Tuesday, 27 October 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home SME Bisnes

MIHAS 2026 rekod potensi jualan RM5.5 bilion setakat hari keempat

Zailani by Zailani
27 Sep 2026
in SME Bisnes
0
MIHAS 2026 rekod potensi jualan RM5.5 bilion setakat hari keempat
0
SHARES
10
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 27 SEPT ( Bernama) – Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 merekodkan potensi jualan RM5.5 bilion setakat hari keempat penganjurannya, dan jumlah itu dijangka meningkat kepada RM6 bilion menjelang akhir pameran.

Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata jumlah berkenaan tidak termasuk nilai memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai serta transaksi berasingan yang dilaksanakan menerusi penggunaan kecerdasan buatan (AI) agentik.

Related posts

Bukan sekadar baiki telefon, Seminar PRESENT 2026 buka peluang jana pendapatan

Bukan sekadar baiki telefon, Seminar PRESENT 2026 buka peluang jana pendapatan

27 Oct 2026
MPUPK Perkukuh Usahawan Bumiputera Zon Timur

MPUPK Perkukuh Usahawan Bumiputera Zon Timur

27 Oct 2026

“Saya agak optimistik kita mampu mencapai (jumlah jualan) RM6 bilion (bagi MIHAS 2026),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah MIHAS 2026 di sini, semalam.

Terdahulu, MATRADE menyasarkan potensi perniagaan melebihi RM5 bilion menerusi MIHAS 2026, selain memperluas akses produk halal Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Pencapaian itu mencerminkan potensi MIHAS sebagai platform strategik bagi menjana peluang perdagangan dan memperkukuh kedudukan Malaysia dalam ekosistem halal global, khususnya menerusi jaringan perniagaan, inovasi serta pendigitalan.

Sementara itu, Majlis Anugerah MIHAS 2026 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini mengiktiraf peserta pameran yang mencorakkan masa depan industri halal global menerusi kecemerlangan, inovasi, kelestarian dan transformasi digital.

Sebanyak 13 anugerah disampaikan menerusi tiga kategori utama, iaitu Anugerah Kecemerlangan; Anugerah Inovasi, Kelestarian dan Pendigitalan; serta Anugerah Women in Export (WiEX) yang diperkenalkan buat julung kalinya.

Bagi Anugerah Kecemerlangan Produk/Perkhidmatan, penerimanya ialah NIMS Adeliciousz Sdn Bhd, Industri Makanan Jati Sdn Bhd dan RK Mubaraka Sdn Bhd, manakala Chocofac (Malaysia) Sdn Bhd dan Haritage Brands Sdn Bhd menerima Anugerah Bintang Baharu Kecemerlangan Produk/Perkhidmatan.

Zhafou Global Sdn Bhd pula menerima Anugerah WiEX Kecemerlangan Produk/Perkhidmatan.

Anugerah Inovasi, Kelestarian dan Pendigitalan Produk/Perkhidmatan diberikan kepada HYGR Sdn Bhd, PrintDaddy Sdn Bhd, Betrimex (Coco Investments Pte. Ltd.), Mega Fortris Berhad, Nestle Products Sdn Bhd dan Abin Manufacturing Sdn Bhd, manakala Innovate Health Sdn Bhd menerima Anugerah WiEX Inovasi, Kelestarian dan Pendigitalan Produk/Perkhidmatan.

Mengulas mengenai Anugerah MIHAS 2026, Reezal Merican berkata, MATRADE bercadang memperkenalkan beberapa kategori anugerah baharu pada tahun depan, khususnya bagi menggalakkan penyertaan lebih banyak negara luar.

Beliau berkata, pengiktirafan berkenaan dijangka menjadi antara pemangkin kepada peserta sedia ada untuk terus menyertai MIHAS, selain menarik penyertaan baharu dari negara lain berikutan pengukuhan penjenamaan MIHAS di peringkat antarabangsa.

Previous Post

“Sebaik Parlimen bubar, BN tak lagi bersama Kerajaan Perpaduan. Ini janji kita” – Zahid

Next Post

MFI manfaat platform MIHAS perluas pasaran produk halal tempatan

Next Post
MFI manfaat platform MIHAS perluas pasaran produk halal tempatan

MFI manfaat platform MIHAS perluas pasaran produk halal tempatan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Haraki Fest 2026 himpun usahawan, buka ruang teroka pasaran baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Bukan sekadar baiki telefon, Seminar PRESENT 2026 buka peluang jana pendapatan
  • MPUPK Perkukuh Usahawan Bumiputera Zon Timur
  • Kelantan mahu KB Sentral diteruskan tanpa tunggu peruntukan RM250 juta

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil