Tuesday, 28 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

ST Rosyam Mart buka cawangan pertama di Johor pada September

Zailani by Zailani
16 Jul 2026
in Ekonomi Islam, SME Bisnes
0
ST Rosyam Mart buka cawangan pertama di Johor pada September
0
SHARES
5
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU, 16 JULAI ( Bernama) – Rangkaian pasar raya borong dan runcit halal ST Rosyam Mart akan membuka cawangan pertamanya di Johor menjelang 12 September, menandakan pengembangannya ke wilayah selatan dan mengukuhkan sektor peruncitan negeri itu.

Sri Ternak Food Mart Sdn Bhd melalui satu kenyataan berkata, pasar raya yang terletak di Paragon Market Place, Tampoi itu akan menjadi cawangan ke-10 syarikat di seluruh negara, meliputi kira-kira 70,000 kaki persegi selain menjadi cawangan ST Rosyam Mart terbesar setakat ini.

Related posts

Kerajaan sedia teliti cadangan longgar syarat geran PMKS

Kerajaan sedia teliti cadangan longgar syarat geran PMKS

27 Jul 2026
BIHAS 2026: 6 usahawan ‘Gate to Global’ MARA raih jualan RM8.5 Juta

BIHAS 2026: 6 usahawan ‘Gate to Global’ MARA raih jualan RM8.5 Juta

26 Jul 2026

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Sri Ternak, Datuk Raymond Ho Cheng Hann, berkata cawangan baharu itu mencerminkan pengembangan strategik syarikat ke Johor, yang menawarkan potensi pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan pasaran pengguna yang semakin melonjak.

Pasar raya itu dijangka menyediakan akses yang lebih luas produk berharga kompetitif kepada pengguna sambil menarik pembeli dari Singapura melalui konsep runcit halal ’24 jam’.

“Kami berharap dapat membawa nilai dan kemudahan yang lebih besar kepada rakyat Johor apabila operasi bermula September ini,” katanya pada majlis prapelancaran di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah ST Rosyam Mart, Datuk Rosyam Nor, berkata syarikat itu juga telah melancarkan inisiatif ‘Misi Menawan Tampoi’ untuk melibatkan masyarakat setempat menjelang pembukaan rasmi pasar raya itu.

Beliau berkata, inisiatif itu termasuk program penglibatan komuniti dan pelancaran siri web janaan kecerdasan buatan 11 episod, ‘Misi Untuk Rakyat’, dengan tayangan akhir akan ditontonkan semasa pembukaan besar nanti.

Pada majlis yang sama, syarikat itu turut mengumumkan kempen ‘Stamp & Menang 2.0’, menawarkan hadiah bernilai RM1 juta seperti kondominium, kereta dan ganjaran lain, untuk pelanggan yang membelanjakan minimum RM300 di mana-mana cawangan Sri Ternak atau ST Rosyam Mart.

Pasar raya baharu itu akan menawarkan hasil segar, daging, makanan laut, barangan runcit, keperluan isi rumah dan pembelian pukal pada harga borong, di samping lebih daripada 20 perkhidmatan pelanggan secara percuma.

Previous Post

Halal BizStart perkasa kesedaran pensijilan halal usahawan Bumiputera

Next Post

Nurulhidayah dinobatkan Wanita Ikon Negeri Selangor 2026/2027

Next Post
Nurulhidayah dinobatkan Wanita Ikon Negeri Selangor 2026/2027

Nurulhidayah dinobatkan Wanita Ikon Negeri Selangor 2026/2027

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM
  • Perjalanan terakhir ke saf subuh
  • MB arah roboh segera penempatan haram warga asing di Setia Alam

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil