KUALA LUMPUR, 29 APR – Dewan Perniagaan dan Perindustrian Asean (ACCI), mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, di sini, baru-baru ini.
Delegasi yang diketuai oleh Presiden ACCI, Datuk Sohaimi Shahadan itu menjadi platform yang bermakna untuk perbincangan membina dan bertukar pandangan serta idea, khususnya dalam mengukuhkan peranan ACCI sebagai platform strategik dalam memacu keusahawanan, perdagangan dan pelaburan di seluruh ASEAN dan antarabangsa.
ACCI amat menghargai pandangan dan sokongan yang diberikan sekaligus berharap dapat mengukuhkan kerjasama melalui inisiatif bersama yang akan memberi manfaat kepada komuniti perniagaan dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi seluruh negara.

Hadir sama pada kunjungn yang membawa proposal ASEAN Elevate Centre (AEC) bagi meneruskan pembangunan keusahawanan social melalui platform bersama EDC Co-working space networking centre itu, adalah Naib Presiden 2 ACCI, Norlukmal Mat Ghani.
ACCI ialah platform utama yang mewakili suara sektor swasta negara anggota ASEAN termasuk perdagangan, diplomasi dan pembangunan, ACCI bertindak sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi yang inklusif, inovasi mampan dan kerjasama rentas sempadan yang berdaya tahan.
Sebagai sebuah institusi serantau yang berimpak tinggi, ACCI memanfaatkan kekuatan kolektif pelbagai ekonomi ASEAN dengan memupuk persekitaran yang membolehkan perdagangan, pelaburan dan keusahawanan.




