Saturday, 1 August 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Weststar Aviation meterai pembiayaan RM2 bilion dengan Ambank pacu pengembangan operasi

Adila by Adila
9 Apr 2026
in Semasa, Terkini
0
Weststar Aviation meterai pembiayaan RM2 bilion dengan Ambank pacu pengembangan operasi
0
SHARES
4
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SELANGOR- 7 Apr 2026 (Bernama) — CABANG penerbangan Weststar, Weststar Aviation Services Sdn Bhd telah memeterai perjanjian pembiayaan bernilai RM2 bilion dengan AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) bagi mempercepat peluasan operasinya.

Pengarah Eksekutif Weststar Aviation Services, Syed Muhammad Azni Syed Azman berkata, pembiayaan itu merupakan sebahagian daripada kemudahan pembiayaan bersindiket bagi menyokong pengembangan armada syarikat, memperkukuh modal kerja serta memudahkan pengurusan keperluan pertukaran asing.

Related posts

Kerajaan sedia pekerjaan alternatif tangani isu rakyat hilang kerja -PMX

PRN NS: ‘Marilah kita saling bermaaf-maafan dan kembali bersahabat’ – Anwar

31 Jul 2026
RCI: Penamatan CEO, Pengerusi Lembaga TH dibuat tanpa sebab munasabah

RCI: Penamatan CEO, Pengerusi Lembaga TH dibuat tanpa sebab munasabah

30 Jul 2026

Beliau berkata, menerusi kerjasama itu, syarikat akan terus memperluas armada helikopternya, memperkukuh operasi serta menyokong industri yang kritikal kepada negara.

“Helikopter kami menyokong sektor minyak dan gas luar pesisir, pertahanan, tindak balas kecemasan serta pelbagai sektor lain yang menggerakkan Malaysia.

“Justeru, usaha ini bukan sekadar mengembangkan perniagaan, tetapi juga memperkukuh keupayaan kami untuk berkhidmat kepada negara,” katanya pada majlis menandatangani kemudahan pembiayaan antara Kumpulan AmBank dan Weststar Aviation Services pada Isnin.

Sehubungan itu, Muhammad Azni berkata, dengan pembiayaan yang diperoleh, syarikat menyasarkan untuk menggandakan jumlah pesawatnya kepada 64 pesawat daripada 32 dalam tempoh dua tahun.

Sementara itu, Pengarah Urusan Perbankan Borong Kumpulan AmBank, Datuk Jamzidi Khalid berkata, pembiayaan RM2 bilion itu menandakan lembaran baharu dalam perjalanan Weststar.

Ia sekali gus membolehkannya mempercepat pengembangan armada, meningkatkan keupayaan operasi dan memperluas kehadirannya di peringkat serantau serta global.

“Kami berbangga dapat memainkan peranan sebagai rakan kewangan yang dipercayai dalam transformasi ini. Menerusi AmBank Islamic Berhad dan AmInvestment Bank Berhad, kami menggabungkan keupayaan penstrukturan yang kukuh serta kepakaran bagi menyediakan penyelesaian kewangan.

“Lebih penting, mandat ini membuka ruang kepada kerjasama yang lebih mendalam pada masa depan, termasuk potensi terbitan sukuk berskala besar dan peluang tawaran awam permulaan (IPO), ketika Weststar terus mengembangkan rangkaian kerjasama globalnya,” katanya.

Dokumen kemudahan pembiayaan itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Kewangan The Weststar Group, Datuk Mohd Wazeer Nawawi, Ketua Liputan Perbankan Borong Korporat Besar 5 AmBank, Datuk William Koh serta Ketua Pasaran Hutang AmInvestment Bank Berhad, Yeoh Teik Leng.

Kumpulan AmBank telah menjalin kerjasama strategik yang kukuh dengan Weststar sepanjang 15 tahun lalu, tempoh yang menyaksikan pertumbuhan dan transformasi ketara bagi kedua-dua organisasi.

AmInvestment Bank bertindak sebagai penyelaras utama dan satu daripada pengatur utama mandat bersama, manakala AmBank Islamic merupakan antara pembiaya kemudahan tersebut.

Dalam kapasiti berkenaan, AmInvestment Bank memainkan peranan penting dalam menyelaras pembiayaan bersindiket, menstruktur kemudahan serta menyelaraskan institusi kewangan yang terlibat bagi memenuhi keperluan pembiayaan Weststar Aviation Services.

Previous Post

Perang Iran: Usahawan Malaysia Perlu Bersedia Hadapi Gelombang Kesan Ekonomi Global – AEC Tawar Laluan Solusi ASEAN

Next Post

Ringgit kekal kukuh pada 3.97 berbanding dolar AS

Next Post
Ringgit kekal kukuh pada 3.97 berbanding dolar AS

Ringgit kekal kukuh pada 3.97 berbanding dolar AS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Daripada untung RM20 sehari, Muiz Hot Chicken kini raih jualan RM45 juta
  • PRN NS: ‘Marilah kita saling bermaaf-maafan dan kembali bersahabat’ – Anwar
  • RCI: Penamatan CEO, Pengerusi Lembaga TH dibuat tanpa sebab munasabah

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil