Sunday, 14 June 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

‘Kami kekal tarik sokongan kepada MB namun bukan rebut jawatan, ia sebab tadbir urus sentuh sensitiviti institusi adat, raja Negeri Sembilan’ – Bibi Sharliza

Zailani by Zailani
4 May 2026
in Semasa
0
‘Kami kekal tarik sokongan kepada MB  namun bukan  rebut jawatan, ia sebab tadbir urus sentuh sensitiviti institusi adat, raja Negeri Sembilan’ – Bibi Sharliza
0
SHARES
4
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 4 MEI – 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan kekal menarik sokongan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

ADUN Juasseh yang juga Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid, berkata pendirian dizahirkan mereka sebelum ini bukan soal perebutan jawatan.

Related posts

Decathlon buka cawangan premium bermotif songket di 118 Mall

Decathlon buka cawangan premium bermotif songket di 118 Mall

14 Jun 2026
Operasi AirBorneo semakin stabil selepas pesawat kembali beroperasi

Operasi AirBorneo semakin stabil selepas pesawat kembali beroperasi

14 Jun 2026

“Ini bukan soal ‘tebuk atap’. Ini soal keyakinan, keabsahan kepimpinan, tertib pentadbiran, adat dan perlembagaan Negeri Sembilan.

“UMNO tidak mencari jalan belakang, sebaliknya menuntut jalan yang betul,” katanya dalam kenyataan kepada Berita Harian di sini, hari ini.

Sabtu lalu, Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata keputusan drastik itu bukan didorong agenda kepentingan politik atau cubaan ‘tebuk atap’, sebaliknya berkaitan isu tadbir urus yang menyentuh sensitiviti institusi adat dan raja di negeri berkenaan.

Mengulas lanjut, Bibi Sharliza berkata, apabila keyakinan terhadap Menteri Besar terhakis, penyelesaiannya bukan melalui tuduhan politik, spekulasi, apatah lagi kenyataan yang mengelirukan rakyat.

“Kami kekal menjunjung institusi raja, menghormati adat Negeri Sembilan, mempertahankan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dan menjaga kestabilan rakyat.

“Namun, kestabilan tidak boleh dijadikan alasan untuk menutup kelemahan kepimpinan atau mengelak pertanggungjawaban,” katanya.

Bibi Sharliza berkata, nama baik UMNO tidak tercalar apabila bersuara atas prinsip, sebaliknya hanya tercalar jika UMNO berdiam diri apabila adat, perlembagaan negeri dan tata kelola pentadbiran dipersoalkan.

“Sehubungan itu, saya menegaskan pendirian kami menjunjung adat, pertahankan perlembagaan negeri,” katanya.

Perundingan antara Biro Politik UMNO dan Biro Politik Pakatan Harapan (PH) dijadual pada minggu ini, bagi meneliti jalan terbaik menyelesaikan krisis dalaman membabitkan Menteri Besar, ADUN UMNO serta Undang Yang Empat di negeri berkenaan.

BH difahamkan, antara pendekatan yang sedang dipertimbang mereka termasuk kemungkinan kedudukan Aminuddin yang juga Naib Presiden PKR ketika ini digantikan dengan mana-mana pemimpin lain daripada PH.

Biarpun semua ADUN UMNO dan BN itu masih berada dalam Kerajaan Perpaduan, Aminuddin kini sedang menerajui kerajaan minoriti di Negeri Sembilan, sekali gus menyukarkan beliau membuat keputusan penting berkaitan dasar termasuk pindaan terhadap enakmen.

Previous Post

Kad pengenalan, pasport dengan ciri keselamatan baharu diperkenal  bulan depan

Next Post

Usahawan Melayu digesa perkasa perniagaan digital

Next Post
Usahawan Melayu digesa perkasa perniagaan digital

Usahawan Melayu digesa perkasa perniagaan digital

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chef Ustazah dinobatkan Ikon Usahawan TikTok Shop–TEKUN Nasional 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dari bengkel kecil ke pentas Nasional, Tc. Azizol Adam angkat martabat TVET

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Niaga hadapan emas merosot susulan kebimbangan peningkatan konflik Asia Barat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mohamad Shiblie Abg Sapuan dilantik Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Baharu TEKUN Nasional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Decathlon buka cawangan premium bermotif songket di 118 Mall
  • Elon Musk manusia pertama bergelar trilionair
  • Operasi AirBorneo semakin stabil selepas pesawat kembali beroperasi

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil