Wednesday, 28 October 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa Jenayah

Dua rentung, seorang hilang dalam kebakaran 200 rumah

Zailani by Zailani
30 Aug 2026
in Jenayah
0
Dua rentung, seorang hilang dalam kebakaran 200 rumah
0
SHARES
6
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Dua ditemukan rentung manakala seorang lagi hilang dalam kejadian kebakaran melibatkan kira-kira 200 rumah atas air melibatkan tiga kampung di sini pada awal pagi Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, kebakaran melibatkan Kampung Lok Buta, Kampung Lok Poring dan Kampung Sabang Lama yang terletak di Kampung Numbak.

Related posts

Pemandu treler didakwa sebabkan kematian wanita, miliki ketum

Pemandu treler didakwa sebabkan kematian wanita, miliki ketum

22 Oct 2026
Dua beradik belum tahu ibu meninggal dunia

Dua beradik belum tahu ibu meninggal dunia

16 Oct 2026

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Pisar Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.40 pagi.

Menurutnya, seramai 41 anggota melibatkan empat balai dikerah ke lokasi kejadian iaitu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Lintas, Penampang dan Tuaran.

“Kebakaran melibatkan kawasan rumah setinggan atas air jenis tidak kekal yang merangkumi tiga buah kampung iaitu Kampung Lok Buta, Kampung Lok Poring dan Kampung Sabang Lama.

“Anggaran awal kebakaran melibatkan kira-kira 200 rumah. Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan dua aliran menggunakan sumber air daripada jentera bomba dan sumber air terbuka iaitu laut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak ke kawasan berhampiran.

“Operasi pemadaman dan kerja-kerja overhaul sedang dijalankan.

“Dua mangsa telah berjaya ditemui rentung oleh pasukan bomba, manakala operasi pencarian bagi seorang lagi mangsa masih diteruskan,” katanya.

Beliau memaklumkan, jumlah sebenar rumah yang terlibat serta status mangsa masih dalam proses pengesahan.

“Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

Previous Post

BSN angkat 69 kisah usahawan mikro sempena Merdeka

Next Post

MY Farm Agro pacu transformasi pertanian pintar

Next Post
MY Farm Agro pacu transformasi pertanian pintar

MY Farm Agro pacu transformasi pertanian pintar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Haraki Fest 2026 himpun usahawan, buka ruang teroka pasaran baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Bukan sekadar baiki telefon, Seminar PRESENT 2026 buka peluang jana pendapatan
  • MPUPK Perkukuh Usahawan Bumiputera Zon Timur
  • Kelantan mahu KB Sentral diteruskan tanpa tunggu peruntukan RM250 juta

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil