Monday, 26 October 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Pengecualian AFA diperluas, TNB dijangka serap kos tambahan sehingga RM150 juta

Zailani by Zailani
21 Sep 2026
in Semasa
0
Pengecualian AFA diperluas, TNB dijangka serap kos tambahan sehingga RM150 juta
0
SHARES
4
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 21 SEPT ( Bernama) – Tenaga Nasional Bhd (TNB) dijangka menyerap kos tambahan RM120 juta hingga RM150 juta bagi tempoh September hingga Disember 2026 berikutan pengecualian kerajaan yang diperluas untuk pengguna kediaman daripada mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA), caj runcit serta cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Menurut CIMB Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikan hari ini, di bawah inisiatif itu, hampir sejuta pengguna kediaman tambahan akan dikecualikan (menjadikan jumlah keseluruhan lebih lapan juta pengguna) berikutan peningkatan ambang penggunaan bulanan kepada 800 kilowatt-jam (kWh) daripada 600 kWh.

Related posts

Wanita Malaysia jatuh lubang 10 meter di Vietnam

Wanita Malaysia jatuh lubang 10 meter di Vietnam

25 Oct 2026
EON sasar baik pulih 400 kenderaan sebulan dengan kemudahan baharu di Glenmarie

EON sasar baik pulih 400 kenderaan sebulan dengan kemudahan baharu di Glenmarie

25 Oct 2026

“TNB menyatakan bahawa impak akhir akan bergantung pada caj AFA semasa tempoh perlindungan, yang berkaitan dengan kos bahan api,” katanya.

CIMB Securities memaklumkan, perkembangan itu dilihat sebagai satu kejutan apabila pihaknya menjangka TNB akan mendapatkan semula sebarang subsidi AFA yang diluluskan kerajaan daripada dana Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE).

Menurutnya, syarikat utiliti itu sebelum ini turut menyatakan komitmen mengenai sumbangan korporat sukarela sebanyak RM150 juta untuk menyokong inisiatif rebat elektrik berperingkat kerajaan (April-September 2020) semasa pandemik COVID-19.

“Bagaimanapun, kami melihatnya sebagai tindak balas kecemasan terhadap krisis yang teruk dan tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya.

Menurut CIMB Securities, pihaknya mengekalkan saranan ‘beli’ ke atas TNB, dengan harga sasaran berasaskan aliran tunai diskaun (DCF) yang tidak berubah pada RM15.90 dan mengurangkan anggaran keuntungan bersih teras (CNP) TNB bagi tahun kewangan penuh 2026 sebanyak dua peratus.

“Unjuran CNP bagi tahun kewangan 2027-2028 sebahagian besarnya tidak berubah. Walaupun impak serta-merta terhadap CNP adalah kecil dan harga sasaran kami yang berasaskan DCF kekal tidak berubah, pelabur mungkin bimbang bahawa TNB mungkin perlu menanggung lebih banyak kos jika harga bahan api kekal tinggi selepas 2026 dan kerajaan meneruskan inisiatif peluasan pengecualian AFA.

“Jika TNB perlu menyerap lebih banyak subsidi selepas 2026, kami bimbang perkembangan sedemikian berisiko menjejaskan keyakinan pelabur terhadap kebolehramalan pulangan TNB yang terkawal di bawah rangka kerja Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR),” menurutnya.

Previous Post

Jambatan ditenggelami air, 600 Orang Asli Pos Lebir terkandas

Next Post

‘Saya dengar jeritan, lepas berpaling lihat harimau tarik ayah’

Next Post
‘Saya dengar jeritan, lepas berpaling lihat harimau tarik ayah’

'Saya dengar jeritan, lepas berpaling lihat harimau tarik ayah'

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Haraki Fest 2026 himpun usahawan, buka ruang teroka pasaran baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Wanita Malaysia jatuh lubang 10 meter di Vietnam
  • EON sasar baik pulih 400 kenderaan sebulan dengan kemudahan baharu di Glenmarie
  • Bill Gates beri amaran AI boleh cetus huru-hara ekonomi, sosial selama dua dekad

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil