Sunday, 14 June 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Kad pengenalan, pasport dengan ciri keselamatan baharu diperkenal  bulan depan

Zailani by Zailani
4 May 2026
in Semasa
0
Kad pengenalan, pasport dengan ciri keselamatan baharu diperkenal  bulan depan
0
SHARES
8
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA, 4 MEI –  Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe) akan dilaksanakan sepenuhnya September ini seiring peningkatan ciri keselamatan MyKad bulan depan , dalam usaha memperkukuh sistem identiti negara serta penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata perkara itu bertujuan memperkemas pengurusan identiti negara serta memastikan pergerakan rakyat dapat dilaksanakan secara lebih lancar dan teratur.

Related posts

Decathlon buka cawangan premium bermotif songket di 118 Mall

Decathlon buka cawangan premium bermotif songket di 118 Mall

14 Jun 2026
Operasi AirBorneo semakin stabil selepas pesawat kembali beroperasi

Operasi AirBorneo semakin stabil selepas pesawat kembali beroperasi

14 Jun 2026

Katanya, dokumen baharu itu membabitkan kad pengenalan dan pasport yang dilengkapi ciri keselamatan terkini, selaras dengan keperluan semasa dan cabaran keselamatan yang semakin kompleks.

“Sistem ini menyediakan semua prasyarat atau enabler sebelum ia diluncurkan September ini untuk membolehkan pengisian maklumat permohonan kewarganegaraan seperti yang diluluskan dalam pindaan Perlembagaan Persekutuan.

“Saya menaruh keyakinan tinggi bahawa kita akan dapat melepasi saat bersejarah dengan baik kerana sampai satu tempoh, kita kena mengeluarkan dokumen yang baharu sifatnya, dengan ciri keselamatan yang lebih baik dan kita telah berusaha sekian lama untuk ke arah itu,” katanya semasa berucap pada Majlis Perhimpunan Kementerian Dalam Negeri di sini, hari ini.

Memetik laporan Berita Harian, media sebelum ini melaporkan KDN dalam usaha melaksanakan kerja naik taraf dan migrasi data bagi MyNIISe untuk memperkukuh keselamatan data dan meningkatkan kecekapan sistem demi memastikan perkhidmatan imigresen yang lebih stabil, cekap serta mesra pengguna.

MyNIISe akan menggantikan Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) yang telah digunakan lebih 20 tahun kerana sistem lama itu tidak lagi mencukupi untuk menangani cabaran keselamatan global, volum pergerakan yang tinggi, serta keperluan integrasi data semasa.

Saifuddin Nasution pada Januari berkata, Malaysia akan memperkenalkan pasport dan MyKad berwajah baharu dalam tempoh enam bulan lagi sebagai sebahagian usaha memperkukuh keselamatan dokumen pengenalan negara.

Previous Post

Peniaga kecil, penjual ‘online’ boleh buka akaun semasa deposit serendah RM100

Next Post

‘Kami kekal tarik sokongan kepada MB namun bukan rebut jawatan, ia sebab tadbir urus sentuh sensitiviti institusi adat, raja Negeri Sembilan’ – Bibi Sharliza

Next Post
‘Kami kekal tarik sokongan kepada MB  namun bukan  rebut jawatan, ia sebab tadbir urus sentuh sensitiviti institusi adat, raja Negeri Sembilan’ – Bibi Sharliza

'Kami kekal tarik sokongan kepada MB namun bukan rebut jawatan, ia sebab tadbir urus sentuh sensitiviti institusi adat, raja Negeri Sembilan' - Bibi Sharliza

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chef Ustazah dinobatkan Ikon Usahawan TikTok Shop–TEKUN Nasional 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dari bengkel kecil ke pentas Nasional, Tc. Azizol Adam angkat martabat TVET

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Niaga hadapan emas merosot susulan kebimbangan peningkatan konflik Asia Barat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mohamad Shiblie Abg Sapuan dilantik Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Baharu TEKUN Nasional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Decathlon buka cawangan premium bermotif songket di 118 Mall
  • Elon Musk manusia pertama bergelar trilionair
  • Operasi AirBorneo semakin stabil selepas pesawat kembali beroperasi

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil