Tuesday, 15 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Malaysia Airlines sambung semula laluan KL-Busan selepas hampir tiga dekad

Zailani by Zailani
4 Sep 2026
in Semasa
0
Malaysia Airlines sambung semula laluan KL-Busan selepas hampir tiga dekad
0
SHARES
7
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 4 SEPT ( Berita Harian) – Malaysia Airlines akan menyambung semula penerbangan terus Kuala Lumpur-Busan, Korea Selatan mulai 2 Disember 2026, selepas laluan berkenaan kali terakhir beroperasi antara tahun 1996 hingga 1998.

Langkah itu adalah sebahagian daripada siri perkembangan baharu Malaysia Aviation Group (MAG) di bawah Pelan Perniagaan Jangka Panjang 3.0 (LTBP3.0), merangkumi pengembangan rangkaian antarabangsa, peningkatan frekuensi penerbangan serta peluasan perkhidmatan sokongan penerbangan.

Related posts

Guru maut pikap rempuh tujuh kenderaan di persimpangan lampu isyarat

Guru maut pikap rempuh tujuh kenderaan di persimpangan lampu isyarat

14 Sep 2026
Abdul Aziz dilantik Timbalan Ketua Polis Negara baharu

Abdul Aziz dilantik Timbalan Ketua Polis Negara baharu

14 Sep 2026

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAG, Kapten Nasaruddin A. Bakar, berkata strategi itu dilaksanakan menerusi penyambungan semula laluan di pasaran sedia ada serta penerokaan ke pasaran baharu. 

“Kami terus berkembang secara bermatlamat menerusi usaha memperkukuh rangkaian di kawasan yang mempunyai permintaan, menghubungkan semula pasaran sedia ada, dan meluas ke pasaran baharu.

“Langkah ini dilaksanakan di samping pelaburan berterusan dalam keupayaan yang menyokong syarikat penerbangan serta pelanggan kami,” katanya dalam sidang media MAG di sini, hari ini.

Pengembangan rangkaian itu bertujuan mengukuhkan Kuala Lumpur sebagai hab penerbangan serantau, selain menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).

Laluan Kuala Lumpur-Busan (KUL-PUS) akan dikendalikan menggunakan pesawat Boeing 737-8 dengan kekerapan empat kali seminggu, selain melengkapkan perkhidmatan sedia ada Malaysia Airlines ke Seoul.

Malaysia Airlines juga akan menjadi satu-satunya syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan tanpa henti antara Kuala Lumpur dan Busan.

Bagi menggalakkan permintaan awal, Malaysia Airlines menawarkan tambang pergi balik termasuk semua ke Busan bermula RM2,139 bagi kelas ekonomi dan RM4,999 bagi kelas perniagaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Firefly pula akan membuat kemunculan sulungnya di China menerusi pelancaran perkhidmatan terus ke Kunming (KMG).

Menurut MAG, perkhidmatan ke Kunming itu akan menggunakan pesawat Boeing 737-800 milik Firefly dan dijangka memperluas rangkaian antarabangsa syarikat penerbangan berkenaan, selain melengkapkan kehadiran Malaysia Airlines di pasaran China.

Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai perkhidmatan Kunming, termasuk tarikh jualan tiket dibuka akan diumumkan kemudian.

Sementara itu, Malaysia Airlines turut meningkatkan kapasiti penerbangan ke beberapa destinasi susulan peningkatan permintaan, termasuk Fukuoka (FUK) di Jepun, Brisbane (BNE) di Australia dan Surabaya (SUB) di Indonesia.

Penerbangan Kuala Lumpur-Fukuoka akan ditingkatkan daripada lima kali seminggu kepada setiap hari mulai 1 Disember 2026, selepas laluan itu disambung semula pada 2 September 2026.

Malaysia Airlines juga akan meningkatkan penerbangan Kuala Lumpur-Brisbane daripada enam kali seminggu kepada setiap hari mulai 25 Oktober 2026, dengan laluan itu akan menggunakan pesawat generasi baharu A330neo.

Bagi laluan Kuala Lumpur-Surabaya pula, kekerapan penerbangan akan ditambah dua kali seminggu mulai 1 November 2026, menjadikan jumlah penerbangan meningkat daripada 14 kepada 16 kali seminggu.

Previous Post

PAS akan hadir Perhimpunan UMNO, Asyraf Wajdi harap kerjasama dua parti diperkukuh

Next Post

Bubar Dewan Rakyat awal: PH terbuka cadangan BN

Next Post
Bubar Dewan Rakyat awal: PH terbuka cadangan BN

Bubar Dewan Rakyat awal: PH terbuka cadangan BN

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • GEAR-uP ubah kehidupan Magdelina, pendapatan meningkat hampir 80 peratus
  • Guru maut pikap rempuh tujuh kenderaan di persimpangan lampu isyarat
  • Abdul Aziz dilantik Timbalan Ketua Polis Negara baharu

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil