Friday, 31 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

200 usahawan Terengganu terima Inisiatif  Pemerkasaan Usahawan Mikro BSN

Zailani by Zailani
12 May 2026
in Ekonomi Islam, Semasa, SME Bisnes
0
200 usahawan Terengganu terima Inisiatif  Pemerkasaan Usahawan Mikro BSN
0
SHARES
14
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU, 12 Mei – Bank Simpanan Nasional (BSN) terus memperkukuhkan komitmennnya dalam menyokong agenda kerajaan menerusi usaha memperkasa usahawan mikro supaya lebih berdaya tahan, kompetitif dan mampu mengembangkan perniagaan secara mampan.

Selaras dengan usaha tersebut, seramai 200 usahawan mikro  menerima manfaat di bawah program ini  pada Majlis Penerimaan Tawaran Inisiatif Pemerkasaan Usahawan Mikro Negeri Terengganu, di sini,semalam.

Related posts

RCI: Penamatan CEO, Pengerusi Lembaga TH dibuat tanpa sebab munasabah

RCI: Penamatan CEO, Pengerusi Lembaga TH dibuat tanpa sebab munasabah

30 Jul 2026
Bank Islam syor dana perkongsian risiko perkasa usahawan iTEKAD

Bank Islam syor dana perkongsian risiko perkasa usahawan iTEKAD

30 Jul 2026

Ketua Eksekutif BSN, Datuk Jay Khairil berkata, inisiatif tersebut bertujuan memperkasa usahawan mikro Terengganu menerusi pembiayaan dan geran.

Katanya, program ini menyokong empat sektor utama keusahawanan di negeri ini seperti kraftangan, pelancongan, makanan dan minuman serta pembuatan makanan.

“Usahawan juga berpeluang meningkatkan taraf keupayaan perniagaan masing-masing dengan pelbagai program pemerkasaan termasuk latihan intensif ,” katanya.

Hadir sama pada majlis tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan, Afnida Aini Alwi ; Ketua Pejabat Wilayah Bank Negara Malaysia Kuala Terengganu, Zambre Ismail; Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Diraja Sultan Mizan, Datuk Azizulrahim Ahmad Zambri dan Pengarah Unit Ekonomi Negeri Terengganu, Datuk Rosli Latif.

Sementara itu, rakan pelaksana program, Speedoffice Sdn Bhd diberi tanggunjawab menjayakan latihan, bimbingan dan pementoran secara komprehensif.

Ketua Pegawai Eksekutif Speedoffice, Haji Norlukmal Mat Ghani berkata,  program selama setahun tersebut dialu-alukan pihaknya dalam usaha memperkasakan golongan usahawan terbabit.

Katanya, 200 peserta tersebut  dipilih selepas beberapa saringan yang diadakan yang mana melibatkan 700 peserta pada peringkat awal

Tambahnya, sebagai anak Terengganu, pihaknya berterima kasih kepada BSN yang memilih negeri itu sekaligus memartabatkan usahawan Terengganu.

“Kami berterima kasih dan mengalu-alukan program ini. Speedoffice berpengalaman hampir 10 tahun dalam mengendalikan program pembangunan keusahawan di seluruh negara.

“Kami bersyukur dan  teruja apabila diberi peluang untuk berbakti di negeri sendiri dengan membantu usahawan -usahawan  yang terpilih mengembangkan perniagaan,” katanya.

Previous Post

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.8 peratus, ringgit RM3.80 sedolar

Next Post

Bank of America buka pejabat baharu di Merdeka 118

Next Post
Bank of America buka pejabat baharu di Merdeka 118

Bank of America buka pejabat baharu di Merdeka 118

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • RCI: Penamatan CEO, Pengerusi Lembaga TH dibuat tanpa sebab munasabah
  • Bank Islam syor dana perkongsian risiko perkasa usahawan iTEKAD
  • Myanmar setuju terima semula 5,000 pelarian Rohingya di Malaysia

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil