Saturday, 12 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Malaysia sasar cip ‘Made by Malaysia’ pertama menjelang 2030

Zailani by Zailani
21 Aug 2026
in Semasa
0
Malaysia sasar cip ‘Made by Malaysia’ pertama menjelang 2030
0
SHARES
5
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA, 21 OGOS – Cip pertama yang dibangunkan syarikat tempatan menerusi kerjasama strategik Malaysia dengan ARM Limited disasarkan memasuki peringkat pengeluaran dan digunakan dalam rantaian bekalan semikonduktor menjelang 2030.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata tempoh kira-kira tiga tahun diperlukan bagi syarikat yang menerima akses harta intelek (IP) ARM untuk membangunkan reka bentuk cip sebelum bergerak ke peringkat pengeluaran.

Related posts

UMNO, PAS perlu ‘bersatu’ semula – Ku Li

UMNO, PAS perlu ‘bersatu’ semula – Ku Li

11 Sep 2026
Helikopter ‘flying doctor’ terhempas berhampiran STOLport Long Lellang, 5 dalam pesawat

Analisis DNA 5 mangsa nahas helikopter dijangka selesai esok

11 Sep 2026

Beliau berkata kerajaan meletakkan sasaran supaya cip pertama berkenaan dapat dihasilkan selepas mengambil kira tempoh pembangunan reka bentuk, proses pengeluaran serta keperluan memastikan produk itu mempunyai pasaran.

“Kita meletakkan sasaran untuk menghasilkan yang pertama pada 2030. Dalam konteks itu, kita melihat keupayaan mereka untuk menghasilkan, tetapi kita meletakkan tempoh kira-kira tiga tahun untuk mereka menghasilkan produk pertama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Ekonomi dan Majlis Penyerahan Surat Tawaran kepada Entiti Diluluskan di bawah Kerjasama Strategik antara Kerajaan Malaysia dan ARM Limited dalam Industri Semikonduktor, di sini, hari ini.

Akmal Nasrullah berkata bagi peringkat reka bentuk, tempoh kira-kira tiga tahun diperlukan, dengan proses itu dijangka menghasilkan reka bentuk pertama sekitar 2028 sebelum syarikat bergerak ke peringkat pengeluaran.

Beliau berkata ketika ini empat syarikat sudah berada pada peringkat reka bentuk dan sedang memanfaatkan akses IP yang diberikan.

Proses seterusnya akan membabitkan usaha menghasilkan cip yang boleh diterima pasaran serta memenuhi keperluan pelanggan yang dikenal pasti.

“Selepas reka bentuk, kita mahu melihat cip itu berada dalam pengeluaran dan digunakan dalam rantaian bekalan semikonduktor,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, dua syarikat tempatan, Oppstar Technology Sdn Bhd dan Alphaswift Industries Sdn Bhd, menerima surat tawaran bagi memperoleh akses kepada teknologi Arm Compute Subsystem (CSS) dan program Arm Flexible Access (AFA).

Akses kepada teknologi pengkomputeran ARM itu membolehkan syarikat berkenaan mempercepat aktiviti reka bentuk litar bersepadu serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Malaysia, termasuk dalam bidang dron dan mikroelektronik termaju.

Akmal Nasrullah berkata setakat ini, lapan akses teknologi ARM membabitkan empat Arm CSS dan empat token Arm Flexible Access sudah ditawarkan kepada lima syarikat tempatan.

Beliau berkata lapan token itu dianugerahkan kepada syarikat yang dipilih selepas memenuhi keperluan teknikal dan komitmen yang ditetapkan kerajaan serta ARM Limited.

Katanya, beberapa syarikat lain masih dalam proses penilaian bagi pusingan seterusnya, namun jumlahnya tidak didedahkan bagi menghormati proses penilaian dan keputusan jawatankuasa pemandu.

“Proses ini perlu mengikut peringkat-peringkat jawatankuasa teknikal, sama ada di peringkat negara yang melibatkan beberapa kementerian dan agensi berkaitan, sementara di peringkat ARM Limited juga menilai keupayaan syarikat-syarikat yang berminat,” katanya.

Akmal Nasrullah berkata kerajaan terus menggalakkan syarikat yang berminat menyertai kerjasama itu, khususnya menerusi token AFA yang memberi peluang kepada syarikat mendapat pendedahan terhadap teknologi ARM.

Katanya, berbeza dengan CSS yang membabitkan tanggungjawab membangunkan cip, AFA memberi ruang kepada syarikat yang mungkin belum bersedia menghasilkan cip dalam tempoh singkat untuk mendapat pendedahan awal kepada teknologi ARM.

Pada masa sama, kerajaan mahu memastikan manfaat kerjasama itu tidak terhenti pada pembangunan reka bentuk dan IP semata-mata, sebaliknya pembuatan cip turut dilaksanakan di Malaysia apabila syarikat memasuki peringkat tap out.

“Kita juga beri penekanan supaya pembuatan cip itu berlaku dalam Malaysia. Jadi sebab itu nilaian yang akan kita cuba hasilkan itu berganda, bukan hanya kepada keupayaan syarikat itu untuk mengeluarkan cip sendiri,” katanya.

Beliau berkata nilai setiap token berbeza mengikut teknologi, pasaran serta potensi pelanggan yang dikenal pasti syarikat.

Sebahagian syarikat memberi tumpuan kepada teknologi automasi, termasuk kegunaan dalam kenderaan, manakala sebahagian lagi menyasarkan aplikasi pelayan.

Dari aspek pembangunan bakat, Akmal Nasrullah berkata seramai 1,530 peserta sudah mengikuti program Arm On-Demand Training daripada sasaran 10,000 bakat dalam tempoh empat tahun.

Beliau berkata kerajaan turut memperkukuh saluran pembangunan bakat menerusi persetujuan bersama dengan 12 universiti, dengan sokongan kementerian, agensi dan industri bagi melaksanakan program itu secara lebih tersusun.

Katanya, sinergi antara universiti dan industri penting bagi memastikan latihan sepadan dengan keperluan syarikat, termasuk penyelarasan kalendar akademik, pengintegrasian modul ARM dalam pembelajaran serta pengiktirafannya sebagai sebahagian daripada latihan industri.

“Kita perlu beralih daripada mengejar kekurangan bakat kepada membina talent pipeline yang tersusun. Bakat mesti dibina sebelum permintaan industri menjadi kritikal,” katanya.

Beliau berkata contoh peserta yang mengikuti kursus bersepadu ARM dan SAIDAT di Selangor menunjukkan gaji permulaan sekitar RM5,000 hingga RM5,100, manakala mereka yang mempunyai pengalaman dua hingga tiga tahun berpotensi memperoleh sekitar RM8,000 hingga RM9,000.

Akmal Nasrullah berkata pembangunan bakat itu penting bagi memastikan tenaga kerja tempatan dapat diserap syarikat dalam bidang pengeluaran, reka bentuk dan penyelidikan, sekali gus membantu membentuk ekosistem semikonduktor bernilai lebih tinggi di Malaysia.

“Keperluan itu memang ada, peluang itu ada, cuma kemahiran inilah yang kita hendak terapkan di kalangan para graduan mahupun mereka yang telah berada dalam industri tetapi nak berpindah ataupun pengkhususan kepada mereka cipta cip,” katanya.

Beliau berkata Kementerian Ekonomi, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan bekerjasama memastikan pembangunan bakat dan kerjasama industri dilaksanakan secara tersusun bagi mencapai sasaran ditetapkan.

Kerajaan turut mengalu-alukan penyertaan lebih banyak syarikat teknologi tempatan yang berkelayakan dan mempunyai keupayaan dalam pembangunan produk serta reka bentuk cip.

Akmal Nasrullah berkata matlamat akhirnya adalah memastikan kerjasama dengan ARM menghasilkan lebih banyak IP, produk bernilai tinggi dan cip “Made by Malaysia” untuk pasaran global.

Previous Post

Shahril kembali terajui Destini, fokus MRO rel dan pacu keuntungan

Next Post

Perlis bakal miliki litar permotoran bernilai RM20 juta di Chuping

Next Post
Perlis bakal miliki litar permotoran bernilai RM20 juta di Chuping

Perlis bakal miliki litar permotoran bernilai RM20 juta di Chuping

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • UMNO, PAS perlu ‘bersatu’ semula – Ku Li
  • Analisis DNA 5 mangsa nahas helikopter dijangka selesai esok
  • Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil