Thursday, 30 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home SME Bisnes

Hiap Joo Bakery kekal guna ketuhar kayu api selepas lebih 100 tahun

Zailani by Zailani
28 Jun 2026
in SME Bisnes
0
Hiap Joo Bakery kekal guna ketuhar kayu api selepas lebih 100 tahun
0
SHARES
6
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU, 28 JUN (Bernama ) – Di tengah-tengah kawasan pusat bandar bersejarah Johor Bahru, udara di sepanjang Jalan Dhoby dipenuhi aroma tersendiri yang membangkitkan nostalgia, iaitu gabungan bau kayu getah yang dibakar dan pisang yang sedang melalui proses karamel.

Dibina pada 1919, kedai bakeri itu menjadi antara tarikan warisan di bandar raya berkenaan, sekali gus menarik kehadiran pengunjung dari seluruh Malaysia, selain Singapura, China, Taiwan, Jepun dan Korea Selatan.

Related posts

Bank Islam syor dana perkongsian risiko perkasa usahawan iTEKAD

Bank Islam syor dana perkongsian risiko perkasa usahawan iTEKAD

30 Jul 2026
Karnival Usahawan PMKS Zon Kuala Penyu buka peluang pembiayaan dan akses pasaran kepada usahawan tempatan

Karnival Usahawan PMKS Zon Kuala Penyu buka peluang pembiayaan dan akses pasaran kepada usahawan tempatan

29 Jul 2026

Ketika dunia luar telah menggantikan relau tradisional dengan ketuhar putaran elektrik, Hiap Joo Bakery terus mengekalkan penggunaan ketuhar kayu api yang berusia lebih satu abad.

Ketuhar gergasi yang dibina daripada batu bata dan resipi keluarga yang dijaga rapi selama tiga generasi telah menjadikan perniagaan keluarga berkenaan sebagai destinasi warisan bertaraf antarabangsa selama lebih 100 tahun.

Diasaskan sejurus selepas Perang Dunia Pertama oleh tujuh pendatang berketurunan Hainan, kedai bakeri itu kini diuruskan oleh pengurus berusia 38 tahun, Joseph Lim Toh Hui bersama abang sulungnya, datuk mereka adalah antara pengasas kedai bakeri berkenaan.

“Semasa Perang Dunia Kedua, pemegang saham yang lain tidak kembali untuk mengambil alih perniagaan itu, menyebabkan datuk saya meneruskannya secara bersendirian. Sejak itu, perniagaan ini kekal dalam keluarga kami,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Toh Hui ketika mengimbas zaman kanak-kanaknya di kedai bakeri itu berkata, beliau melihat datuknya menguli doh menggunakan tangan di atas meja kayu yang besar sebelum mempelajari kemahiran itu.

Kini, kedai bakeri itu menggaji antara 15 hingga 20 pekerja, selain terus mengekalkan proses pembakaran tradisional menggunakan ketuhar kayu api yang sama.

“Ramai menyangka kami membakar roti secara terus di atas api. Sebenarnya, kami membakar kayu untuk memanaskan ketuhar. Apabila suhu mencapai tahap yang sesuai, kami membakar roti menggunakan haba yang tersimpan. Apabila suhu mula menurun, barulah kami membakar kek.

“Tiada rahsia. Ia adalah kaedah yang diwarisi daripada datuk saya,” katanya.

Pada awalnya, kedai bakeri hanya menghasilkan roti untuk dihantar ke kedai kopi di sekitar Johor Bahru, namun Hiap Joo Bakery & Biscuit Factory memperluaskan pengeluaran kepada kek pada awal 2000-an selepas mendapat permintaan daripada pelanggan muda.

Kedai bakeri itu menjual roti bun kelapa, kismis, kacang, kaya, gula dan pedas pada harga RM6 sebungkus, selain kek pisang berharga RM13 serta kek mentega dan kek kopi yang dijual pada harga RM16 setiap satu.

“Kek pisang antara produk paling laris kami pada masa ini,” kata Toh Hui, sambil memaklumkan kedai bakeri itu menghasilkan antara 800 hingga 1,000 produk setiap hari bagi memenuhi permintaan.

Walaupun keluarga itu memiliki beberapa hartanah lain, beliau berkata memindahkan kedai bakeri itu tidak pernah menjadi pilihan kerana ketuhar bersejarah itu menjadi identiti utama perniagaan mereka.

“Ketuhar itu adalah perkara yang paling penting. Kami berharap suatu hari nanti dapat membeli premis ini kerana ketuhar pembakaran kayu api itu berada di sini. Kami mahu generasi akan datang terus melihat ketuhar ini serta menikmati roti serta kek dengan rasa yang sama,” katanya.

Sementara itu, pelanggan setia Kuldip Singh, 65, berkata beliau menjadi pelanggan tetap kedai bakeri itu sejak zaman persekolahan di Johor Bahru.

“Ia lembut, anda benar-benar dapat merasai rasa pisangnya dan kualitinya kekal sama sejak kira-kira 50 tahun lalu,” katanya, sambil menambah walaupun kos sara hidup semakin meningkat, kedai bakeri itu masih menawarkan produknya pada harga berpatutan.

Previous Post

Tiada lagi EV import mampu milik dibawa ke Malaysia mulai Rabu ini

Next Post

Jual Nasi Lemak RM1 demi kelangsungan hidup

Next Post
Jual Nasi Lemak RM1 demi kelangsungan hidup

Jual Nasi Lemak RM1 demi kelangsungan hidup

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • RCI: Penamatan CEO, Pengerusi Lembaga TH dibuat tanpa sebab munasabah
  • Bank Islam syor dana perkongsian risiko perkasa usahawan iTEKAD
  • Myanmar setuju terima semula 5,000 pelarian Rohingya di Malaysia

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil