Sunday, 14 June 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Pendapat

Perang Iran: Usahawan Malaysia Perlu Bersedia Hadapi Gelombang Kesan Ekonomi Global – AEC Tawar Laluan Solusi ASEAN

Adila by Adila
3 Apr 2026
in Pendapat, Semasa
0
Perang Iran: Usahawan Malaysia Perlu Bersedia Hadapi Gelombang Kesan Ekonomi Global – AEC Tawar Laluan Solusi ASEAN

Coach Lukmal

0
SHARES
6
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM, 3 Apr – Ketegangan konflik melibatkan Iran ketika ini dilihat bukan sekadar krisis geopolitik serantau, tetapi berpotensi mencetuskan kesan rantaian ekonomi global yang bakal memberi tekanan langsung kepada komuniti usahawan di Malaysia.

Pengerusi ASEAN Elevate Centre (AEC) di bawah ASEAN Chamber of Commerce & Industry, Coach Norlukmal Mat Ghani, berkata konflik berpanjangan berisiko menjejaskan kestabilan harga tenaga, rantaian bekalan dan sentimen pasaran dunia.

Related posts

Hamzah diumum Ketua Pembangkang, Dr Samsuri kekal Pengerusi PN

Hamzah diumum Ketua Pembangkang, Dr Samsuri kekal Pengerusi PN

13 Jun 2026
Presiden, CEO Kumpulan MAG dilantik jadi Lembaga Gabenor IATA

Presiden, CEO Kumpulan MAG dilantik jadi Lembaga Gabenor IATA

13 Jun 2026

Menurut beliau, antara impak utama yang dijangka memberi kesan kepada usahawan tempatan termasuk kenaikan harga minyak global akibat gangguan laluan strategik seperti Selat Hormuz.

Tambahnya, kos logistik dan bahan mentah meningkat, memberi tekanan kepada margin keuntungan serta berlaku gangguan rantaian bekalan antarabangsa, khususnya bagi sektor pembuatan, F&B dan pembinaan. Malah ketidaktentuan pasaran dan penurunan kuasa beli pengguna turut terjadi.

“Apa yang berlaku di Timur Tengah hari ini akan sampai ke operasi harian usahawan di Malaysia dalam masa yang singkat. Ini realiti ekonomi global yang saling berkait,” jelas beliau.

“Dalam menghadapi situasi ini, Coach Lukmal menekankan bahawa pendekatan tradisional yang hanya bertindak selepas krisis berlaku tidak lagi mencukupi.

“Krisis ini akan membezakan antara usahawan yang reaktif dan usahawan yang strategik. Mereka yang bersedia lebih awal akan mempunyai kelebihan untuk bukan sahaja bertahan, malah berkembang,” katanya.

Beliau turut menegaskan faktor paling kritikal dalam tempoh ini adalah pengurusan aliran tunai (cashflow), diikuti keupayaan menyesuaikan model perniagaan dengan pantas.

Sebagai tindak balas kepada cabaran ini, ASEAN Elevate Centre (AEC) yang dipengerusikan oleh Coach Lukmal tampil sebagai platform sokongan strategik serantau untuk membantu usahawan menavigasi ketidaktentuan ekonomi.

AEC yang beroperasi sebagai pusat sehenti (one-stop centre) menawarkan:

🔹 Akses Rangkaian Perniagaan ASEAN.

  • Menghubungkan usahawan Malaysia dengan rakan niaga di negara ASEAN seperti Vietnam, Indonesia dan Thailand bagi diversifikasi pasaran, alternatif sumber bekalan serta peluang eksport dan kerjasama strategik.

🔹 Sokongan Pengurusan Bisnes Bersepadu.

  • Pengurusan perakaunan & kewangan.
  • Sokongan pentadbiran & sumber manusia.
  • Khidmat IT & keselamatan siber.
  • Strategi pemasaran digital.

🔹 Latihan, Coaching & Pembangunan Kepimpinan.

  • Pengurusan krisis.
  • Kepimpinan usahawan.
  • Transformasi digital.
  • Pembangunan kapasiti organisasi.

🔹 Platform Scale-Up ke Peringkat Serantau.

  • Franchise & licensing.
  • Business matching antarabangsa.
  • Pengembangan jenama ke pasaran ASEAN.

Dalam keadaan dunia yang tidak menentu, kekuatan sebenar usahawan adalah pada jaringan dan keupayaan beradaptasi. AEC diwujudkan untuk menjadi jambatan kepada peluang tersebut.

Coach Lukmal turut menggariskan beberapa langkah praktikal yang perlu diberi perhatian oleh usahawan;

  • Memperkukuh aliran tunai dan mengawal komitmen tetap.
  • Mempelbagaikan sumber bekalan bagi mengurangkan risiko gangguan.
  • Mengoptimumkan kos secara strategik, bukan sekadar pengurangan menyeluruh.
  • Menyesuaikan harga dan penawaran produk mengikut realiti pasaran.
  • Melaksanakan digitalisasi dan automasi operasi.
  • Fokus kepada segmen pasaran yang lebih tahan krisis.
  • Memanfaatkan rangkaian ASEAN untuk pertumbuhan Baharu.
  • Mengulas lanjut, beliau berpandangan bahawa setiap krisis global sebenarnya membuka ruang kepada transformasi dalam landskap keusahawanan.

“Perang Iran ini bukan sekadar krisis tenaga, tetapi ujian kepada daya tahan usahawan. Mereka yang mampu menyesuaikan strategi dengan pantas akan muncul lebih kukuh dan berdaya saing di peringkat ASEAN,” jelasnya.

Previous Post

Harga minyak di Kemboja turun

Next Post

Weststar Aviation meterai pembiayaan RM2 bilion dengan Ambank pacu pengembangan operasi

Next Post
Weststar Aviation meterai pembiayaan RM2 bilion dengan Ambank pacu pengembangan operasi

Weststar Aviation meterai pembiayaan RM2 bilion dengan Ambank pacu pengembangan operasi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chef Ustazah dinobatkan Ikon Usahawan TikTok Shop–TEKUN Nasional 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dari bengkel kecil ke pentas Nasional, Tc. Azizol Adam angkat martabat TVET

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Niaga hadapan emas merosot susulan kebimbangan peningkatan konflik Asia Barat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mohamad Shiblie Abg Sapuan dilantik Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Baharu TEKUN Nasional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Usahawan Terengganu bina Rangkaian makanan Malaysia di Ireland
  • Hamzah diumum Ketua Pembangkang, Dr Samsuri kekal Pengerusi PN
  • Presiden, CEO Kumpulan MAG dilantik jadi Lembaga Gabenor IATA

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil