Monday, 26 October 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Hadi, Muhyiddin kenang jasa Tun Dr Hasmah, titip doa buat keluarga

Zailani by Zailani
28 Sep 2026
in Semasa
0
Hadi, Muhyiddin kenang jasa Tun Dr Hasmah, titip doa buat keluarga
0
SHARES
4
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM, 28 SEPT ( Berita Harian) – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan ucapan takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh keluarga susulan pemergian isteri beliau, Tun Dr Hasmah Mohamad Ali pada Isnin.

Abdul Hadi berkata, pemergian Allahyarham pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) merupakan satu kehilangan besar kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Related posts

Wanita Malaysia jatuh lubang 10 meter di Vietnam

Wanita Malaysia jatuh lubang 10 meter di Vietnam

25 Oct 2026
EON sasar baik pulih 400 kenderaan sebulan dengan kemudahan baharu di Glenmarie

EON sasar baik pulih 400 kenderaan sebulan dengan kemudahan baharu di Glenmarie

25 Oct 2026

Menurut beliau, Allahyarham merupakan tokoh perubatan dan kesihatan yang telah banyak menabur bakti kepada rakyat serta negara sepanjang hayatnya.

“Allahyarham merupakan seorang tokoh perubatan dan kesihatan yang banyak mencurahkan bakti kepada masyarakat dan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Abdul Hadi berkata, Allahyarham yang pernah berkhidmat sebagai doktor dalam bidang kesihatan awam, khususnya di Kedah, turut memainkan peranan penting dalam memperkukuh perkhidmatan kesihatan dan kebajikan masyarakat.

Menurutnya, sumbangan Allahyarham juga merangkumi usaha meningkatkan kesedaran serta penjagaan kesihatan wanita dan kanak-kanak.

Beliau berkata, sepanjang kehidupannya, Allahyarham turut aktif dalam pelbagai program kebajikan dan kemasyarakatan selain menjadi pendamping setia kepada Tun Dr Mahathir sepanjang perjalanan karier politik dan pentadbirannya.

Abdul Hadi turut mendoakan agar ALLAH SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, menerima segala amal solehnya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya serta menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada Tun Dr Mahathir, seluruh ahli keluarga dan sahabat handai Allahyarham serta mendoakan mereka diberikan kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian tersebut.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, beliau dan keluarga berasa amat dukacita menerima berita pemergian Allahyarham yang disifatkannya sebagai tokoh wanita terbilang dan ikon negara.

Menurutnya, Tun Dr Hasmah dikenali sebagai seorang wanita yang penuh kelembutan, kasih sayang, kebijaksanaan dan sentiasa merendah diri.

“Bagi saya, Allahyarham bukan sahaja seorang tokoh yang disegani rakyat Malaysia, malah seorang insan yang sentiasa menunjukkan sifat keibuan, kemuliaan budi dan keprihatinan kepada semua yang mengenalinya,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Muhyiddin berkata, sepanjang mengenali Tun Dr Mahathir dan keluarganya, Allahyarham sentiasa menjadi sumber kekuatan, pendamping yang setia dan insan yang membawa ketenangan kepada orang di sekelilingnya.

“Jasa, pengorbanan dan sumbangan beliau kepada negara akan terus dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau turut mendoakan agar Tun Dr Mahathir serta seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan tersebut.

Muhyiddin juga memohon agar ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosanya, menerima segala amal kebajikannya dan menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.

Pemergian Tun Dr Hasmah pada usia 100 tahun disahkan anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir selepas Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada pagi Isnin.

Previous Post

MFI manfaat platform MIHAS perluas pasaran produk halal tempatan

Next Post

Ibu maut dipercayai ditikam anak sendiri

Next Post
Ibu maut dipercayai ditikam anak sendiri

Ibu maut dipercayai ditikam anak sendiri

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Haraki Fest 2026 himpun usahawan, buka ruang teroka pasaran baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Wanita Malaysia jatuh lubang 10 meter di Vietnam
  • EON sasar baik pulih 400 kenderaan sebulan dengan kemudahan baharu di Glenmarie
  • Bill Gates beri amaran AI boleh cetus huru-hara ekonomi, sosial selama dua dekad

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil