Tuesday, 15 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Toyo Tires pacu kilang Taiping dengan 100 peratus pekerja tempatan

Zailani by Zailani
9 Aug 2026
in Semasa
0
Toyo Tires pacu kilang Taiping dengan 100 peratus pekerja tempatan
0
SHARES
7
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 9 OGOS (Berita Harian) – Toyo Tires memperkukuh komitmen terhadap sektor pembuatan tempatan apabila kilang utamanya di Taiping digerakkan sepenuhnya oleh 100 peratus tenaga kerja tempatan, selari dengan usaha syarikat menggabungkan kepakaran rakyat Malaysia dan teknologi kejuruteraan Jepun.

Presiden dan Pengarah Urusan Toyo Tyre Sales and Marketing Malaysia Sdn Bhd, Tan Song Chye, berkata pendekatan itu menjadi teras manifesto jenama baharu “Buatan Malaysia, Keunggulan Jepun” yang dilancarkan syarikat bagi mengetengahkan kemampuan pembuatan tempatan serta warisan inovasi Jepun.

Related posts

Guru maut pikap rempuh tujuh kenderaan di persimpangan lampu isyarat

Guru maut pikap rempuh tujuh kenderaan di persimpangan lampu isyarat

14 Sep 2026
Abdul Aziz dilantik Timbalan Ketua Polis Negara baharu

Abdul Aziz dilantik Timbalan Ketua Polis Negara baharu

14 Sep 2026

Menurut beliau, setiap tayar yang dihasilkan di kilang Taiping mencerminkan sumbangan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang yang bekerjasama dalam operasi pembuatan syarikat, sekali gus menyokong peluang pekerjaan tempatan.

“Buatan Malaysia digerakkan sepenuhnya oleh 100 peratus tenaga kerja tempatan di kilang Toyo Tires di Taiping, Malaysia, di mana setiap tayar yang dihasilkan mencerminkan dedikasi dan sumbangan rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Song Chye berkata, unsur “Keunggulan Jepun” pula berasaskan warisan kejuruteraan Toyo Tires yang bermula di Osaka sejak 1945, dengan teknologi berpresisi tinggi serta falsafah Kaizen atau penambahbaikan berterusan diterapkan dalam operasi pengeluaran di Malaysia.

“Kami merupakan satu-satunya pengeluar tayar di Malaysia yang menggabungkan kemahiran tukang tempatan dengan presisi Jepun bagi mencapai standard kualiti premium,” katanya.

Syarikat berkata manifesto baharu itu turut mengambil kira kefahaman terhadap keadaan jalan raya tempatan dalam usaha menghasilkan tayar berkualiti tinggi yang disasarkan pada harga mampu dimiliki pengguna Malaysia.

Sementara itu, Presiden dan Pengarah Urusan Toyo Tyre Malaysia, Mike Toh, berkata kilang Taiping kini sedang memajukan Intelligent Manufacturing Transformation atau IMX sebagai sebahagian daripada pemodenan operasi syarikat.

“Kilang kami di Taiping kini sedang memajukan transformasi Intelligent Manufacturing Transformation bagi mewujudkan ekosistem pengilangan yang lebih pintar, cekap dan mampan,” katanya.

Beliau berkata, transformasi pembuatan itu bukan hanya bergantung kepada teknologi, sebaliknya turut memerlukan tenaga kerja yang mempunyai keupayaan memanfaatkan teknologi berkenaan dengan berkesan. “Bagi Toyo Tires, masa depan mobiliti bukan sahaja bermula dengan teknologi, tetapi dengan insan yang diperkasa untuk memanfaatkannya dengan baik,” katanya.

Bagi memperluas ekosistem pelanggan dan pengedar, Toyo Tires turut memperkenalkan aplikasi T-CARE yang menawarkan pendaftaran tayar, pulangan tunai Touch ‘n Go eWallet sehingga RM40 kepada pengguna kali pertama serta jaminan tayar selama enam tahun dari tarikh pembelian, selain platform e-TEN untuk pesanan dalam talian 24 jam dan pengurusan inventori lebih pantas.

Dalam perkembangan lain, Toyo Tires menyumbang RM30,000 kepada Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP menerusi inisiatif Komuniti PRIHATIN TOYO, selain menjalankan Promosi Merdeka dari 1 Ogos hingga 30 September yang menawarkan ganjaran bernilai lebih RM500 kepada pelanggan yang membeli empat tayar terpilih.

Previous Post

Lima wanita cemerlang diangkat Tokoh dan Ikon Sayyidatina Khadijah 2026

Next Post

Sempat melihat jenazah anak dikebumi, ibu meninggal dunia selepas terkulai di tanah perkuburan

Next Post
Sempat melihat jenazah anak dikebumi, ibu meninggal dunia selepas terkulai di tanah perkuburan

Sempat melihat jenazah anak dikebumi, ibu meninggal dunia selepas terkulai di tanah perkuburan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • GEAR-uP ubah kehidupan Magdelina, pendapatan meningkat hampir 80 peratus
  • Guru maut pikap rempuh tujuh kenderaan di persimpangan lampu isyarat
  • Abdul Aziz dilantik Timbalan Ketua Polis Negara baharu

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil