Friday, 11 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Orang lain menjauh, ‘Sis Kubur’ sedia berkhidmat

Zailani by Zailani
8 Sep 2026
in Semasa
0
Orang lain menjauh, ‘Sis Kubur’ sedia berkhidmat
0
SHARES
3
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SEMENYIH, 8 SEPT ( Harian Metro) – “Saya bukan buat kerja kerana nak dapatkan duit semata-mata, tapi dengan niat membantu waris,” kata Nurain Fatin Abdul Rasid.

Nurain Fatin, 33, yang berstatus seorang isteri dan juga ibu kepada dua anak mencari rezeki dengan mengambil upah sebagai penjaga kubur sejak setahun yang lalu.

Related posts

Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu

Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu

11 Sep 2026
Anwar, MB Kelantan bincang perkukuh kerjasama persekutuan-negeri

Anwar, MB Kelantan bincang perkukuh kerjasama persekutuan-negeri

10 Sep 2026

Menceritakan kisahnya, Nurain Fatin atau dikenali ‘Sis Kubur’ dalam kalangan pengikut di media sosial mengakui dirinya seorang yang penakut dan tidak sangka akan terjebak dengan kerjaya itu.

Bagaimanapun, Nurain Fatin mula mengambil upah selepas mendapat kepercayaan waris yang kagum dengan caranya menjaga pusara ahli keluarga.

“Saya bersyukur kerana kerja dilakukan itu juga memberi peluang untuk mengingatkan diri dengan kematian dan mendapat keinsafan.

“Asalnya, saya sekadar ikut suami ke tanah perkuburan untuk membantunya membersihkan kubur bapa mentua.

“Pada satu hari, ada waris beritahu dia suka tengok saya bersihkan kubur kerana nampak cantik dan kemas.

“Kemudiannya, dia minta tolong jaga dan daripada situ terdetik nak menjadikannya (kerja sebagai penjaga kubur) sebagai punca pendapatan,” katanya.

Menurutnya, suami, Zaroddy Zaffey, 31, pula bekerja sepenuh masa dengan ambil upah buat kepuk dan mengecat batu nisan.

Katanya, dia yang banyak beri dorongan hingga membuatnya menjadi berani kerana sebelum ini dirnya sendiri takut untuk ke tanah perkuburan.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Seni lulusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata, keluarganya juga tidak menghalang malah memberi sokongan untuk terus menceburi bidang itu.

Lantaran itu, Nurain Fatin jadi bersemangat kerana waktu kerjanya yang fleksibel dan tidak mengganggu komitmennya sebagai seorang isteri dan ibu.

“Rutin kerja saya bermula 10 pagi hingga sebelum senja dan buat masa ini mengambil upah antara RM50 hingga RM100 bagi setiap kubur.

“Kerja saya adalah membersihkan termasuk memotong rumput dan mencantikkan kubur, bukannya meletak hiasan kerana tahu ia dilarang dalam Islam.

“Tak mudah kerana kerja di bawah panas terik, berpeluh, kena mencangkung lama. Itulah cabarannya dan mana ada wanita nak ‘hitamkan’ kulit tapi kalau fikir cantik, kerja tak jalan.

“Jadi kena berbalik kepada niat asal iaitu membantu waris dan ada waktunya tersentuh juga mendengar luahan mereka yang masih bersedih dengan kematian insan tersayang,” katanya.

Berkaitan pengalaman misteri, Nurain Fatin berkata, dia tidak pernah ternampak kelibat sebarang entiti atau berdepan gangguan mistik yang serius.

“Cuma saya pernah terhidu bau yang sangat wangi ketika membersihkan kubur. Waktu itu dalam 2 petang dan agak lama bau itu melekat di hidung saya sebelum hilang.

“Tak tahu daripada mana datangnya bau itu kerana hanya saya saja yang ada di situ pada waktu berkenaan.

“Selain itu, pernah juga ternampak ular melintas dan melingkar di atas pokok jadi memang kena berhati-hati dengan tengok kawasan sekitar sebelum mulakan kerja,” katanya.

.

Menurut Nurain Fatin, pengalaman ditimbanya itu sangat berharga dan tidak akan dapat dibeli dengan wang ringgit.

Selagi termampu, dia akan teruskan malah berhasrat memperluaskan lagi servis ditawarkan supaya lebih ramai yang mendapat manfaatnya.

“Saya juga suka rakam video dan muat naik di TikTok dengan harapan ada yang nampak servis ditawarkan.

“Alhamdulillah, saya berasa cukup dengan rezeki yang ada malah maklum balas positif juga ucapan terima kasih daripada waris sangat bermakna buat saya selain wang ringgit,” katanya katanya yang pernah menimba pengalaman bekerja dengan syarikat produksi.

Previous Post

Erra tak boleh lari daripada hidup saya – Awie

Next Post

Helikopter ‘flying doctor’ terhempas berhampiran STOLport Long Lellang, 5 dalam pesawat

Next Post
Helikopter ‘flying doctor’ terhempas berhampiran STOLport Long Lellang, 5 dalam pesawat

Helikopter 'flying doctor' terhempas berhampiran STOLport Long Lellang, 5 dalam pesawat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu
  • Anwar, MB Kelantan bincang perkukuh kerjasama persekutuan-negeri
  • Abdul Azeez bebas daripada reman, bakal hadir PAU malam ini – Peguam

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil