Sunday, 14 June 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Malaysia tidak perlukan pakej rangsangan ekonomi baharu buat masa ini – Bank Dunia

Adila by Adila
9 Apr 2026
in Semasa, Terkini
0
Malaysia tidak perlukan pakej rangsangan ekonomi baharu buat masa ini – Bank Dunia
0
SHARES
5
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 9 Apr (NSTP) — Malaysia tidak memerlukan pakej rangsangan ekonomi baharu buat masa ini memandangkan keadaan ekonomi negara masih berada pada landasan kukuh dengan pertumbuhan stabil dan inflasi terkawal.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia untuk Malaysia, Dr Apurva Sanghi berkata, pakej rangsangan ekonomi bukan sahaja tidak diperlukan ketika ini, malah boleh meningkatkan tekanan inflasi.

Related posts

Hamzah diumum Ketua Pembangkang, Dr Samsuri kekal Pengerusi PN

Hamzah diumum Ketua Pembangkang, Dr Samsuri kekal Pengerusi PN

13 Jun 2026
Presiden, CEO Kumpulan MAG dilantik jadi Lembaga Gabenor IATA

Presiden, CEO Kumpulan MAG dilantik jadi Lembaga Gabenor IATA

13 Jun 2026

“Pakej rangsangan biasanya diperlukan apabila ekonomi berdepan risiko kemelesetan seperti ketika pandemik COVID-19. Namun ketika ini, pertumbuhan masih kukuh dan inflasi berada dalam keadaan terkawal,” katanya pada taklimat media Laporan Malaysia Economic Monitor (MEM) Bank Dunia bagi April 2026 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Apurva berkata, perangkaan semasa menunjukkan inflasi Malaysia kekal stabil sepanjang dua hingga tiga tahun lalu walaupun ekonomi berkembang lebih pantas berbanding purata serantau.

Beliau menjelaskan keadaan pertumbuhan kukuh di samping kadar inflasi yang rendah adalah satu keadaan yang dianggap sebagai ‘sweet spot’ dalam ekonomi.

Selain itu, katanya, permintaan domestik yang kukuh, khususnya perbelanjaan pengguna, terus menjadi pemacu utama pertumbuhan, disokong oleh pasaran buruh yang stabil serta peningkatan gaji benar.

Dalam masa sama, Apurva berkata, kadar pengangguran negara kini berada pada paras terendah dalam tempoh 14 tahun di bawah 3.0 peratus, sekali gus mencerminkan kekuatan asas ekonomi domestik.

Walaupun begitu, beliau berkata, kerajaan masih perlu berwaspada terhadap risiko luaran seperti konflik geopolitik dan kenaikan harga komoditi global yang boleh memberi kesan tidak langsung kepada inflasi dan pertumbuhan.

“Buat masa sekarang, pendekatan terbaik adalah mengekalkan dasar fiskal berhemah serta memberi tumpuan kepada pembaharuan struktur ekonomi bagi memastikan pertumbuhan mampan dalam jangka panjang,” katanya.

Previous Post

Ringgit kekal kukuh pada 3.97 berbanding dolar AS

Next Post

“Jom Berwakaf Bina Kompleks Pendidikan Sri Showme”

Next Post
“Jom Berwakaf Bina Kompleks Pendidikan Sri Showme”

"Jom Berwakaf Bina Kompleks Pendidikan Sri Showme”

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chef Ustazah dinobatkan Ikon Usahawan TikTok Shop–TEKUN Nasional 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dari bengkel kecil ke pentas Nasional, Tc. Azizol Adam angkat martabat TVET

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Niaga hadapan emas merosot susulan kebimbangan peningkatan konflik Asia Barat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mohamad Shiblie Abg Sapuan dilantik Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Baharu TEKUN Nasional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Usahawan Terengganu bina Rangkaian makanan Malaysia di Ireland
  • Hamzah diumum Ketua Pembangkang, Dr Samsuri kekal Pengerusi PN
  • Presiden, CEO Kumpulan MAG dilantik jadi Lembaga Gabenor IATA

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil