Saturday, 12 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

Bank Rakyat umum cadangan pengambilalihan Takaful IKHLAS

Zailani by Zailani
7 Aug 2026
in Ekonomi Islam
0
Inisiatif Bank Rakyat Bizmatch hubung pelabur dan PMKS
0
SHARES
3
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 7 OGOS (Sinar Harian) – Bank Rakyat mengumumkan telah menandatangani perjanjian pelaksanaan dengan MNRB Holdings Berhad (MNRB) bagi cadangan pengambilalihan anak-anak syarikat milik penuhnya, iaitu Takaful Ikhlas Family Berhad dan Takaful Ikhlas General Berhad (dikenali secara kolektif sebagai Takaful IKHLAS).

Sebagai sebuah institusi kewangan pembangunan (DFI), Bank Rakyat menawarkan perkhidmatan perbankan dan kewangan patuh Syariah kepada segmen individu, perniagaan serta koperasi melalui pembiayaan perbankan runcit dan perniagaan, akaun deposit dan pelaburan, perancangan kewangan serta perkhidmatan perbankan digital.

Related posts

Dari seekor ayam sehari, Zawiah kini bergelar pembayar zakat

Dari seekor ayam sehari, Zawiah kini bergelar pembayar zakat

9 Sep 2026
Kemudahan pinjaman, jaminan pembiayaan RM16 bilion bantu PMKS

Kemudahan pinjaman, jaminan pembiayaan RM16 bilion bantu PMKS

7 Sep 2026

Cadangan pengambilalihan Takaful IKHLAS ini bakal memperkukuh kekuatan dan keupayaan sedia ada bagi Bank Rakyat memperluaskan penawaran perkhidmatan kewangan yang lebih menyeluruh.

Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak berkata, cadangan pengambilalihan ini merupakan satu pelaburan strategik oleh Bank Rakyat untuk memperkukuh penawaran produk patuh Syariah di samping memperkasa ekosistem kewangan Islam Malaysia.

“Sebagai bank koperasi Islam terbesar di negara ini, kami memikul tanggungjawab untuk menyumbang kepada pembangunan negara melalui pembangunan sosioekonomi yang mapan.

“Pelaburan ini akan mengukuhkan strategi pelaksanaan mandat Bank Rakyat ke atas segmen koperasi serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di samping memperluas rangkuman kewangan dan memperkasa perlindungan kewangan bagi isi rumah dan perniagaan,” katanya dalam satu kenyataaan.

Tambah beliau, langkah itu turut membuka ruang kepada strategi baharu untuk dilaksanakan bagi meningkatkan pembangunan dan pengembangan perniagaan koperasi yang mampu mewujudkan nilai jangka panjang kepada ekosistem koperasi dan PMKS di Malaysia.

Pengambilalihan ini juga merupakan satu pencapaian penting dalam aspirasi jangka panjang Bank Rakyat untuk berkembang menjadi sebuah konglomerat kewangan Islam terkemuka yang mampu menawarkan penyelesaian kewangan komprehensif dan bersepadu bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia.

Selain itu, ia membolehkan Bank Rakyat melengkapkan keupayaan perbankan sedia ada dengan penyelesaian takaful sekali gus menyokong pelanggan sepanjang perjalanan kewangan mereka, daripada pembiayaan kepada peningkatan, pengurusan dan perlindungan kekayaan.

Penyertaan Takaful IKHLAS dalam Kumpulan juga membolehkan Bank Rakyat merapatkan jurang dalam penawaran produk sedia ada, khususnya bagi segmen pelanggan yang kurang mendapat perkhidmatan (underserved) dan belum mendapat akses kepada perkhidmatan kewangan (unserved).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff berkata, pengambilalihan Takaful IKHLAS bukan sekadar mengenai penciptaan nilai, malah turut memperkukuh kapasiti dan keupayaan kami dalam memperluaskan peranan pembangunan Kumpulan.

“Kami menjangkakan pengambilalihan ini akan mengukuhkan rangkaian saluran penyampaian, meningkatkan penyampaian perkhidmatan, menambah baik kecekapan operasi serta memperluas keupayaan perniagaan Kumpulan.

“Gabungan kekuatan ini akan menyokong penciptaan nilai jangka panjang yang mampan kepada pelanggan, anggota dan pihak berkepentingan kami, di samping menyumbang kepada daya tahan perniagaan serta pembangunan sosioekonomi yang lebih menyeluruh,” katanya.

Ditubuhkan pada 2002, Takaful IKHLAS merupakan antara pengendali takaful terkemuka di Malaysia yang menawarkan rangkaian komprehensif penyelesaian takaful keluarga dan takaful am kepada individu, perniagaan serta pelanggan korporat.

Previous Post

Dari dasar laut ke puncak dunia, misi baharu Khairul Aming

Next Post

Mahkamah Rayuan putuskan Ismahalil dihukum penjara 30 tahun mulai hari ini

Next Post
Mahkamah Rayuan putuskan Ismahalil dihukum penjara 30 tahun mulai hari ini

Mahkamah Rayuan putuskan Ismahalil dihukum penjara 30 tahun mulai hari ini

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • UMNO, PAS perlu ‘bersatu’ semula – Ku Li
  • Analisis DNA 5 mangsa nahas helikopter dijangka selesai esok
  • Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil