Wednesday, 28 October 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

‘Tangan menggeletar tengok akaun bank terima wang masuk RM1 bilion’

Zailani by Zailani
15 Oct 2026
in Semasa
0
‘Tangan menggeletar tengok akaun bank terima wang masuk RM1 bilion’
0
SHARES
7
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 15 OKT ( Berita Harian) – Seorang pengurus klinik menempuh pengalaman unik yang mungkin sukar diulangi apabila melihat jumlah RM1 bilion di dalam baki akaun perbankan digital dalam talian miliknya.

​Kejadian itu mula tular selepas Wan Muhammad Fairus, 33, memuat naik tangkap layar memaparkan angka 10 digit dalam aplikasi perbankan dalam talian miliknya sambil berkongsi pengalaman terbabit dengan warganet.

Related posts

Kelantan mahu KB Sentral diteruskan tanpa tunggu peruntukan RM250 juta

Kelantan mahu KB Sentral diteruskan tanpa tunggu peruntukan RM250 juta

26 Oct 2026
Harga emas lonjak semula cecah paras tertinggi tujuh minggu RM560.18 segram

Peluang besar kejatuhan emas

26 Oct 2026

​”Waktu itu saya dalam bilik tidur sedang mahu membuat transaksi, tidak silap duit dalam akaun cuma ada bawah RM1,000 sahaja. Bila buka dan tekan ikon sembunyikan baki, saya terkejut tengok ada jumlah yang terlalu banyak macam itu.

​”Saya memang terkejut! Tangan saya pun menggeletar pegang telefon. Saya cuba log keluar dan masuk balik, duit itu masih ada.

“Bila tengok penyata bank dan tanya ChatGPT berapa jumlah angka itu, baru tahu nilainya mencecah RM1 bilion,” katanya sambil ketawa ketika dihubungi hari ini.

​Bapa kepada empat cahaya mata yang menetap di Samariang, Kuching, berkata menyedari wang terbabit bukan miliknya, dia percaya berlaku kesilapan teknikal lantas segera menghubungi pihak bank untuk mendapatkan penjelasan.

​Katanya, dia tidak terfikir untuk menggunakan wang itu kerana sedar ia bukan haknya dan bimbang berdepan implikasi undang-undang.

“Selepas hubungi pihak bank, mereka maklumkan berlaku masalah teknikal dan menyekat sementara akaun saya hingga jam 4 petang semalam.

“Semuanya selesai apabila pihak bank membuat pembatalan semula transaksi dan wang asal saya di dalam akaun tidak terjejas.

“Pihak bank ada memaklumkan mahu beri ganjaran, tetapi saya belum terima dan tidak tahu ganjaran apa. Mungkin kena tunggu makluman melalui e-mel atau pengumuman daripada mereka nanti,” katanya.

Previous Post

LBS raih dua pengiktirafan dalam kalangan pemaju hartanah terbaik Malaysia

Next Post

Azizulhasni terkandas di suku akhir Kejohanan Dunia

Next Post
Azizulhasni terkandas di suku akhir Kejohanan Dunia

Azizulhasni terkandas di suku akhir Kejohanan Dunia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Haraki Fest 2026 himpun usahawan, buka ruang teroka pasaran baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Bukan sekadar baiki telefon, Seminar PRESENT 2026 buka peluang jana pendapatan
  • MPUPK Perkukuh Usahawan Bumiputera Zon Timur
  • Kelantan mahu KB Sentral diteruskan tanpa tunggu peruntukan RM250 juta

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil