Friday, 11 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Nurul Muhaniza wanita pertama terajui FGV

Zailani by Zailani
18 Aug 2026
in Semasa
0
Nurul Muhaniza wanita pertama terajui FGV
0
SHARES
19
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 18 OGOS – FGV Holdings Bhd (FGV) melantik Nurul Muhaniza Hanafi sebagai Pengarah Urusan Kumpulan (GMD) berkuat kuasa hari ini, sekali gus mencipta sejarah sebagai wanita pertama menerajui kumpulan agribisnes berkenaan.

Pelantikan itu menyusuli peranan Nurul Muhaniza sebagai Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Lembaga Pengarah (BEC), yang mengambil alih fungsi dan tanggungjawab Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan sejak Mac lalu.

Related posts

Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu

Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu

11 Sep 2026
Anwar, MB Kelantan bincang perkukuh kerjasama persekutuan-negeri

Anwar, MB Kelantan bincang perkukuh kerjasama persekutuan-negeri

10 Sep 2026

FGV dalam kenyataan berkata, sepanjang tempoh berkenaan, BEC menerajui kepimpinan eksekutif kumpulan selain menyelia operasi, keutamaan strategik dan inisiatif transformasi utama.

Pengerusi FGV, Datuk Abu Huraira Abu Yazid, berkata Nurul Muhaniza menunjukkan keupayaan kepimpinan dan hala tuju strategik yang jelas sepanjang menggalas tanggungjawab itu.

“Pelantikan beliau sebagai wanita pertama yang menerajui FGV adalah satu pencapaian penting dalam sejarah kumpulan.

“Ia mencerminkan komitmen Lembaga Pengarah dalam mengiktiraf kepimpinan berasaskan merit dan keupayaan, di samping memperkukuh agenda kepelbagaian serta keterangkuman,” katanya.

Menurut Abu Huraira, FGV akan bekerjasama rapat dengan Nurul Muhaniza bagi meneruskan agenda transformasi syarikat dan memperkukuh kecemerlangan operasi.

Kumpulan itu juga akan terus menerapkan nilai kelestarian serta aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam strategi perniagaan dan proses membuat keputusan.

Nurul Muhaniza menyertai Lembaga Pengarah FGV pada 1 April 2024 sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas.

Beliau sebelum ini turut mempengerusikan Jawatankuasa Tadbir Urus dan Pengurusan Risiko Lembaga Pengarah, selain menganggotai Jawatankuasa Pencalonan dan Remunerasi serta Jawatankuasa Audit.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu pernah berkhidmat sebagai Presiden Tribunal Pengurusan Strata di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dari 2016 hingga 2018.

Beliau kini turut menganggotai Lembaga Pengarah MSM Malaysia Holdings Bhd serta menjadi Pengerusi FGV IFFCO Sdn Bhd.

FGV berkata, di bawah kepimpinan Nurul Muhaniza, kumpulan akan meneruskan fasa transformasi seterusnya dengan memberi tumpuan kepada integrasi bersama FELDA, pengukuhan prestasi operasi dan penciptaan nilai lestari.

Kumpulan itu turut komited memperkasakan perniagaan teras, meningkatkan kecemerlangan operasi serta memacu pertumbuhan mampan sepanjang rantaian nilai agribisnes bersepadunya.

Previous Post

Baru kahwin tiga hari, ditahan reman kes tanam janin dua tahun lalu

Next Post

Bumbung makmal SMK Juasseh runtuh

Next Post
Bumbung makmal SMK Juasseh runtuh

Bumbung makmal SMK Juasseh runtuh

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu
  • Anwar, MB Kelantan bincang perkukuh kerjasama persekutuan-negeri
  • Abdul Azeez bebas daripada reman, bakal hadir PAU malam ini – Peguam

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil