Tuesday, 28 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa POLITIK

‘Besar kemungkinan pada hujung tahun’ – Tok Mat jangka PRU16 diadakan lebih awal

Zailani by Zailani
25 Jul 2026
in POLITIK, Semasa
0
‘Besar kemungkinan pada hujung tahun’ – Tok Mat jangka PRU16 diadakan lebih awal
0
SHARES
6
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU, 25 JULAI ( Berita Harian) – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, menjangkakan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) diadakan lebih awal, selain mengesahkan beliau akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada PRU itu nanti.

Timbalan Presiden UMNO itu berkata, beliau melihat ada kemungkinan Parlimen akan dibubarkan seawal hujung tahun ini sekiranya Perdana Menteri berasa keadaan sesuai untuk berbuat demikian.

Related posts

Anwar rayu tentera, polis terus beri kepercayaan kepada calon PH

Anwar rayu tentera, polis terus beri kepercayaan kepada calon PH

26 Jul 2026
Najib jalani prosedur koronari, tidak perlu angioplasti atau pemasangan stent

Najib jalani prosedur koronari, tidak perlu angioplasti atau pemasangan stent

25 Jul 2026

“Besar kemungkinan PRU akan diadakan pada hujung tahun.

“Kalau Perdana Menteri berasa tidak sedap hati, beliau akan bubarkan Parlimen.

“Jangkaan saya, paling lama pun Parlimen ini masih ada ialah hingga pertengahan tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program bersama Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kuala Sawah di Rantau, di sini, hari ini.

Mohamad yang berentap mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kali ini, turut mendedahkan kawasan Parlimen bakal ditandinginya pada PRU16.

“Saya mahu beritahu tuan-tuan awal-awal lagi, saya akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Luar berkata, masih banyak perkara perlu dilaku bagi memastikan negara terus kukuh, stabil serta mampu bersaing pada peringkat antarabangsa.

Dalam pada itu, Mohamad menekankan bahawa PRN kali ini perlu diuruskan dengan baik kerana ia akan menjadi persediaan penting menjelang PRU seterusnya.

“Jadi, saya minta pastikan kita urus baik-baik. PRN ini sebagai eksperimen untuk kita terus memberi sokongan kepada BN,” katanya.

Previous Post

Najib jalani prosedur koronari, tidak perlu angioplasti atau pemasangan stent

Next Post

Anwar rayu tentera, polis terus beri kepercayaan kepada calon PH

Next Post
Anwar rayu tentera, polis terus beri kepercayaan kepada calon PH

Anwar rayu tentera, polis terus beri kepercayaan kepada calon PH

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Objek menyerupai bom tangan, nota ‘berhenti operasi’ gemparkan pekerja kilang di Sungai Petani
  • Kerajaan sedia teliti cadangan longgar syarat geran PMKS
  • BIHAS 2026: 6 usahawan ‘Gate to Global’ MARA raih jualan RM8.5 Juta

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil