Monday, 15 June 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Presiden, CEO Kumpulan MAG dilantik jadi Lembaga Gabenor IATA

Zailani by Zailani
13 Jun 2026
in Semasa
0
Presiden, CEO Kumpulan MAG dilantik jadi Lembaga Gabenor IATA
0
SHARES
5
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR,13 JUN (Bernama) – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG), Kapten Nasaruddin A Bakar dilantik sebagai Lembaga Gabenor Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) semasa mesyuarat agung tahunannya yang ke-82 di Rio de Janeiro, Brazil.

Dalam satu kenyataan, MAG memaklumkan Nasaruddin akan berkhidmat dalam tempoh tiga tahun sehingga 2029.

Related posts

Ahmad Farrin Mokhtar dilantik jadi Ketua Eksekutif baharu CIDB

Ahmad Farrin Mokhtar dilantik jadi Ketua Eksekutif baharu CIDB

15 Jun 2026
Decathlon buka cawangan premium bermotif songket di 118 Mall

Decathlon buka cawangan premium bermotif songket di 118 Mall

14 Jun 2026

Beliau akan menyertai barisan pemimpin industri global untuk menyediakan pengawasan strategik dan hala tuju dasar buat IATA yang kini mewakili lebih 370 syarikat penerbangan serta menyumbang kira-kira 85 peratus daripada trafik udara global.

Berdasarkan kapasiti itu, beliau akan menyumbang dalam membimbing jawatankuasa industri dan badan subsidiari persatuan itu mengenai isu-isu penting yang membentuk masa depan penerbangan global, menurut kenyataan itu.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Nasaruddin atas pelantikan berkenaan, Pengarah Bukan Eksekutif MAG dan Malaysia Airlines Bhd, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir berkata, ia menjadi bukti kepakaran, kepimpinan serta sumbangan berterusan Nasaruddin kepada industri penerbangan.

“Saya yakin beliau akan membawa pandangan serta perspektif yang berharga kepada lembaga gabenor sekali gus memperkukuh lagi suara Malaysia dalam arena penerbangan global serta menyokong kemajuan berterusan industri ini,” katanya.

Sementara itu, Nasaruddin berkata, beliau tidak sabar untuk bekerjasama dengan ahli lembaga gabenor yang lain.

Beliau akan memberikan sumbangan bermakna terhadap dialog strategik dan hala tuju dasar yang akan memperkukuh daya tahan industri, memacu inovasi serta memajukan masa depan pengangkutan udara yang lebih mampan serta saling terhubung di seluruh dunia.

Nasaruddin kini berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Syarikat Penerbangan Asia Pasifik (AAPA) dan menjadi ahli lembaga tadbir urus Oneworld.

Previous Post

JS-SEZ Berpotensi Jadi Pemangkin Pertumbuhan Baharu Asia Tenggara – Onn Hafiz

Next Post

Hamzah diumum Ketua Pembangkang, Dr Samsuri kekal Pengerusi PN

Next Post
Hamzah diumum Ketua Pembangkang, Dr Samsuri kekal Pengerusi PN

Hamzah diumum Ketua Pembangkang, Dr Samsuri kekal Pengerusi PN

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chef Ustazah dinobatkan Ikon Usahawan TikTok Shop–TEKUN Nasional 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dari bengkel kecil ke pentas Nasional, Tc. Azizol Adam angkat martabat TVET

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Niaga hadapan emas merosot susulan kebimbangan peningkatan konflik Asia Barat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mohamad Shiblie Abg Sapuan dilantik Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Baharu TEKUN Nasional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Ahmad Farrin Mokhtar dilantik jadi Ketua Eksekutif baharu CIDB
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global
  • Decathlon buka cawangan premium bermotif songket di 118 Mall

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil