KUALA LUMPUR, 11 JUN – Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) memperkukuh kerjasama strategik menerusi pertukaran Memorandum Kerjasama (MoC) di bawah Program National Technology Innovation Centre (NTIC) bagi mempercepatkan pembangunan industri automotif negara.
Majlis pertukaran dokumen itu disaksikan Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Pertukaran dokumen kerjasama itu melibatkann Ketua Pegawai Teknologi (CTO) MARii, Ts. Mohd Sharulnizam Sarip dan Ketua Pegawai Operasi (COO) NCIA, Hasri A. Hasan.
Kerjasama itu memberi tumpuan kepada pembangunan sektor automotif di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), khususnya dalam aspek penerapan teknologi, pembangunan bakat dan pengukuhan rantaian bekalan industri.
Melalui inisiatif seperti Centre of Excellence for Future Industry (CoEFI) dan National Automotive Test Centre (NATC), kedua-dua pihak komited memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS), meningkatkan kesiapsiagaan industri serta melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan mobiliti masa depan.
Kerjasama berkenaan dijangka memperkukuh daya saing industri automotif Malaysia dan menyokong agenda pembangunan teknologi serta mobiliti mampan negara.




