Sunday, 13 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Kerajaan kaji caj ke atas jualan EV biaya pembinaan pengecas awam – Johari Abdul Ghani

Zailani by Zailani
5 Aug 2026
in Semasa
0
Kerajaan kaji caj ke atas jualan EV biaya pembinaan pengecas awam – Johari Abdul Ghani
0
SHARES
4
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 5 OGOS ( Berita Harian) – Kerajaan sedang mempertimbangkan mekanisme untuk mengenakan caj ke atas setiap kenderaan elektrik (EV) yang dijual bagi mewujudkan tabung pembinaan rangkaian pengecas awam di seluruh negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata, langkah itu sedang diperhalusi susulan kekangan kerajaan untuk membiayai pembangunan rangkaian pengecas awam secara berskala besar seperti yang dilaksanakan di China.

Related posts

BYD ATTO 3 Performance dilancarkan di Malaysia, terhad 69 unit

BYD ATTO 3 Performance dilancarkan di Malaysia, terhad 69 unit

12 Sep 2026
Anwar, Modi bincang perkukuh kerjasama dalam sektor semikonduktor, perkongsian industri

Anwar, Modi bincang perkukuh kerjasama dalam sektor semikonduktor, perkongsian industri

12 Sep 2026

“Mungkin setiap kereta EV yang dijual di sini kita kenakan caj untuk dimasukkan dalam satu tabung bagi membina pengecas awam tanpa mengharapkan penjual kereta ini melakukannya kerana ia tidak berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Leong Ngah Ngah mengenai kesiapsiagaan kerajaan dalam menghadapi peningkatan penggunaan EV pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Menurutnya, kerajaan sebelum ini memberikan pengecualian duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan elektrik import sepenuhnya (CBU) selama empat tahun untuk menggalakkan pertumbuhan pasaran dan menarik pelaburan.

Bagaimanapun, katanya kerajaan menanggung kehilangan hasil cukai sebanyak RM3.3 bilion sepanjang tempoh itu, manakala pelaburan dalam pembangunan rangkaian pengecas awam tidak berkembang seperti yang diharapkan.

“Selepas empat tahun, kita hendak mencari pengecas awam, (namun) tiada pelaburan yang dibuat oleh pemain (EV) ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan tidak meneruskan insentif berkenaan, sebaliknya hanya mengekalkan pengecualian cukai bagi kenderaan pemasangan tempatan (CKD) sehingga 31 Dis 2027 untuk terus menggalakkan pembangunan industri EV domestik.

Menjawab soalan tambahan Senator Tan Sri Low Kian Chuan mengenai langkah kerajaan memastikan pelaburan EV meningkatkan penyertaan vendor tempatan, penggunaan komponen tempatan dan pemindahan teknologi, katanya insentif akan hanya diberikan kepada syarikat yang benar-benar membangunkan ekosistem automotif tempatan.

Menurutnya, syarikat yang ingin menikmati insentif perlu melibatkan rantaian bekalan tempatan serta menyokong pembangunan vendor dan industri komponen tempatan.

“Kalau mereka datang hanya membawa semua komponen dari luar negara, memasang dan menjual kenderaan di sini tetapi mengharapkan insentif, kita tidak boleh buat begitu kerana akan menjejaskan ekosistem automotif yang telah kita bina selama 30 hingga 40 tahun,” katanya.

Johari berkata, ketika ini PROTON dan PERODUA telah membangunkan rangkaian kira-kira 733 syarikat vendor Tier 1, Tier 2 dan Tier 3 yang menyumbang antara 72 hingga 82 peratus aktiviti pembuatan komponen automotif negara.

Menurutnya, kerajaan akan terus mengalu-alukan pelaburan pengeluar EV, namun perlu mewujudkan nilai tambah kepada ekonomi negara melalui pembangunan vendor tempatan, pemindahan teknologi serta kewujudan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

Mengenai penggunaan EV, Johari berkata pembangunan rangkaian pengecas awam kekal menjadi cabaran utama memandangkan ramai pengguna terutama penghuni pangsapuri dan Program Perumahan Rakyat tidak mempunyai kemudahan untuk memasang pengecas di kediaman masing-masing.

Beliau berkata, walaupun EV merupakan kenderaan masa depan, rangkaian pengecas awam yang mencukupi amat penting bagi menyokong penggunaannya secara lebih meluas di seluruh negara.

Previous Post

Buka kafe untuk terapi isteri lawan penyakit kanser

Next Post

Peniaga minuman melecur 50 peratus tong gas meletup dua kali

Next Post
Peniaga minuman melecur 50 peratus tong gas meletup dua kali

Peniaga minuman melecur 50 peratus tong gas meletup dua kali

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • BYD ATTO 3 Performance dilancarkan di Malaysia, terhad 69 unit
  • Anwar, Modi bincang perkukuh kerjasama dalam sektor semikonduktor, perkongsian industri
  • Jenazah Dr Ainul Baraah dijangka tiba di Kelantan pagi esok – Bapa

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil