Tuesday, 28 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

Anak jati Masjid Tanah jadikan FamilyMart fenomena di Malaysia

Zailani by Zailani
7 Jun 2026
in Ekonomi Islam, Semasa, SME Bisnes
0
Anak jati Masjid Tanah jadikan FamilyMart fenomena di Malaysia
0
SHARES
21
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 7 JUN – Siapa sangka jenama kedai serbaneka popular dari Jepun, FamilyMart, yang kini menjadi pilihan jutaan rakyat Malaysia, dibawa masuk ke negara ini oleh anak jati Masjid Tanah, Melaka,  Datuk Noor Azman Nordin.

Beliau memainkan peranan penting dalam membawa jenama FamilyMart ke Malaysia pada tahun 2016 menerusi QL Resources Berhad. Sejak itu, rangkaian kedai serbaneka tersebut berkembang pesat dan menjadi antara jenama paling dikenali dalam industri peruncitan negara.

Related posts

Kerajaan sedia teliti cadangan longgar syarat geran PMKS

Kerajaan sedia teliti cadangan longgar syarat geran PMKS

27 Jul 2026
BIHAS 2026: 6 usahawan ‘Gate to Global’ MARA raih jualan RM8.5 Juta

BIHAS 2026: 6 usahawan ‘Gate to Global’ MARA raih jualan RM8.5 Juta

26 Jul 2026

Di bawah pengurusan yang strategik dan berwawasan, FamilyMart berjaya menawan hati pengguna tempatan menerusi pelbagai pilihan makanan segera, minuman, snek serta konsep kedai serbaneka moden yang memenuhi gaya hidup masa kini.

Kejayaan itu turut menyumbang kepada prestasi cemerlang QL Resources Berhad yang mencatat keuntungan bersih sebanyak RM450 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026, dengan perolehan mencecah RM7 bilion.

Ketika ini, FamilyMart mempunyai 465 cawangan di seluruh negara dan menyasarkan antara 600 hingga 700 cawangan menjelang penghujung tahun 2027.

Di negeri kelahirannya, Melaka, FamilyMart kini mempunyai kira-kira 30 cawangan yang memberi kemudahan kepada pengguna serta membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Kisah kejayaan Datuk Noor Azman Nordin menjadi inspirasi kepada ramai usahawan tempatan apabila  beliau membuktikan kemampuannya menerajui kerjasama strategik dengan jenama antarabangsa dan mencipta impak besar dalam landskap peruncitan negara.

Perjalanan FamilyMart di Malaysia bukan sekadar kisah pertumbuhan sebuah jenama global, malah menjadi simbol kejayaan anak tempatan yang berjaya membawa nama negara ke persada perniagaan antarabangsa.

Pencapaian tersebut membuktikan bahawa dengan visi yang jelas, keberanian dan usaha berterusan, tiada batasan untuk mencapai kejayaan yang luar biasa.

Previous Post

Bekalan bahan api mencukupi, pencarian dibuat serata dunia – MKN

Next Post

Mohamad Shiblie Abg Sapuan dilantik Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Baharu TEKUN Nasional

Next Post
Mohamad Shiblie Abg Sapuan dilantik Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Baharu TEKUN Nasional

Mohamad Shiblie Abg Sapuan dilantik Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Baharu TEKUN Nasional

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Objek menyerupai bom tangan, nota ‘berhenti operasi’ gemparkan pekerja kilang di Sungai Petani
  • Kerajaan sedia teliti cadangan longgar syarat geran PMKS
  • BIHAS 2026: 6 usahawan ‘Gate to Global’ MARA raih jualan RM8.5 Juta

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil