Friday, 12 June 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

Agrobank teruskan usaha dekati penjaja, peniaga kecil

Zailani by Zailani
7 Jun 2026
in Ekonomi Islam, Semasa, SME Bisnes
0
Agrobank teruskan usaha dekati penjaja, peniaga kecil
0
SHARES
6
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 7 JUN (Bernama) : Agrobank meneruskan usaha mendekati komuniti penjaja dan peniaga kecil menerusi sesi libat urus di Pasar Tani Kelana Jaya, Petaling Jaya, semalam bersama-sama Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Agrobank menerusi kenyataan memaklumkan, penyertaan dalam program anjuran Kementerian Kewangan itu selaras dengan seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar institusi kewangan turun padang bagi membantu peniaga kecil mendapatkan modal untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan.

Related posts

JS-SEZ Berpotensi Jadi Pemangkin Pertumbuhan Baharu Asia Tenggara – Onn Hafiz

JS-SEZ Berpotensi Jadi Pemangkin Pertumbuhan Baharu Asia Tenggara – Onn Hafiz

12 Jun 2026
Terengganu bangunkan ladang solar 400MW bernilai RM1.2 bilion di tanah wakaf Chenderong

Terengganu bangunkan ladang solar 400MW bernilai RM1.2 bilion di tanah wakaf Chenderong

12 Jun 2026

Agrobank memaklumkan, sesi itu memberi peluang kepada peniaga berkongsi cabaran perniagaan harian termasuk peningkatan kos operasi, sewaan tapak dan akses pasaran, sekali gus membantu bank itu menambah baik sokongan kewangan serta bukan kewangan kepada usahawan mikro.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, dalam kenyataan sama berkata pasar tani bukan sahaja platform jualan kepada peniaga kecil, malah menjadi sebahagian daripada ekosistem ekonomi setempat.

“Usaha Agrobank turun padang seperti ini penting bagi memastikan peniaga mendapat maklumat yang jelas mengenai kemudahan yang tersedia, sekali gus membantu mereka membuat keputusan kewangan yang lebih baik untuk mengembangkan perniagaan masing-masing,” katanya.

Tengku Ahmad Badli Shah berkata, Agrobank komited mendekati peniaga di lokasi bagi memahami keperluan sebenar dan menawarkan sokongan yang praktikal serta bersesuaian dengan skala perniagaan.

Beliau berkata, usaha itu penting bagi membantu penjaja mengurus aliran tunai, mengadaptasi pendigitalan dalam urusan perniagaan serta membina perniagaan yang lebih mampan.

Sempena sesi libat urus itu, Agrobank turut membuka kaunter di tapak pasar tani bagi berkongsi maklumat mengenai kemudahan pembiayaan Agro Penjaja-i dan penyelesaian kewangan lain yang sesuai untuk peniaga kecil.

Agrobank memaklumkan bank itu kini mempunyai lebih 15,000 pengguna sedia ada dalam segmen komuniti penjaja dan akan terus memperkukuh capaian kepada lebih ramai penjaja serta usahawan mikro, selaras dengan peranannya sebagai institusi kewangan pembangunan Islam yang menyediakan akses kewangan lebih inklusif dan relevan kepada kumpulan sasar.

Previous Post

Mohamad Shiblie Abg Sapuan dilantik Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Baharu TEKUN Nasional

Next Post

Program SINAR tawar RM205 juta bantu PMKS berdepan keadaan ekonomi dunia tidak menentu

Next Post
Program SINAR tawar RM205 juta bantu PMKS berdepan keadaan ekonomi dunia tidak menentu

Program SINAR tawar RM205 juta bantu PMKS berdepan keadaan ekonomi dunia tidak menentu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chef Ustazah dinobatkan Ikon Usahawan TikTok Shop–TEKUN Nasional 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dari bengkel kecil ke pentas Nasional, Tc. Azizol Adam angkat martabat TVET

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Niaga hadapan emas merosot susulan kebimbangan peningkatan konflik Asia Barat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mohamad Shiblie Abg Sapuan dilantik Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Baharu TEKUN Nasional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • JS-SEZ Berpotensi Jadi Pemangkin Pertumbuhan Baharu Asia Tenggara – Onn Hafiz
  • Terengganu bangunkan ladang solar 400MW bernilai RM1.2 bilion di tanah wakaf Chenderong
  • Inisiatif Bank Rakyat Bizmatch hubung pelabur dan PMKS

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil