pereputan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan belum ada sebarang tangkapan dibuat.

Previous Post

BYD ATTO 3 Performance dilancarkan di Malaysia, terhad 69 unit

Next Post

Malaysia kekal tegas dapatkan semula aset 1MDB

Next Post
Malaysia kekal tegas dapatkan semula aset 1MDB

Malaysia kekal tegas dapatkan semula aset 1MDB

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Teruskan legasi kedai makan warisan keluarga
  • Malaysia kekal tegas dapatkan semula aset 1MDB
  • Rangka manusia dalam tong biru

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil