Monday, 26 October 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa Jenayah

Wanita menyamar polis, perdaya pesara guru serah kad ATM dan barang kemas

Zailani by Zailani
20 Sep 2026
in Jenayah
0
Wanita menyamar polis, perdaya pesara guru serah kad ATM dan barang kemas
0
SHARES
4
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU, 20 SEPT ( Sinar Harian) – Seorang wanita berusia 31 tahun ditahan disyaki menyamar sebagai pegawai polis dan menipu seorang pesara guru berusia 75 tahun sehingga mangsa menyerahkan dua kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) serta rantai leher emas bersama loket bernilai RM15,000.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, suspek ditahan pada 13 September lalu di sini hasil risikan dan maklumat yang diterima.

Related posts

Pemandu treler didakwa sebabkan kematian wanita, miliki ketum

Pemandu treler didakwa sebabkan kematian wanita, miliki ketum

22 Oct 2026
Dua beradik belum tahu ibu meninggal dunia

Dua beradik belum tahu ibu meninggal dunia

16 Oct 2026

Menurutnya, kejadian berlaku pada 12 September apabila mangsa menerima panggilan daripada individu yang mengaku sebagai pegawai polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

“Mangsa dimaklumkan mempunyai saman mahkamah berjumlah RM25,000 dan didakwa terbabit dalam pengubahan wang haram serta sindiket dadah yang boleh dikenakan hukuman penjara 15 tahun.

“Panggilan kemudian disambungkan kepada seorang lagi individu yang mengaku sebagai pegawai kanan polis Bukit Aman melalui WhatsApp,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mohd Yusoff memberitahu, mangsa yang dipercayai panik akibat dakwaan berkenaan kemudiannya diarahkan merahsiakan perkara itu daripada sesiapa.

Ujar beliau, mangsa turut diarahkan menyerahkan dua kad ATM serta rantai leher bersama loket emas milik isterinya dengan alasan pegawai penyiasat akan datang ke rumah.

“Sekitar jam 5 petang, seorang wanita datang menaiki sebuah kereta ke rumah mangsa sebelum menerima barangan tersebut dan beredar.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek menerima arahan melalui WhatsApp daripada individu tidak dikenali untuk mengambil barangan milik mangsa,” katanya.

Tambah beliau, rantai emas berkenaan kemudiannya dijual di sebuah kedai emas di Kota Bharu pada hari sama, manakala sebahagian wang hasil jualan dimasukkan ke akaun pihak ketiga.

Ujarnya lagi, mangsa bagaimanapun sempat menghubungi pihak bank untuk menyekat kad ATM berkenaan dan tiada transaksi dikesan.

Menurut Mohd Yusoff, pihaknya merampas dua kad ATM milik mangsa, sebuah kereta Perodua Axia, resit bank-in dan resit kedai emas.

“Rantai emas berkenaan turut berjaya diperoleh semula daripada kedai emas terbabit.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Mohd Yusoff menegaskan orang ramai perlu berwaspada dengan panggilan individu yang menyamar sebagai pegawai polis, mahkamah, Bank Negara Malaysia atau pihak bank bagi mendapatkan barangan berharga.

“Polis, mahkamah, Bank Negara Malaysia dan pihak bank tidak akan menghubungi anda untuk meminta menyerahkan kad ATM, PIN atau barang kemas kepada sesiapa.

“Jangan panik dengan ugutan saman atau tangkapan. Tamatkan panggilan dan sahkan sendiri dengan menghubungi balai polis berhampiran,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menerima arahan mengambil atau menjual barangan atas suruhan individu tidak dikenali kerana boleh disiasat sebagai pihak yang terlibat.

“Jika baru sahaja menyedari telah ditipu, segera hubungi NSRC 997 dan buat laporan polis,” katanya.

Previous Post

Bumbu Babah sasar kumpul RM5 juta dalam dua bulan, mahu buka 100 cawangan

Next Post

Hilang tiga hari: Wanita ditemukan maut bersama kenalan lelaki dalam kereta

Next Post
Hilang tiga hari: Wanita ditemukan maut bersama kenalan lelaki dalam kereta

Hilang tiga hari: Wanita ditemukan maut bersama kenalan lelaki dalam kereta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Haraki Fest 2026 himpun usahawan, buka ruang teroka pasaran baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Wanita Malaysia jatuh lubang 10 meter di Vietnam
  • EON sasar baik pulih 400 kenderaan sebulan dengan kemudahan baharu di Glenmarie
  • Bill Gates beri amaran AI boleh cetus huru-hara ekonomi, sosial selama dua dekad

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil