Tuesday, 28 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home SME Bisnes

Lebih 1,000 usahawan bakal berhimpun di SACC, peluang tembusi pasaran dan raih pembiayaan

Zailani by Zailani
24 Jul 2026
in SME Bisnes
0
Lebih 1,000 usahawan bakal berhimpun di SACC, peluang tembusi pasaran dan raih pembiayaan
0
SHARES
5
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM, 24 JULAI – Lebih 1,000 usahawan dari seluruh Selangor dijangka menghadiri Himpunan Usahawan Selangor 2026 yang akan berlangsung di Shah Alam Convention Centre (SACC), Seksyen 14, Shah Alam pada 20 Ogos ini.

Related posts

Kerajaan sedia teliti cadangan longgar syarat geran PMKS

Kerajaan sedia teliti cadangan longgar syarat geran PMKS

27 Jul 2026
BIHAS 2026: 6 usahawan ‘Gate to Global’ MARA raih jualan RM8.5 Juta

BIHAS 2026: 6 usahawan ‘Gate to Global’ MARA raih jualan RM8.5 Juta

26 Jul 2026

Program anjuran PKNS BizPoint, Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS inimenjadi platform strategik yang menghimpunkan usahawan, agensi pembiayaan, peruncit utama serta pelbagai agensi pembangunan keusahawanan dalam usaha memperkukuh ekosistem perniagaan di negeri ini.

Program yang bermula pada jam 8.00 pagi itu menawarkan pelbagai peluang kepada peserta untuk mendapatkan akses terus kepada lebih 40 agensi pembiayaan dan keusahawanan yang menyediakan maklumat mengenai geran, pinjaman, skim pembiayaan serta sokongan pembangunan perniagaan.

Selain itu, penyertaan 10 pasar raya dan peruncit utama membuka ruang kepada usahawan untuk meneroka peluang memasarkan produk, menjalinkan kerjasama komersial serta memperluaskan rangkaian pasaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Antara pengisian utama program ialah sesi BizMatch, yang membolehkan usahawan mengadakan padanan perniagaan secara terus dengan agensi pembiayaan, institusi berkaitan dan peruncit utama. Inisiatif ini dijangka membantu usahawan membina hubungan strategik serta mempercepatkan akses kepada peluang perniagaan baharu.

Peserta turut berpeluang mengikuti sesi networking dan pitching bersama wakil agensi serta pemain industri, sekali gus membolehkan mereka mendapatkan maklumat, bimbingan dan peluang kerjasama secara lebih efektif.

Bagi menghargai penyertaan usahawan, minum pagi percuma akan disediakan kepada 1,000 peserta terawal, manakala penyertaan ke program ini adalah percuma, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Himpunan Usahawan Selangor 2026 dijangka menjadi antara acara keusahawanan terbesar di negeri ini pada tahun 2026, sekali gus menjadi pemangkin kepada pembangunan usahawan tempatan dalam memperkukuh daya saing, memperluaskan jaringan perniagaan dan meningkatkan akses kepada pembiayaan serta pasaran.

Orang ramai, khususnya usahawan di Selangor, dialu-alukan mengambil peluang bagi menyertai program ini dengan membuat pendaftaran awal melalui laman sesawang bizmatch.com.my.

Previous Post

Harimau Malaya Hilang Zhafri, Cheng Hoe Bertambah Pening

Next Post

Solat hajat doa kesihatan Sultan Mizan hari ini

Next Post
Solat hajat doa kesihatan Sultan Mizan hari ini

Solat hajat doa kesihatan Sultan Mizan hari ini

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Objek menyerupai bom tangan, nota ‘berhenti operasi’ gemparkan pekerja kilang di Sungai Petani
  • Kerajaan sedia teliti cadangan longgar syarat geran PMKS
  • BIHAS 2026: 6 usahawan ‘Gate to Global’ MARA raih jualan RM8.5 Juta

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil