Tuesday, 15 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Brunei, Sabah, Sarawak perkukuh integrasi ekonomi Borneo, pacu kesalinghubungan rentas sempadan

Zailani by Zailani
22 Aug 2026
in Semasa
0
Brunei, Sabah, Sarawak perkukuh integrasi ekonomi Borneo, pacu kesalinghubungan rentas sempadan
0
SHARES
2
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR,22 OGOS ( Berita Harian) – Brunei, Sabah dan Sarawak memperhebat usaha memperkukuh integrasi ekonomi dan fizikal di seluruh Borneo dengan kerjasama membabitkan aspek kesalinghubungan, tenaga, pelancongan, sekuriti makanan dan perdagangan rentas sempadan.

Usaha itu diketengahkan pada Mesyuarat Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 (ALC-27)

Related posts

Guru maut pikap rempuh tujuh kenderaan di persimpangan lampu isyarat

Guru maut pikap rempuh tujuh kenderaan di persimpangan lampu isyarat

14 Sep 2026
Abdul Aziz dilantik Timbalan Ketua Polis Negara baharu

Abdul Aziz dilantik Timbalan Ketua Polis Negara baharu

14 Sep 2026

antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, hari ini.

Dalam kenyataan bersama, kedua-dua pemimpin menyatakan kepuasan terhadap kemajuan berterusan kerjasama ekonomi antara Brunei dengan Sabah dan Sarawak, selain menegaskan komitmen untuk melaksanakan inisiatif praktikal yang memberi manfaat langsung kepada kedua-dua pihak.

“Mereka turut mengalu-alukan usaha meningkatkan kesalinghubungan rentas sempadan, termasuk pembangunan Lebuhraya Trans Borneo, Lebuhraya Pesisir Utara dan beberapa projek jalan raya yang menghubungkan komuniti di utara Sarawak.

“Projek itu termasuk jalan menghubungkan Miri-Marudi, Marudi-Mulu (Kuala Melinau) dan Long Panai-Long Lama, yang menurut kedua-dua pemimpin mampu memudahkan pergerakan barangan dan rakyat, menyokong sektor pelancongan serta menjana aktiviti ekonomi lebih meluas di seluruh Borneo,” kata kenyataan itu.

Kedua-dua pemimpin turut menggalakkan agensi berkaitan meneroka kebolehlaksanaan ‘satu pusat pemeriksaan’ bagi menyelaraskan prosedur imigresen dan mengurangkan keperluan pengesahan pasport berulang, sekali gus memudahkan pergerakan rentas sempadan.

Dalam sektor tenaga, kedua-dua pemimpin mengalu-alukan kemajuan susulan perjanjian antara Brunei dan Sarawak yang dicapai pada September tahun lalu, membabitkan aktiviti minyak dan gas, elektrik, peralihan tenaga serta bidang kepentingan bersama lain.

Antara inisiatif diketengahkan ialah usaha berterusan merealisasikan projek penyambungan rangkaian elektrik Brunei-Sarawak sebagai sebahagian daripada Grid Kuasa ASEAN.

Mereka turut mengambil maklum kerjasama sedia ada dalam sektor gas petroleum cecair (LPG), selain pertukaran lawatan dan penganjuran bengkel teknikal.

“Kedua-dua pemimpin mengalu-alukan kerjasama berterusan dalam pelancongan, termasuk menerusi Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Brunei serta usaha bersama mempromosikan Brunei dan Sarawak sebagai pintu masuk ke Borneo.

“Mereka turut mengalu-alukan memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Royal Brunei Airlines dan Lembaga Pelancongan Sarawak pada Mei lalu bagi meningkatkan kesalinghubungan serta mempromosikan kedua-dua destinasi secara bersama,” katanya.

Kedua-dua pihak menggalakkan lebih banyak inisiatif pelancongan bersama membabitkan Brunei, Sabah dan Sarawak, khususnya menjelang Tahun Melawat Brunei 2027.

Dalam aspek sekuriti makanan, kedua-dua pemimpin mengalu-alukan rundingan berterusan mengenai penanaman padi secara komersial di Sarawak yang disifatkan mampu memperkukuh kerjasama pertanian, menyumbang kepada sekuriti makanan dan mewujudkan peluang ekonomi baharu.

Mereka turut menekankan kepentingan memperkukuh rantaian bekalan dan memastikan akses pasaran menerusi peningkatan kesalinghubungan serta pelaburan secara bersama.

“Perjanjian sektor swasta terbaru membabitkan logistik, perkhidmatan digital dan produk makanan turut dialu-alukan, dengan kedua-dua pihak digalak meningkatkan kerjasama antara Brunei dan Sabah.

“Pemimpin turut menantikan Jawatankuasa Bersama Brunei-Sarawak menjadi platform untuk menilai kemajuan, memudah cara inisiatif yang dipersetujui dan memberikan hala tuju strategik bagi kerjasama pada masa depan,” katanya.

Kedua-dua pemimpin turut mengambil maklum pertukaran perniagaan yang difasilitasi Lembaga Pembangunan Ekonomi Brunei pada Februari dan Julai lalu, selain menyokong usaha memperluas hubungan perniagaan serta peluang pelaburan antara Brunei dan Sarawak.

Usaha memperkukuh kerjasama Borneo itu hadir ketika Brunei, Sabah dan Sarawak berusaha meningkatkan kesalinghubungan serantau serta hubungan ekonomi dengan memanfaatkan kedudukan geografi yang berdekatan.

ALC-27 adalah mekanisme dua hala tertinggi antara Malaysia dan Brunei yang menyediakan ruang bagi kedua-dua pihak menilai kerjasama serta bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Previous Post

Enam akaun bank anak syarikat Khee San dibekukan bawah AMLA

Next Post

Barang kemas RM500,000 dilarikan dalam masa 5 minit

Next Post
Barang kemas RM500,000 dilarikan dalam masa 5 minit

Barang kemas RM500,000 dilarikan dalam masa 5 minit

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • GEAR-uP ubah kehidupan Magdelina, pendapatan meningkat hampir 80 peratus
  • Guru maut pikap rempuh tujuh kenderaan di persimpangan lampu isyarat
  • Abdul Aziz dilantik Timbalan Ketua Polis Negara baharu

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil