Tuesday, 28 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Najib jalani prosedur koronari, tidak perlu angioplasti atau pemasangan stent

Zailani by Zailani
25 Jul 2026
in Semasa
0
Najib jalani prosedur koronari, tidak perlu angioplasti atau pemasangan stent
0
SHARES
5
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG, 25 JULAI – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, dilaporkan berada dalam keadaan baik selepas menjalani prosedur angiogram koronari di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, hari ini.

Related posts

Anwar rayu tentera, polis terus beri kepercayaan kepada calon PH

Anwar rayu tentera, polis terus beri kepercayaan kepada calon PH

26 Jul 2026
‘Besar kemungkinan pada hujung tahun’ – Tok Mat jangka PRU16 diadakan lebih awal

‘Besar kemungkinan pada hujung tahun’ – Tok Mat jangka PRU16 diadakan lebih awal

25 Jul 2026

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Tetuan Shafee & Co. selaku peguamcara bagi pihak Dato’ Sri Najib, prosedur itu dilakukan susulan siri penilaian perubatan sejak beberapa minggu lalu yang mengesan penyumbatan pada salur darah koronari, sekali gus memerlukan pemeriksaan lanjut melalui angiogram koronari.

Berdasarkan penilaian awal, pasukan perubatan menganggarkan terdapat kebarangkalian sekitar 95 peratus bahawa beliau akan memerlukan intervensi lanjut sama ada melalui angioplasti belon dan/atau pemasangan stent.

Bagaimanapun, hasil angiogram koronari dan penilaian menyeluruh yang dijalankan hari ini mendapati kedua-dua prosedur tersebut tidak diperlukan. Sebaliknya, penyumbatan berkenaan boleh dikawal menerusi rawatan ubat-ubatan, pemantauan perubatan berterusan serta rawatan susulan.

Menurut kenyataan itu lagi, keputusan untuk meneruskan prosedur hari ini dibuat sepenuhnya berdasarkan keperluan perubatan dan penemuan klinikal ketika itu. Kebimbangan terhadap kemungkinan memerlukan intervensi lanjut disifatkan sebagai nyata memandangkan anggaran kebarangkalian yang tinggi sebelum prosedur dijalankan.

“Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Datuk Seri Najib kini berada dalam keadaan baik dan akan meneruskan proses pemulihan di bawah pengawasan rapi doktor yang merawat,” menurut kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, pihak keluarga merakamkan penghargaan kepada para pakar kardiologi, pakar kardiotorasik, jururawat serta seluruh pasukan perubatan di Pusat Kardiotorasik dan Kardiologi, Hospital Sultan Idris Shah, Serdang atas profesionalisme, kepakaran dan penjagaan yang diberikan sepanjang proses rawatan.

Pihak keluarga turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyampaikan doa, sokongan dan ucapan baik sepanjang tempoh berkenaan.

.

Previous Post

6 maut kemalangan: ‘Keluar lepak selepas sembahyang, pulang sebagai jenazah’

Next Post

‘Besar kemungkinan pada hujung tahun’ – Tok Mat jangka PRU16 diadakan lebih awal

Next Post
‘Besar kemungkinan pada hujung tahun’ – Tok Mat jangka PRU16 diadakan lebih awal

'Besar kemungkinan pada hujung tahun' - Tok Mat jangka PRU16 diadakan lebih awal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Objek menyerupai bom tangan, nota ‘berhenti operasi’ gemparkan pekerja kilang di Sungai Petani
  • Kerajaan sedia teliti cadangan longgar syarat geran PMKS
  • BIHAS 2026: 6 usahawan ‘Gate to Global’ MARA raih jualan RM8.5 Juta

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil