Friday, 31 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home SME Bisnes

GX Bank, CGC Digital perluas akses kredit PMKS

Zailani by Zailani
19 May 2026
in SME Bisnes
0
GX Bank, CGC Digital perluas akses kredit PMKS
0
SHARES
3
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 19 MEI (Bernama) – GX Bank Bhd dan CGC Digital menjalinkan kerjasama strategik untuk menawarkan jaminan digital bagi akses kredit sehingga RM150,000 kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

CGC Digital merupakan cabang teknologi kewangan milik Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd.

Related posts

Bank Islam syor dana perkongsian risiko perkasa usahawan iTEKAD

Bank Islam syor dana perkongsian risiko perkasa usahawan iTEKAD

30 Jul 2026
Karnival Usahawan PMKS Zon Kuala Penyu buka peluang pembiayaan dan akses pasaran kepada usahawan tempatan

Karnival Usahawan PMKS Zon Kuala Penyu buka peluang pembiayaan dan akses pasaran kepada usahawan tempatan

29 Jul 2026

Dalam kenyataan bersama, kedua-dua pihak memaklumkan bahawa GX Bank turut menerima penyata bank peribadi bagi permohonan akaun perniagaan dan penilaian kredit menerusi GX Business Banking Suite yang dipertingkatkan.

Menurut kenyataan itu, langkah berkenaan membolehkan pemilik tunggal membina sejarah kredit perniagaan yang boleh disahkan, selain membantu menangani jurang kredit PMKS bernilai RM90 bilion di Malaysia.

“Kerjasama dengan CGC Digital memperkenalkan jaminan utamakan digital yang berfungsi sebagai tulang belakang struktur bagi had kelulusan lebih tinggi.

“Dengan lebih separuh daripada pelanggan memilih untuk menyertainya secara organik, kadar penggunaan awal yang tinggi ini menekankan permintaan jelas bagi kredit boleh dilaraskan nilainya memandangkan PMKS kini melangkah melangkaui pembiayaan mikro ke arah pengembangan perniagaan,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif GX Bank, Kaushik Chowdhury berkata sejak pelancaran GX Business Banking, penaja jamin berasaskan data bank itu berjaya menghasilkan lebih 1,000 pengguna GX FlexiLoan dengan kadar penggunaan pinjaman sebanyak 70 peratus di seluruh portfolio perbankan perniagaannya.

“Dalam tempoh hanya 30 hari, perkongsian kami dengan CGC Digital telah menyaksikan kelulusan pinjaman melebihi RM3.3 juta, merapatkan jurang sejarah kredit melalui data alternatif dan jaminan digital.

“Kami kini mempermudah lagi proses dengan menerima penyata bank peribadi sebagai pengesahan pendapatan untuk membantu lebih ramai usahawan berkembang,” katanya.

Pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif CGC Digital, Yushida Husin berkata integrasi sokongan jaminan dalam ekosistem perbankan digital membolehkan institusi kewangan memenuhi keperluan segmen yang sebelum ini kurang mendapat perkhidmatan.

Menurutnya, langkah itu juga memberi laluan lebih saksama kepada PMKS untuk mendapatkan akses kepada modal pertumbuhan.

Previous Post

Permintaan cip AI, OPR kekal mantapkan daya tahan ekonomi Malaysia – CGS International

Next Post

Teng Chang Khim dilantik Pengerusi Baharu SME Corp

Next Post
Teng Chang Khim dilantik Pengerusi Baharu SME Corp

Teng Chang Khim dilantik Pengerusi Baharu SME Corp

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • RCI: Penamatan CEO, Pengerusi Lembaga TH dibuat tanpa sebab munasabah
  • Bank Islam syor dana perkongsian risiko perkasa usahawan iTEKAD
  • Myanmar setuju terima semula 5,000 pelarian Rohingya di Malaysia

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil