Friday, 12 June 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

Malaysia teroka pasaran baharu bekalan minyak mentah, bertapis – Akmal Nasrullah

Zailani by Zailani
10 Jun 2026
in Ekonomi Islam, Semasa
0
Malaysia teroka pasaran baharu bekalan minyak mentah, bertapis – Akmal Nasrullah
0
SHARES
6
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

BAYAN LEPAS,10 JUN (Berita Harian) – Malaysia sedang meneroka pasaran baharu bagi mendapatkan bekalan minyak mentah dan bertapis sebagai langkah proaktif menjamin tenaga negara dalam berdepan ketidaktentuan krisis Asia Barat ketika ini.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata usaha mengenal pasti sumber bekalan baharu sememangnya sedang dilaksanakan seperti yang pernah dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Related posts

JS-SEZ Berpotensi Jadi Pemangkin Pertumbuhan Baharu Asia Tenggara – Onn Hafiz

JS-SEZ Berpotensi Jadi Pemangkin Pertumbuhan Baharu Asia Tenggara – Onn Hafiz

12 Jun 2026
Terengganu bangunkan ladang solar 400MW bernilai RM1.2 bilion di tanah wakaf Chenderong

Terengganu bangunkan ladang solar 400MW bernilai RM1.2 bilion di tanah wakaf Chenderong

12 Jun 2026

“Proses melihat sumber baharu itu memang berlaku, sebagai contoh antara wilayah ataupun ruang yang kita lihat sama ada dari benua Afrika, Russia mahupun daripada Turkiye, rantau Amerika Selatan selain minyak bertapis dari Singapura.

“Tetapi sudah pasti ia juga harus mencakupi atau perlu dilihat dalam aspek ketersediaan fasiliti kita untuk memproses bekalan berkenaan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pusat Teknologi dan Inovasi NCER di sini, hari ini.

Akmal Nasrullah berkata, setiap bekalan minyak mentah mempunyai ciri dan komposisi berbeza mengikut kawasan pengeluar, justeru kesesuaiannya dengan kemudahan pemprosesan negara perlu dinilai terlebih dahulu.

“Sebab kita tahu setiap bekalan minyak mentah yang datang daripada kawasan berbeza mempunyai karakter minyak yang berbeza. Sebab itu biasanya pihak PETRONAS akan menilai daripada segi ketersediaan fasiliti kita untuk menerima bekalan berkenaan.

“Jadi, ini bukan soal semata-mata mahu mencari (bekalan minyak) di semua tempat, tetapi bagaimana bekalan di sesetengah tempat itu sesuai dengan fasiliti yang kita ada,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, jaminan kerajaan sebelum ini mengenai bekalan minyak negara dijangka kekal stabil sehingga Julai ini tidak seharusnya ditafsir sebagai petanda negara berdepan masalah bekalan atau situasi sukar selepas tempoh itu.

Sebaliknya, beliau menjelaskan bahawa pengumuman tempoh berkenaan mencerminkan pendekatan telus kerajaan dalam berkongsi status ketersediaan tenaga semasa berdasarkan kecekapan pengurusan operasi.

“Kita memilih jalan lebih telus untuk berkongsi tahap ketersediaan itu selepas menyelesaikan persetujuan sama ada dari segi punca bekalan mahupun kos, namun dari segi menjamin bekalan ini memang kita akan umumkan dari semasa ke semasa kerana simpanan itu di peringkat operasi.

“Syarikat bekalan minyak terutamanya PETRONAS akan memberi kemas kini sebaik sahaja mereka mengesahkan perjanjian kontrak bekalan, sebab itu bukan bermaksud sehingga Julai negara berada dalam situasi sukar,” katanya.

Menurutnya lagi, langkah pengumuman secara berkala itu juga diambil memandangkan status harga minyak dunia ketika ini masih berada dalam keadaan tidak menentu.

Katanya, kerajaan mahu mengelak daripada memeterai kontrak perjanjian jangka panjang yang terlalu lama bagi mengelakkan negara terikat dengan risiko kerugian sekiranya berlaku sebarang perubahan mendadak pada harga pasaran minyak global.

Beliau turut memaklumkan perkembangan lanjut berkaitan jaminan bekalan akan dimaklumkan selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini.

“Sebab itu kaedah yang kita minta daripada mereka (syarikat pembekal) adalah untuk memberikan kemas kini terkini sebaik sahaja segala-galanya dimuktamadkan.

“Insya-Allah, jangkaan saya menjelang penghujung bulan ini, kita akan mendapat kemas kini seterusnya berhubung jaminan keselamatan bekalan bagi tempoh yang selanjutnya,” katanya.

Previous Post

Harga besi, pasir, simen catat kenaikan bulan lalu

Next Post

MARii, NCIA perkukuh kerjasama majukan industri automotif negara

Next Post
MARii, NCIA perkukuh kerjasama majukan industri automotif negara

MARii, NCIA perkukuh kerjasama majukan industri automotif negara

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chef Ustazah dinobatkan Ikon Usahawan TikTok Shop–TEKUN Nasional 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dari bengkel kecil ke pentas Nasional, Tc. Azizol Adam angkat martabat TVET

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Niaga hadapan emas merosot susulan kebimbangan peningkatan konflik Asia Barat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mohamad Shiblie Abg Sapuan dilantik Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Baharu TEKUN Nasional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • JS-SEZ Berpotensi Jadi Pemangkin Pertumbuhan Baharu Asia Tenggara – Onn Hafiz
  • Terengganu bangunkan ladang solar 400MW bernilai RM1.2 bilion di tanah wakaf Chenderong
  • Inisiatif Bank Rakyat Bizmatch hubung pelabur dan PMKS

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil