Friday, 31 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.8 peratus, ringgit RM3.80 sedolar

Zailani by Zailani
12 May 2026
in Semasa
0
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.8 peratus, ringgit RM3.80 sedolar
0
SHARES
6
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 12 MEI (Bernama) – Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka berkembang 4.8 peratus pada 2026, dengan syarat konflik Asia Barat berakhir menjelang Jun, disokong oleh permintaan domestik yang stabil, aktiviti pelaburan yang semakin baik serta reformasi ekonomi yang berterusan, menurut Affin Bank.

Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Wan Razly Abdullah, berkata trend ini berlaku seiring dengan perubahan lebih besar dalam aliran pelaburan global ke Asia.

Related posts

RCI: Penamatan CEO, Pengerusi Lembaga TH dibuat tanpa sebab munasabah

RCI: Penamatan CEO, Pengerusi Lembaga TH dibuat tanpa sebab munasabah

30 Jul 2026
Kerajaan sedia pekerjaan alternatif tangani isu rakyat hilang kerja -PMX

Myanmar setuju terima semula 5,000 pelarian Rohingya di Malaysia

29 Jul 2026

“Aset global di bawah pengurusan kini mencecah kira-kira AS$147 trilion, dengan Asia merangkumi hampir AS$40 trilion. Ini mencerminkan kepentingan Asia yang semakin meningkat dalam membentuk hala tuju masa depan modal global dan pertumbuhan ekonomi,” katanya ketika berucap pada program Affin Market Outlook 2026 di sini, hari ini.

Dalam landskap yang semakin berkembang ini, Wan Razly berkata ASEAN muncul sebagai antara rantau paling strategik di dunia apabila perniagaan mempelbagaikan rantaian bekalan dan mengurangkan risiko kebergantungan tertumpu.

Beliau berkata, rantau itu terus mendapat manfaat daripada demografi yang menggalakkan, peningkatan populasi berpendapatan sederhana, infrastruktur yang semakin baik serta kedudukan geopolitik yang agak seimbang di tengah-tengah perpecahan global yang semakin ketara.

Lebih penting lagi, ASEAN kini bukan lagi sekadar bertindak balas terhadap perubahan global, sebaliknya sedang meletakkan dirinya sebagai pemacu utama daya tahan jangka panjang, pelaburan dan pertumbuhan mampan, tambahnya.

Dalam ASEAN, Wan Razly berkata Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk mendapat manfaat daripada perkembangan ini memandangkan kelebihan strukturnya termasuk kaya dengan sumber asli, mempunyai jaminan makanan serta keupayaan tenaga.

Beliau berkata, Affin Bank menjangkakan inflasi kekal terkawal sekitar 1.7 peratus, walaupun ketidaktentuan dari sudut bekalan masih boleh memberi sedikit tekanan kenaikan harga.

Sementara itu, keadaan monetari kekal menyokong dengan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada 2.75 peratus.

Ringgit, yang mengukuh kepada RM3.92 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) awal tahun ini, kekal stabil pada paras itu walaupun ketidaktentuan global semakin meningkat.

Affin Bank menyasarkan mata wang tempatan itu mencecah RM3.80 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun, selain terus disenaraikan antara mata wang berprestasi terbaik di rantau ini dengan mengatasi beberapa mata wang lain dalam persekitaran luaran yang mencabar.

“Disokong oleh asas pertumbuhan yang semakin baik dan reformasi fiskal yang berterusan, ringgit mencatat prestasi lebih baik kira-kira 0.6 peratus berbanding indeks relatifnya awal tahun ini,” katanya.

Pada masa sama, Wan Razly berkata petunjuk ekonomi Malaysia secara keseluruhannya kekal memberangsangkan walaupun ketidaktentuan geopolitik semakin meningkat, dengan permintaan domestik terus kukuh, aktiviti pelaburan beransur pulih dan sektor-sektor utama terus menunjukkan daya tahan.

“Sektor luaran juga terus menyokong, dengan eksport pada 2025 mencatat purata RM123 bilion. Pada 2026, eksport telah mencecah RM147 bilion sebulan, sekali gus mencapai paras tertinggi dalam sejarah pada Januari 2026, iaitu peningkatan 19.6 peratus tahun ke tahun,” tambahnya.

Beliau berkata, petunjuk ini mencerminkan keyakinan pelabur yang semakin meningkat terhadap hala tuju ekonomi Malaysia dan mengukuhkan daya tahan asas ekonomi negara.

Previous Post

Bank Muamalat tawar pembiayaan sokongan kadar rendah kepada PKS

Next Post

200 usahawan Terengganu terima Inisiatif  Pemerkasaan Usahawan Mikro BSN

Next Post
200 usahawan Terengganu terima Inisiatif  Pemerkasaan Usahawan Mikro BSN

200 usahawan Terengganu terima Inisiatif  Pemerkasaan Usahawan Mikro BSN

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • RCI: Penamatan CEO, Pengerusi Lembaga TH dibuat tanpa sebab munasabah
  • Bank Islam syor dana perkongsian risiko perkasa usahawan iTEKAD
  • Myanmar setuju terima semula 5,000 pelarian Rohingya di Malaysia

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil