Friday, 31 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

KPS DentalCare perkukuh jenama, sasar jadi pusat pergigian pilihan Pantai Timur

Zailani by Zailani
28 May 2026
in Ekonomi Islam, Semasa, SME Bisnes
0
KPS DentalCare perkukuh jenama, sasar jadi pusat pergigian pilihan Pantai Timur
0
SHARES
53
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN, 28 MEI  – KPS DentalCare terus memperkukuh kedudukannya sebagai antara rangkaian klinik pergigian swasta berkembang pesat di Pantai Timur menerusi usaha penjenamaan semula, penambahan fasiliti moden serta peluasan perkhidmatan rawatan pergigian menyeluruh.

Related posts

RCI: Penamatan CEO, Pengerusi Lembaga TH dibuat tanpa sebab munasabah

RCI: Penamatan CEO, Pengerusi Lembaga TH dibuat tanpa sebab munasabah

30 Jul 2026
Bank Islam syor dana perkongsian risiko perkasa usahawan iTEKAD

Bank Islam syor dana perkongsian risiko perkasa usahawan iTEKAD

30 Jul 2026

Pengarah Perancangan  Strategik Korporat  KPS DentalCare Team Sdn. Bhd, Wan Abdul Hakim Wan Muhammad berkata, syarikat itu bermula pada tahun 2008 di Geliga, Kemaman  dan diasaskan oleh Pengarah Urusan, Dr.Syarifah Fazlina Seyed Fadzir menerusi jenama Klinik Pergigian Syarifah.

Katanya, kini KPS DentalCare memiliki 12 cawangan di Pahang dan Terengganu antaranya di Geliga, Teluk Sisik, Indera Mahkota 8, Paka, Kerteh, Temerloh dan Besut yang merupakan cawangan terbaharu rangkaian klinik itu.

“Kami kini berada dalam fasa penjenamaan semula apabila Klinik Pergigian Syarifah mula dikenali sebagai KPS DentalCare sejak 2024.

“Visi kami adalah untuk menjadi ‘preferred dental one stop centre’, iaitu pusat pergigian pilihan yang menawarkan pelbagai rawatan lengkap dengan teknologi terkini,” katanya pada majlis pembukaan semula KPS DentalCare Pak Sabah, Dungun.

KPS DentalCare Pak Sabah merupakan klinik cawangan ke-sembilan  dan mula beroperasi empat tahun lalu. Majlis  pembukaan semula klinik tersebut  dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Speedoffice Sdn. Bhd, Haji Norlukmal Mat Ghani.

Turut hadir pada majlis tersebut, wakil Majlis Perbandaran Dungun, Khairul Izhan serta Imam Masjid Pak Sabah, Ustaz Bukhari.

Majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti komuniti termasuk saringan kesihatan dengan kerjasama Klinik Ikram Dungun, pemeriksaan gigi percuma dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.

Menurut Wan Abdul Hakim, KPS DentalCare kini mempunyai seramai 21 doktor gigi di semua cawangan dengan kepakaran dan niche tersendiri dalam bidang masing-masing.

Beliau berkata, konsep rawatan yang diketengahkan memberi penekanan kepada keselesaan pelanggan menerusi suasana klinik yang mesra dan eksklusif selain menitikberatkan kepuasan pesakit.

“Kami bukan sekadar menyediakan rawatan asas seperti mencabut atau mencuci gigi, tetapi turut menawarkan rawatan komprehensif seperti full mouth rehabilitation, rawatan tongue tie untuk kanak-kanak, pembentukan lidah dan digital smile design,” katanya.

Wan Abdul Hakim berkata, perkembangan syarikat turut dibantu oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada peringkat awal penubuhan seterusnya mendapat sokongan SME Corp dalam aspek pembangunan termasuk pembelian peralatan seperti mesin X-ray dan kerusi pergigian.

Malah katanya, KPS DentalCare turut diiktiraf sebagai antara usahawan terbaik menerusi anugerah E50 di bawah SME Corp.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan KPS DentalCare turut mempunyai pusat latihan dan makmal pergigian sendiri bagi menyokong ekosistem perkhidmatan syarikat selain bekerjasama dengan beberapa agensi luar dalam mengembangkan industri latihan pergigian serta pengurusan perniagaan klinik pergigian.

“Kami juga berazam memperoleh pensijilan ISO9001 SIRIM dan pensijilan MQH daripada Kementerian Kesihatan dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang. Dalam masa yang sama, kami merancang untuk mewujudkan pusat pergigian kanak-kanak atau ‘Kids Dental Centre’ di beberapa cawangan terpilih termasuk di Kerteh dan Indera Mahkota 8.

“Inisiatif itu bertujuan menyediakan persekitaran rawatan lebih mesra kanak-kanak selain memperkukuh perkhidmatan pergigian khusus untuk golongan tersebut,” tambahnya.

Sementara itu, Dr. Syarifah Fazlina  berkata, KPS DentalCare turut melancarkan kempen “Smile On Point” bagi membantu masyarakat di Terengganu dan Pahang mendapatkan senyuman lebih sihat

Katanya, sejajar dengan hasrat tersebut, pihaknya sedia  bekerjasama dengan syarikat dan badan-badan sukarela untuk menjalankan pemeriksaan pergigian percuma kepada Masyarakat.

Previous Post

Kerajaan sedia pekerjaan alternatif tangani isu rakyat hilang kerja -PMX

Next Post

NCER pergiat pembangunan ekonomi di sempadan Malaysia-Thailand

Next Post
NCER pergiat pembangunan ekonomi di sempadan Malaysia-Thailand

NCER pergiat pembangunan ekonomi di sempadan Malaysia-Thailand

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • RCI: Penamatan CEO, Pengerusi Lembaga TH dibuat tanpa sebab munasabah
  • Bank Islam syor dana perkongsian risiko perkasa usahawan iTEKAD
  • Myanmar setuju terima semula 5,000 pelarian Rohingya di Malaysia

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil