Friday, 11 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa Jenayah

Mahkamah Rayuan putuskan Ismahalil dihukum penjara 30 tahun mulai hari ini

Zailani by Zailani
8 Aug 2026
in Jenayah, Semasa
0
Mahkamah Rayuan putuskan Ismahalil dihukum penjara 30 tahun mulai hari ini
0
SHARES
11
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA ,7 OGOS (Sinar Harian) – Kebebasan yang dinikmati bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah selepas dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi tiga tahun lalu, berakhir dengan Mahkamah Rayuan di sini pada Jumaat menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun kerana mengedar dadah.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan sebulat suara itu bersama Datuk Radzi Abdul Hamid dan Datuk Meor Hashim Abdul Hamid.

Related posts

Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu

Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu

11 Sep 2026
Anwar, MB Kelantan bincang perkukuh kerjasama persekutuan-negeri

Anwar, MB Kelantan bincang perkukuh kerjasama persekutuan-negeri

10 Sep 2026

Mahkamah memerintahkan Ismahalil yang lebih dikenali sebagai ‘DJ Rock’ menjalani hukuman serta-merta bermula dari tarikh keputusan itu.

Semasa membaca keputusan penghakiman Radzi berkata, mahkamah berpuas hati terdapat kekhilafan dalam keputusan Mahkamah Tinggi ketika menilai keterangan pembelaan sehingga memutuskan tertuduh berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Menurutnya, panel berkenaan mendapati Ismahalil, 53, gagal menimbulkan keraguan munasabah serta gagal mematahkan anggapan bahawa dadah itu berada dalam pemilikan dan kawalannya bagi tujuan pengedaran.

“Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah maka, rayuan pihak pendakwaan dibenarkan dan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan serta membebaskan Ismahalil selaku responden diketepikan,” katanya.

Sebelum hukuman dijatuhkan, peguam, Hermes Media Putra Ibrahim yang mewakili pengasas stesen radio internet Bapakku.FM memohon mahkamah mengenakan hukuman lebih ringan.

“Anak guam merupakan penanggung utama keluarga selain berdepan komitmen kewangan yang tinggi.

“Saya mohon dia dikenakan hukuman ringan kerana faktor usia,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara mengikut peruntukan undang-undang.

Beliau berkata, usia Ismahalil telah melebihi setengah abad maka hukuman sebatan tidak lagi terpakai.

Susulan itu, beliau memohon mahkamah mempertimbangkan hukuman penjara di bawah Seksyen 39B(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pada 17 Julai 2023, Ismahalil terlepas hukuman mati apabila Mahkamah Tinggi di sini membebaskannya daripada satu tuduhan mengedar dadah jenis kanabis anggaran berat 374.6 gram.

Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas Ismahalil berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Semasa membaca keputusan penghakimannya, Muhammad Jamil berkata, pihak pembelaan bagi pihak Ismahalil telah menunjukkan bahawa bilik yang menempatkan dadah itu, boleh diakses pihak lain.

Pada 6 September 2021, dia didakwa kali pertama di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram, di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju di sini, pada 5.35 petang, 27 Ogos 2021.

Pada 21 Februari 2022, Ismahalil mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pada 27 Februari 2023, Ismahalil menangis sambil memandang ke arah isteri dan anak-anaknya, selepas mahkamah memerintahkan dia membela diri atas tuduhan tersebut.

Previous Post

Bank Rakyat umum cadangan pengambilalihan Takaful IKHLAS

Next Post

8 ADUN BN, 2 PN angkat sumpah Exco Negeri Sembilan

Next Post
8 ADUN BN, 2 PN angkat sumpah Exco Negeri Sembilan

8 ADUN BN, 2 PN angkat sumpah Exco Negeri Sembilan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu
  • Anwar, MB Kelantan bincang perkukuh kerjasama persekutuan-negeri
  • Abdul Azeez bebas daripada reman, bakal hadir PAU malam ini – Peguam

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil